Kisah
Jenazah Jari Bertashahhud Solat, Wajah Yang Berseri, Keranda Dibawa Seperti Mahu Cepat Ke Kubur Dan Meninggal Pula Hari Jumaat.

Jenazah Jari Bertashahhud Solat, Wajah Yang Berseri, Keranda Dibawa Seperti Mahu Cepat Ke Kubur Dan Meninggal Pula Hari Jumaat.
Haji Walid Solahuddin Al-Baraziy. Saya mengenali arwah dalam beberapa majlis ilmu dan kerja dakwah di bumi Syam negara arab sejak hampir 20 tahun yang lalu (Beirut Lubnan). Saya sendiri kerap nampak beliau dengan golongan muda dan beliau sering bersama mereka.
Arwah kekadang mengajar secara simple ilmu-ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Sangat tegas dalam memperjuangan akidah Islam dengan cara yang disukai ramai terutama orang muda. Saya selalu panggil beliau sebagai Ammu Walid atau Haji Walid.
Seorang yang faqir dan sangat merendah diri. Nama sebenarnya adalah Haji Walid Solahuddin Al-Baraziy. Seorang insan kelihatan biasa sahaja tidak dikenali ramai sangat orang. Bukan seorang syeikh besar yang mengajar dimasjid-masjid, bukan jua seorang pendakwah terkenal dimedia sosial.
Orang yang sangat dekat dengan orang-orang muda macam saya ketika itu…namun akhir hidupnya membuktikan kerja dakwah orang kelihatan biasa dan amalnya adalah benar dan hebat. Betullah kata Imam Ahmad Bin Hambal kepada golongan Ahli Bid’ah: “Antara kami dan kamu buktinya ketika hari jen4zah”.
Ternyata hari kematian beliau cukup hebat kerana memperjuangkan kebenaran. Arwah juga belajar ilmu agama dan menghadiri majlis ilmu dengan ulama-ulama Al-Asya’irah dan tentunya salah seorang mereka yang menjadi pembakar semangat beliau adalah Syeikh Muhaddith Waliyullah Abdullah Al-Harari rahimahullah.
Perginya di hari mulia hari Jumaat, dibulan yang mulia, ketika jari bertashahhud menEsakan Allah dan wajah yang berseri sehingga ke liang lahad. Apabila orang muda memikul kerandanya seolah-olah ia mahu cepat disemadikan bagi mendapat nikmat didalam ku.bur.
Semoga Allah merahmatimu wahai Haji Walid yang saya kenal. Beruntung dirinya dimuliakan dan semoga kita semua dipertemukan didalam syurga Firdaus kelak bersama para ambiya dan seluruh pejuang kebenaran.
Allahuakbar apa yang beliau nampak ,sehingga wajah tersenyum gembiraa ….. Innalillahiwainnailaihiroojiuunn, kematian yang amat² dicemburui MasyaAllah sudah pasti dia telah nampak di mana kedudukannya nanti.
Sumber : Ustaz Abu Syafiq MEKAH
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.