Kisah
Hanya Berbekalkan RM50 Dan Membawa Sebiji Bot. Azwan Omar Memohon Cuti Kecemasan Untuk Menyelamatkan Nyawa Puluhan Mangsa Banjir Yang Terperangkap Di Kediaman Mereka

Hanya Berbekalkan RM50 Dan Membawa Sebiji Bot. Azwan Omar Memohon Cuti Kecemasan Untuk Menyelamatkan Nyawa Puluhan Mangsa Banjir Yang Terperangkap Di Kediaman Mereka
Seorang lelaki dari Melaka, menggunakan kereta Viva membawa sebiji bot dan RM50 ini tampil menghulur tenaga memberi bantuan, selamatkan mangsa banjir walau berbekal kudrat terhad yang ada ini pasti memberi inspirasi.
Walaupun hanya mempunyai wang RM50, Azwan Omar mengambil keputusan memohon cuti kecemasan daripada majikannya di Melaka untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir di situ.
Keputusan spontan Azwan pada Sabtu lalu menyelamatkan nyawa puluhan mangsa yang terperangkap dalam kediaman mereka, susulan banjir yang disifatkan terburuk di Selangor.
Selamatkan Warga Emas, Suami Lumpuh, Ibu Baru Bersalin
Antara mangsa banjir yang diselamatkan Azwan adalah pasangan warga emas, termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baharu dilahirkan.
Sejak lima hari lalu, Azwan mengalas perut dengan hanya roti dan air serta tidur dalam botnya, namun tekadnya untuk membantu mangsa banjir tidak luntur.
Tidak Dabik Dada Walau Sudah Tular
Walaupun dijulang oleh warganet sebagai miskin wang tetapi kaya budi, Azwan tidak mendabik dada, sebaliknya bersedih memikirkan nasib mangsa yang diselamatkan dan juga mereka yang m4ut.
Azwan, yang kini dikenali sebagai ‘Abang Viva Viral’ di media sosial berkata, “Ini jujur saya cakap, saya daripada Melaka hanya berbekalkan RM50, dengan RM50 itu saya beli minyak untuk bot RM20, dan RM30 saya guna untuk beli makanan seperti roti dan air untuk alas perut,” katanya ketika dihubungi FMT.
Kepayahan Saya Tidak Boleh Dibanding Dengan Derita Mangsa Banjir
Azwan berkata, kepayahan yang dilaluinya tidak boleh dibandingkan dengan penderitaan mangsa banjir. Contohnya pasangan warga emas yang terpaksa minum air paip sahaja sebelum diselamatkan.
“Ahad lalu saya ada selamatkan pasangan warga emas, suaminya lumpuh bersama dua ekor anjing. Mereka kata memang tiada bot atau bantuan yang melalui kawasan perumahan mereka.
“Bantuan tak sampai pada mereka, mereka mungkin tidak tahu nak gunakan telefon pintar dan (mereka) tiada media sosial. Mungkin juga suara mereka tak cukup kuat untuk panggil pasukan menyelamat. Jadi sebelum bantuan tiba, mereka hanya minum air paip sahaja,” kata Azwan.
Ibu Baru Bersalin Redah Banjir Bersama Bayi – Sedih Makin Menebal
Setiba di lokasi banjir Sabtu lalu, rasa sedih Azwan menebal apabila melihat sekumpulan mangsa duduk dalam kesejukan di bumbung rumah yang digenangi air menunggu bantuan.
Paling menyayat bagi Azwan ialah melihat seorang ibu yang baharu bersalin meredah banjir bersama bayinya.
“Itu yang paling saya tak boleh lupa. Masa saya selamatkan ibu itu, tak silap saya dia baharu lepas bersalin dan 2 hari keluar h0spital dengan bayinya.”
Selain itu, beliau turut menyaksikan pelbagai keadaan lain yang menyedihkan, khususnya reaksi ahli keluarga yang terkandas apabila dimaklumkan tidak semua mereka boleh diselamatkan sekali gus.
“(Kita) boleh bayang perasaan mereka yang terpaksa berpisah dengan keluarga, sebab kami kena selamatkan wanita, warga emas dan kanak-kanak dulu. Jadi bayangkan isteri risaukan suami yang masih berada di lokasi banjir. Sampai ada yang dah siap-siap salam minta maaf,” ujarnya.
Cuma Bekerja Operator Mesin, Salur Bantuan Buat NGO, Mangsa Banjir
Usaha Azwan yang Cuma bekerja sebagai operator mesin itu mendorong ramai menderma kepadanya. Namun dia keberatan menerima sumbangan itu, malah menggunakan sebahagian besar wang itu untuk menderma kepada pelbagai NGO yang turut membantu mangsa banjir.
Sebahagian wang itu juga diberikan kepada mangsa banjir yang lebih memerlukan.
“Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun, saya pun tak minta untuk jadi ‘viral’ sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir,” ujar Azwan.
Semoga urusan-urusan Azwan serta hero-hero yang tidak didendang ini dipermudahkan diberikan ganjaran rezeki berlipat kali ganda.
Sumber : [FMT)]
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










