Connect with us

Kisah

Nur Amira Lee..“Saya Tak Boleh Pilih Lahir Sebagai Bukan Islam Tapi Saya Boleh Pilih Untuk M4ti Sebagai Islam”

Published

on

dfgerfze

Nur Amira Lee..“Saya Tak Boleh Pilih Lahir Sebagai Bukan Islam Tapi Saya Boleh Pilih Untuk M4ti Sebagai Islam”

Arw@h suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung.. pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila. Ada orang bertanya, “kenapa kena pakai tudung panjang?” Dia jawab, “Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.

Ikutilah kisah HIJRAHnya…

Berikut adalah perkongsian cerita kemanisan penghijrahannya yang dipetik dari laman Sinar Harian.

MASIH segar dalam memori Nur Amira Ann Lee atau mesra disapa Amira terhadap l!ku-l!ku perjalanannya bergelar seorang Muslim. Dengan raut wajah penuh keikhlasan, anak kelahiran Sikamat, Negeri Sembilan itu berkata, beliau secara peribadi menyifatkan tarikh 18 November 2009 merupakan detik terindah.

Tepat pada pukul 11 pagi, Amira telah memandu bersendirian dari kediamannya menuju ke Pusat Dakwah Islam Paroi, Negeri Sembilan dalam keadaan tergesa-gesa untuk melafazkan dua kalimah sya.hadah.

“Walaupun jarak dari rumah ke Pusat Dakwah Islam Paroi berdekatan, tetapi saya terasa lama berada di dalam kereta. Sepanjang perjalanan, saya berdoa supaya tidak berlaku kema.langan yang boleh meragut nyaw4.

“Saya bimbang sebarang bentuk kece.lakaan yang berlaku akan menyebabkan saya tidak sem.pat mengucap dua kalimah syah.adah dan menjadi umat Islam,” jelas beliau ketika ditemui Femina secara eksklusif di Studio Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

Wanita berusia 32 itu menyambung sinopsis bicaranya dengan pernyataan penuh bermakna.

“Memang terasa indah, perasaan gundah sebelum itu lenyap sekelip mata sebaik sahaja selesai melafazkan sya.hadah di hadapan seorang ustazah. Lega, ia umpama bebanan batu besar yang selama ini menghe.mpap dada telah berjaya dialihkan. Saya berasa ‘ringan’ dan bersih seperti bayi.

3 12

“Pada waktu tersebut saya tidak t4kut sekiranya Allah tarik ny4wa kerana sekurang-kurangnya saya m3ninggal dunia dalam keadaan Islam,” tuturnya yang terbuka hati mengenali Islam selepas berkongsi kisah duk4 bersama arw4h suaminya, Mohamad Norasyrul Nordin.

Bagaimanapun, bekas pramugari syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd itu menjelaskan, keter.ujaan beliau bergelar Muslim dir0bek seketika apabila arwah suaminya pergi mengadap ILLAHI.

Kepada wartawan Femina, IZYAN LIYANA MOHD DARIF, Amira berkongsi lanjut cerita kemanisan penghijrahannya bergelar saudara baharu.

1 Pada 18 November tahun ini, genap sedekad anda bergelar seorang Muslim. Justeru, boleh kongsikan titik permulaan bagaimana terdetiknya hati untuk memeluk agama Islam?

AMIRA: Titik perubahan bermula selepas abang saya m4ut kerana n4has jalan raya sekitar Januari tahun 2009. Sejak peristiwa hitam itu, saya menjalani kehidupan dalam keadaan s3dih, terki.lan dan hampir berpu.tus asa selama enam bulan, walhal sebelum ini saya seorang ceria dan positif.

Suk4r untuk menerima kenyataan abang tersayang pergi buat selama-lamanya. Arw4h yang dulunya merupakan rakan sekerja di MAS tidak pernah bosan meniupkan kata-kata semangat. Beliau banyak memberikan galakan, nasihat dan berkongsi ayat al-Quran yang menceritakan bahawa segala berlaku di muka bumi telah ditakdirkan ALLAH. Semuanya ada hikmah tersendiri kerana perancangan-NYA lebih berkuasa daripada manusia.

Bait-bait penjelasan tersebut menimbulkan banyak persoalan. Kemusy.kilan utama saya pada waktu itu ialah siapakah ALLAH? Kenapa DIA begitu berkuasa sehingga mampu menghadirkan ujian dan pada masa sama menyembuhkan kepe.ritan yang dialami manusia?

2 Justeru, bagaimana anda memperoleh jawapan yang membantu menyelesaikan 1,001 persoalan mengenai ALLAH, al-Quran dan Islam?

Selepas enam bulan mera.tapi kese.dihan yang tiada berpenghujung, saya bangkit dan tekad mencari jawapan tersebut. Selain berdiskusi bersama golongan yang memiliki kepakaran dalam bidang agama Islam, saya turut mencari jawapan menerusi bahan bacaan.

Pencarian saya semakin hampir ke garisan penamat apabila terdetik untuk berkunjung ke Pusat Dakwah Islam Paroi. Cuti tahunan yang berbaki tiga hari saya manfaatkan dengan menghadiri kursus asas saudara baharu meskipun belum memeluk Islam.

Di dalam kelas, ustaz dan ustazah membantu menjawab soalan popular. Antaranya kenapa umat Islam diwajibkan solat? Kenapa berpuasa selama sebulan? Kenapa wanita harus menutup aurat? Mengapa agama ini mela.rang umatnya makan khin.zir?

Terharunya, setiap soalan kami tidak diperle.kehkan ataupun ditem.pelak, sebaliknya mereka menjawab secara berhemah dan disertai alasan serta bukti yang kukuh.

Bagaimanapun, saya mula merasai kenikmatan hidayah itu tiba dan kewujudan ALLAH apabila seorang ustazah yang mengendalikan kelas terbabit menebak kami dengan satu soalan istimewa.

Ujar beliau, manusia sangat bijak dan memiliki kemampuan mencipta bangunan tertinggi, roket dan sebagainya, tetapi pernahkah manusia terfikir siapa pula yang mencipta manusia dan alam semesta?

Keyakinan saya terhadap kekuasaan ALLAH semakin menebal, apatah lagi selepas membaca inti pati al-Quran yang menceritakan penciptaan manusia secara saintifik.

Justeru, selesai sahaja kursus, saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam pada keesokan harinya.

3 Adakah keputusan untuk memeluk Islam turut didorong kerana ingin berumah tangga bersama arw4h suami (Mohamad Norasyrul)?

Tidak dina.fikan, sebahagian besar individu berpendapat apabila seseorang itu memeluk Islam adalah untuk berkahwin atau mendapatkan bantuan seperti kewangan.

Persepsi sedemikian harus dite.pis kerana kami berhijrah demi memperoleh keredaan ALLAH. Biarpun pada masa itu saya tidak pasti jodoh bersama arwah suami akan berkekalan atau sebaliknya, namun keazaman saya ialah apa jua cabaran dan dugaan yang datang, saya ingin kekal dan m3ninggal dunia sebagai seorang Muslim.

Alhamdullilah, selepas memeluk Islam (sebelum tahun 2009 melabuhkan tirai), pada tahun seterusnya saya dan arw4h suami selamat diijabkabulkan. Mahligai yang dibina diserikan dengan kehadiran cahaya mata, Sara Shasmeen, 7.

4 8

Al-Fatihah buat suami arwah (dibaca)

Bagaimanapun, kegembiraan yang dikecapi bersifat sementara apabila arw4h suami disahkan menghi.dap leu.kimia dan mengh.embuskan nafas terakhir pada tahun 2013. Meskipun pe.rit mengenangkan anak yang masih kecil ketika itu, tetapi saya reda kerana semuanya sudah diaturkan ALLAH. Saya bersyukur dan lega kerana berpeluang menjaga beliau sepanjang dirawat di hospital sehingga sanggup men.inggalkan kerjaya pramugari.

4 Bagaimana anda kekal istiqamah dan berjuang seorang diri dalam mencari sinar Islam selepas arwah suami meninggal dunia?

Seperti yang saya sebutkan, Penghijrahan ini dibuat atas kerelaan dalam mencari keredaan ALLAH. Walaupun kehilangan individu yang membuka mata hati mengenali Islam, tetapi jiwa dan raga saya tidak pernah lenyap untuk terus mengikat cinta pada agama ini.

Diakui bukan mudah untuk kekal istiqamah, namun saya sentiasa berdoa pada ALLAH supaya kuatkan hati ini supaya terus taat dan tawaduk kepada-NYA. Kunci utamanya, solat, mengaji, usaha dan tawakal.

Lagipun mak dan adik-beradik tidak pernah memaksa kembali menganuti agama asal (Buddha) kerana mereka melihat saya menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Kini perjuangan saya mendalami Islam tidak keseorangan apabila izin-NYA saya bertemu jodoh baharu, Mohd Fakhrurrazi pada bulan Mei lalu.

5 Ibu, Chong Moi berusia 66 tahun menitiskan air mata tatkala anda menyuarakan hasrat untuk bergelar Muslim. Adakah pada ketika itu anda berdepan dilema antara keluarga atau nekad memilih cahaya Islam?

Saya ialah anak mak dan tidak pernah melawan kata-katanya kerana enggan menyebabkan beliau s3dih. Namun, saya tidak menyangka keputusan untuk memeluk Islam telah membuatkan mak menangis seolah-olah saya akan pergi meninggalkannya.

S3dih memang s3dih melihat situasi mak pada waktu itu, tetapi dek ketakutan melampau kerana bimbang ny4wa diambil sebelum sempat melafazkan sya.hadah, saya tabahkan hati. Saya yakin masa akan meredakan keadaan dan berjanji dengan diri sendiri supaya tidak sesekali mengab.aikan mak biarpun saya bergelar mualaf kelak.

Betapa percaturan Allah itu indah. Perbezaan agama sedikitpun tidak mem.ecah-bel.ahkan hubungan kami sekeluarga, bahkan sehingga hari ini saya kekal menetap serumah bersama mak dan adik-beradik di Seremban, Negeri Sembilan.

Diakui, pada peringkat awal mak terpaksa membeli peralatan dapur yang baharu untuk memasak lauk saya secara berasingan. Ia termasuklah membeli bahan mentah halal khusus ayam yang telah disembelih. Bagaimanapun, kini tidak lagi selepas berpindah ke kediaman baharu apabila saya meminta kerjasama mak dan adik-beradik supaya menikmati dan menyediakan sajian halal sahaja.

6 Selepas bergelar saudara baharu, apakah perkara yang paling sukar untuk dipelajari dan dipraktikkan?

Setakat ini, saya telah menghafal surah-surah lazim khususnya al-Fatihah dan bacaan solat bagi memudahkan ibadat disempurnakan dengan baik.

Pada peringkat permulaan, mengaji satu proses yang sedikit susah kerana ia memerlukan saya menghafal dan mengenal huruf satu-persatu. Alhamdullilah, kini saya telah beralih pada iqra’ enam dan bacaan semakin lancar.

Sumber :Sabarudin Ramli Via Majalah Harian.com
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/45881/LIFESTYLE/Femina/Transisi-Nur-Amira-Lee

Sumber video: youtube (Zayan)

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending