SEMASA
“Tahniah Anak Ibu Perjalanan Masih Panjang, Anak Menangis SPM Tiada A Dipujuk Ibu dan Guru Kerana Tahu Sudah Usaha Bersungguh-Sungguh
“Tahniah Anak Ibu Perjalanan Masih Panjang, Anak Menangis SPM Tiada A Dipujuk Ibu dan Guru Kerana Tahu Sudah Usaha Bersungguh-Sungguh
Setiap usaha yang kita buat untuk mencapai sesuatu perkara sudah tentu kita mengharapkan sangat keputusan dan pengakhiran yang baik di hujung nanti. Namun tidak semua yang kita inginkan dalam hidup ini akan kita perolehi. Video seorang anak menangis SPM tiada A baru-baru ini tular di Tik Tok setelah pengumuman SPM dibuat diseluruh Malaysia.
Anak menangis SPM tiada A walau sudah usaha bersungguh-sungguh
Sebuah video yang berjaya dirakam dan dimuat naik di laman sosial Tik Tok @arengahismail memperlihatkan momen yang sedih dan tangisan seorang pelajar perempuan yang berada di dewan untuk mengambil keputusan SPM baru-baru ini.
Yang menjadi fokus utama video, pelajar tersebut dilihat menangis teresak-esak ketika menerima keputusan SPM kepunyaannya di tangan. Apa yang diimpikan hancur musnah, dia tidak meraih apa yang diinginkan kerana itu tangisnya pecah tidak mampu ditahan pada hari tersebut.
Ibu dan guru-guru menenangkan cuba pujuk tanpa henti
Pelajar perempuan itu ditenangkan dan dipujuk oleh ibu dan guru-guru yang turut sama hadir dalam majlis pengumuman keputusan SPM di sekolah tersebut. Ibu yang terus setia menemani di sebelah mengusap lembut belakang tubuhnya dengan penuh kasih sayang.
“Tahniah. Setiap titis air matanya, ibu tau perit sebenarnya, pagi petang belajar sampai tertidur di atas meja belajar. Awak dah cuba yang terbaik. Tak dapat A bukan bermakna tidak berjaya. Dia melihat kawan-kawan dia dapat A dia tak ada. Ya Allah, ibu tak sanggup tengok dia menangis”, tulis ibunya dalam caption video tersebut.
Noor Ismail, ibu kepada pelajar perempuan itu memaklumkan dia menjadi saksi anaknya itu sudah berusaha bersunggh-sungguh pagi dan petang untuk belajar. Bahkan ada ketikanya sehingga tertidur di meja belajar kerana terlalu lelah mengulang kaji pelajaran.
Netizen memberi kata-kata semangat dan komen membina
Mengintai di ruang komen Tik Tok itu, kebanyakkan netizen memberikan kata-kata semangat dan ucapan yang sangat membina agar pelajar tersebut tidak berputus asa. Ada juga diantaranya yang sungguh kagum dengan sifat ibunya yang sangat tabah dan sabar memberikan sokongan yang tidak henti.
“Jangan sedih dik. Perjalanan adik masih jauh. Takde A, tidak bermakna adik tak boleh berjaya dalam hidup”
“Baru permulaan. Jauh lagi perjalanan dik, rezeki Allah tu banyak pintu. Jaga solat dan agama. Allah permudahkan segala urusan nanti. Insha Allah.”
“Tak pe kalau tak dapat A. Mana tau yang sekolah tak berapa cemerlang ni lah yang jaga kita masa tua.”
Apa sahaja keputusan, ibu bapa perlu sentiasa menjadi pendorong anak-anak
Tidak dinafikan cabaran belajar semasa pandemik dulu amat mencabar kerana perlu menyesuaikan diri untuk menjalankan pembelajaran secara dari atas talian. Ada keterbatasan yang perlu ditangani sendiri seperti tidak boleh bersemuka dengan guru secara terus.
Meskipun cabaran demi cabaran itu perlu dihadapi oleh seorang anak, pasti setiap ibu bapa juga menyimpan hasrat yang tinggi untuk melihat kejayaan mereka dalam pelajaran khususnya SPM yang menjadi penamat kepada persekolahan di tahap menengah.
Hal ini kerana, dari keputusan itulah yang menentukan hala tuju seterusnya seorang anak itu akan terarah ke mana sama ada meneruskan pembelajaran di pelbagai bidang di peringkat tinggi institut A atau B.
Namun yang demikian, kita sebagai ibu bapa haruslah menjadi pendorong bukan penghukum kepada anak-anak. Sentiasa ingat kejayaan adalah rezeki, dan sekiranya anak belum mencapai kejayaan yang diingini itu bermakna belum rezekinya lagi.
Rezeki Allah SWT amat luas dan tidak hanya dengan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang sahaja. Dikurniakan anak yang soleh dan taat mendengar kata pun merupakan rezeki yang lebih berkali ganda cukup indah bagi seorang ibu bapa.
Terus memberikan anak-anak kita yang sudah mendapatkan keputusan SPM itu semangat agar tidak berputus asa kerana hari ini umur mereka mungkin baru 17 atau 18 tahun. Masih sangat panjang perjalanan yang perlu ditempuh sebagai seorang remaja dan dewasa.
Sumber: @arengahismail (TikTok)
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah