Kisah
Anak kampung berusia 13 tahun layak memasuki Pusat Permata Negara selepas menduduki 3 ujian kelayakan, layak menduduki SPM pada umur 16 tahun jika memenuhi kriteria dan berpotensi melanjutkan pelajaran ke luar negara
Anak kampung berusia 13 tahun layak memasuki Pusat Permata Negara selepas menduduki 3 ujian kelayakan, layak menduduki SPM pada umur 16 tahun jika memenuhi kriteria dan berpotensi melanjutkan pelajaran ke luar negara
Ibu bapa Nurul Abira Irwan, Remaja berusia 13 tahun yang hanya membesar dan mendapat pendidikan di luar bandar tidak menjangka anak mereka layak memasuki Pusat Permata Negara selepas menduduki 3 ujian kelayakan.
Nurul Abira Irwan, pada mulanya tidak mengetahui mengenai kelebihan kolej genius berkenaan dan hanya menurut arahan guru di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Melintang supaya mengambil ujian kemasukan ke pusat itu.
Fuzian Nasar, 41, ibu kepada Nurul Abira berkata, semua proses permohonan termasuk menduduki 3 ujian kelayakan dilakukan guru sekolah.
Ibu Tak Sangka Anak Jadi Satu-Satunya Berjaya Lepasi Ujian
Dia memaklumkan tidak menyangka anak ke-3 daripada 4 beradik itu walau hanya membesar sebagai anak kampung itu satu-satunya murid yang berjaya.
“Dalam adik-beradik dia memang menunjukkan sikap rajin belajar dan bijak. Mungkin itu kelebihan yang dia miliki, namun saya tidak menjangkakan dia akan diterima masuk ke Pusat Permata Pintar.
“Ia menjadi kebanggaan kepada saya dan suami, Irwan Jamai, 41. Saya bersyukur kerana dia terpilih walaupun hanya membesar sebagai anak kampung,” katanya di kediamannya di Kampung Bukit Seberang, Senaling, Kuala Pilah.
Nurul dijangka akan melaporkan diri di Kolej Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor pada 28 Mac depan.
Fuzian berkata, Nurul Abira layak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada umur 16 tahun jika memenuhi kriteria ditetapkan dan berpotensi besar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Dapat Tawaran Sambung MRSM, Terpaksa Tolak Kerana Kos Pendidikan
“Sebenarnya Abira juga menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, namun terpaksa menolaknya kerana perlu memikirkan kos pendidikan.
“Untuk kemasukan ke kolej pintar ini, Alhamdulillah dia menerima sumbangan daripada pelbagai pihak seperti Yayasan Bank Rakyat dan pihak sekolahnya sendiri.
“Difahamkan Abira juga layak memohon bantuan daripada Yayasan Pintar dan bantuan zakat UKM bagi golongan B40 apabila sudah masuk ke pusat permata itu nanti,” katanya.
Perlu Lalui 3 Peringkat Ujian Pencarian Bakat UKM
Sementara itu, Nurul Abira berkata, dia perlu menduduki 3 peringkat Ujian Pencarian Bakat UKM 2021 Peringkat Kebangsaan pada April serta September 2021 dan pada November 2022.
“Saya gembira selepas mendapat keputusan yang saya layak masuk ko kolej itu. Saya pada mulanya tidak tahu mengenai kelebihan Pusat Permata dan hanya menurut arahan guru supaya mengambil ujian.
“Bersyukur kerana terpilih dan saya sekarang sangat teruja untuk memulakan pembelajaran. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada ibu bapa bahawa anak kampung ini mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara satu hari nanti,” katanya.
Sumber : [Hmetro]
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah