Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.

Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.

Cara keluar daripada Kesuli tan hidup

Zikir atau doa Nabi Yunus

Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita :

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN

Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesuli tan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan si hir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penya kit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.

Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.

Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT.

Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesuli tan hidup

  • Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
  • Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
  • Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.
  • Jangan kedekut nak belanja orang makan.
  • Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.
  • Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita.
  • Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
  • Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.

Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesulitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Wallahualam …

ISTIGHFAR NABI YUNUS

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan istighfar Nabi Yunus dan yang mana lebih afdhal di antara Sayyid al-Istighfar atau istighfar Nabi Yunus?

Jawapan:

Melihat kepada soalan di atas, istighfar itu mempunyai banyak bentuk dan lafaz. Antaranya ialah istighfar atau doa Nabi Yunus AS ketika di dalam perut ikan Nun. Doa ini dirakam oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an:

Firman Allah SWT:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. [al-Anbiya’:87]

Di dalam tafsir Ibn Kathir ada menceritakan kisah bagaimana Nabi Yunus AS ditelan oleh ikan paus. Nabi Yunus AS telah pergi dengan menaiki kapal bersama kaumnya. Kapal tersebut dipukul ombak besar lalu mereka merasa takut kapal itu akan karam. Lalu, mereka mengundi salah seorang di antara mereka yang harus dibuang ke laut untuk meringankan bebanan kapal tersebut.

Maka undian pun terkena kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya dan undian tersebut terkena lagi kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka juga enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya untuk kali yang ketiga dan undian tersebut terkena juga kepada Nabi Yunus AS.

[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 321/5]

Tambahan pula, di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al-Jami’:

Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang mengani aya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”.

[Riwayat al-Tirmizi (3505)] [Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan]

Untuk itu, istighfar atau doa tersebut juga mempunyai kelebihan yang tertentu sebagaimana istighfar-istighfar yang lain berdasarkan hadith di atas. Bagi menjawab persoalan istighfar yang lebih afdhal di antara istighfar-istighfar yang dinaskan oleh syara’, maka kami berpandangan bahawa Sayyid al-Istighfar adalah lebih utama kerana Nabi SAW menamakannya sebagai penghulu segala istighfar.

[Rujuk kepada Irsyad al-Hadith No. 168]

Dengan itu juga, kami tidak menafikan berkenaan dengan doa Nabi Yunus AS ini. Tetapi ia sudah tentu mempunyai adab-adab yang memustajabkan doa tersebut.

Walaubagaimanapun, kita dibolehkan untuk mempelbagaikan bacaan istighfar dalam kehidupan kita dan tidak tertumpu hanya pada satu bacaan sahaja. Ini kerana, setiap bacaan itu mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Di sana terdapat beberapa syarat-syarat istighfar yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar, antaranya:

[Lihat: Fath al-Bari, 100/11]

Niat yang benar

Tawajjuh (menghadapkan diri hanya kepada Allah SWT)

Beradab (Menjaga adab-adab)

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa beristighfar dan memohon ampun kepada-Nya. Amin.

Wallahua’lam

Sumber : muftiwp / limaumanis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*