AGAMA
Ilmu Potong Kuku Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Ilmu Potong Kuku Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Potong kuku hari Jumaat dapat pahala dah, kalau cara potong kuku tu ikut Nabi pulak, lagi la banyak pahala.
Memotong atau memendekkan kuku ialah membuang hujung kuku sama ada kuku tangan atau kaki sehingga rapat pada kulit di bawah kuku serta mencucinya.
Kuku yang panjang melebihi kulit di bawah kuku akan menjadi tempat pembiakan kuman, bakteria dan virus. Hal ini kerana kuku selalunya digunakan untuk menggaru gatal, mengambil dan membuka sesuatu sehingga kekotoran terkumpul di celah kuku.
Memotong kuku termasuk dalam perkara fitrah manusia. Ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dalam tempoh lama kerana melambangkan penampilan seseorang itu yang tidak bersih dan tidak terurus.
Lebih penting ia perlu selalu dipotong supaya tidak menyerupai gelagat sesetengah orang kafir yang menyimpan kuku. Ini selaras dengan sabda : Nabi saw , maksudnya: ” Sesiapa yang menyerupai suatu kaum , maka dia termasuk daripadanya.” (Riwayat Ahmad)
Hukum
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat, sebagaimana dinyatakan dalam hadis daripada Aisyah ra bermaksud : “Sepuluh perkara yang sebagai fitrah (sunnah) ; memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)…” (Riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Hikmahnya ialal melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.
Kaedah Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula dari tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam Nawawi ,
sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki , bermula kaki kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu , kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehingga kelengkeng.
Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemoong kuku yang tidak mendatangkan mudarat.
Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.
Waktu Potong Kuku
Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian .
Menurut Imam Syafie ,
sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat junaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, mengenakan haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Bagi Ibnu Hajar ramimahullah sunat memotong kuku pada hari khamis atau pagi Jumaat atau pada hari Isnin .
Perbuatan lepas Potong Kuku
Potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia juga termasuk anggota manusia . Dinyatakan dalam Fath al-Bari,Ibnu Umar ra menanam potongan kuku.
Majalah ilmu :
Nabi Muhammd SAW diberikan petunjuk oleh Allah dalam setiap aspek kehidupannya.
Sekiranya saya mencari contoh untuk cara hidup yang benar-benar produktif, bukankah cara hidup baginda yang patut diikuti?
Kedua, bayangkan ganjaran daripada Allah apabila Dia melihat kita mengikuti tabiat dan perbuatan hamba-Nya yang paling dicintai.
Allah menyifatkan dalam al-Quran:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
— Surah Al-Ahzaab ayat 21
Kita mahu menjadi produktif?
Mahu memaksimakan ganjaran di akhirat?
Ikuti contoh sunnah Nabi kita dalam perkara yang besar mahupun kecil.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment