SEMASA
Program Sijil Pertanian Malaysia 2022 | Cara Membuat Permohonan
Program Sijil Pertanian Malaysia 2022
Program Sijil Pertanian Malaysia ini ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara.
Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
Lokasi Program Sijil Pertanian Malaysia
- Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor
- Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
- Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok
- Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.
NOTA:
Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan.
Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
Cara Membuat Permohonan
Anda boleh memuat turun borang permohonan di pautan berikut:
- Borang Permohonan: http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/
Untuk semakan, anda boleh layari pautan berikut: http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/carian_pelanggan.cfm?online=1
Syarat Kelayakan
Tempoh & Kurikulum Program Sijil Pertanian Malaysia
Program ini dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori.
Kurikulum program ini dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.
Tarikh Kemasukan & Semakan Temuduga
- Tarikh permohonan ke IPSM boleh dibuat bermula pada: 1 – 30 Jun 2022
- Semakan panggilan temuduga IPSM boleh dibuat mulai: 11 Julai 2022
- Sesi temuduga IPSM: 25 – 29 Julai 2022
- Semakan keputusan temuduga boleh dibuat mulai:15 Ogos 2022
- Pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan ke IPSM boleh dibuat mulai: 15 Ogos 2022
- Kemasukan ke IPSM adalah pada 25 September 2022 (Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH), Johor) dan 26 September 2022 (Institut Pertanian Titi Gantong (IPTG), Perak)
NOTA: Semakan Panggilan Temuduga Dan Tawaran Kemasukan Ke IPSM adalah secara online. Tiada sebarang surat menyurat akan dihantar kepada pemohon.
*Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Institut Pertanian, sila layari Portal Rasmi Jabatan Pertanian.
Atau, hubungi: 03-8870 3035 / 3271 / 3265 / 3228 / 3238 atau, emel: sltv@doa.gov.my
Sumber : http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah