Kisah
[Video]”Alunan Bacaannya Sangat Istimewa”, Anak-Anak Pondok Hafaz Al-Quran Dalam Bahasa Isyarat Buat Ramai Malu
![[Video]"Alunan Bacaannya Sangat Istimewa", Anak-Anak Pondok Hafaz Al-Quran Dalam Bahasa Isyarat Buat Ramai Malu 5 Hafaz Al-Quran dalam Bahasa Isyarat](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2022/08/Slide12.jpeg)
[Video]”Alunan Bacaannya Sangat Istimewa”, Anak-Anak Pondok Hafaz Al-Quran Dalam Bahasa Isyarat Buat Ramai Malu
Ramai yang boleh menghafal lirik-lirik lagu dan bait-bait puisi, tetapi tidak ramai yang mampu untuk menghafaz Al-Quran. Ramai yang memiliki keistimewaan yang tersendiri, tetapi tidak ramai juga yang menggunakan kesempurnaan fizikal yang dimiliki untuk menghafaz Al-Quran. Kagum dan tersentak hati ini apabila melihat anak-anak pondok begitu tekun hafaz Al-Quran dalam bahasa isyarat demi sebuah agama Islam yang sangat dicintainya.
Hafaz Al-Quran dalam bahasa isyarat dengan cara yang sangat unik
Di bahagian selatan Pulau Jawa, Indonesia terletaknya sebuah daerah yang diberi nama Yogyakarta. Siapa sangka di pinggir kejiranan sebuah kota besar itu adanya mutiara pondok yang menjadi rumah para hafiz dan hafizah dari umur yang sangat muda hafaz Al-Quran dalam bahasa isyarat. Mereka yang melalui kawasan tersebut, pastinya akan terpukau dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dilafazkan dengan teknik yang sungguh luar biasa.
Menariknya tidak seperti sekolah pondok, madrasah atau pusat tahfiz lain, sekolah agama ini sebenarnya hanya dikhususkan untuk golongan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran serta mana-mana pelajar yang perlu menggunakan bahasa isyarat sekiranya mahu membaca dan menghafal ayat-ayat Al-Quran.
Dikenali ramai sebagai Sekolah Darul A’shom, ia diasaskan oleh seorang ulama’ oleh Abdul Kahfi pada tahun 2019. Sekolah ini mempunyai seramai 12 kakitangan bagi menguruskan dan mengajar 115 orang pelajar dari umur tujuh hingga 28 tahun.
Bahkan, sekolah ini menerima pelajar dari seluruh negara dengan majoriti penduduk Islam terbesar di dunia yang sangat tertarik untuk menghafaz Al-Quan walaupun mempunyai kecatatan fizikal.
Meneruskan generasi pencinta Al-Quran
Menurut pengasas sekolah agama tersebut, tujuan dibinanya pusat ilmu ini adalah untuk membantu anak istimewa dalam mempelajari dan membaca kitab suci Al-Quran melalui bahasa isyarat. Mereka semua adalah penerus kepada generasi pencinta Al-Quran. Demi agama Islam usaha ini perlu dipergiatkan lagi.
“Kini orang dewasa bermasalah pendengaran hampir tidak mengetahui agama secara mendalam kerana sejak zaman persekolahan mereka tidak pernah belajar mengenainya,” kata Abdul Kahfi yang turut mengakui selepas Sekolah Darul A’shom diasaskan ia dapat menarik ramai pihak dari berlainan negara dan latar belakang.
Hanya 3 dari 10 kanak-kanak kelainan upaya mampu bersekolah
Dari tinjauan oleh UNICEF, data menunjukkan bahawa hanya tiga daripada sepuluh orang kanak-kanak kelainan upaya di Indonesia yang mampu untuk bersekolah. Untuk pengetahuan anda, di sana kurikulum bagi sekolah awam mempunyai pengajaran agama yang terhad kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas. Di mana ia bermula usia lapan atau sembilan tahun, bukannya sejak tadika.
Bahkan untuk belajar mengenai Al-Quran termasuklah dari segi mengaji dan menhafaznya, kanak-kanak keperluan khas akan mengambil masa lebih kurang lima tahun di sekolah.
Salah seorang pelajar Sekolah Darul A’shom yang berusia 10 tahun, Muhammad Farhad berkata, sekarang dia sudah mampu untuk membaca dan menghafal 30 juzuk Al-Quran. Farhad yang bercita-cita menjadi seorang ulama’ sangat menginginkan ilmunya terus disebar kepada orang lain.
Quranic recitation through sign language. Unstoppable! pic.twitter.com/1Jm7ht8pii
— Kazi Luthfur Rahman-قاضي لطف الرحمن (@sheikh_kazi) August 3, 2022
Bersahabat dengan Al-Quran di dunia dan akhirat
Rasulullah SAW menjanjikan, bahawa setiap orang beriman yang bersahabat akrab dengan Al-Quran, dijamin akan mendapat syafaat dari Al-Quran sebagaimana hadis berikut:
“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat menjadi pemberi syafa’at bagi orang-orang yang bersahabat dengannya.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Daripad hadis tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memberitahu Al-Quran ini adalah pemberi syafaat di hari akhirat nanti kepada mereka yang di dunia selalu berdampingan dengannya.
Bukan itu sahaja, syurga akan diberikan mengikut beberapa darjat manusia dari amalan yang dilakukan termasuklah mempelajari Al-Quran. Mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah sahaja, akan benar-benar yakin bahawa usaha mengingati dan menguasai ilmu Al-Quran bukanlah perkara yang sia-sia.
Suatu masa nanti Al-Quran ini akan menjadi kenikmatan yang begitu besar baginya di dunia dan akhirat. Ya Allah, bagaimana pula kami yang sempurna fizikal tetapi jauh dengan Kalam Mu?
Begitu malu rasanya muka ini, begitu tersentak jiwa ini melihat kesungguhan anak-anak pondok yang walaupun ada kekurangan fizikal tetapi mereka mewah dengan kemurniaan amalan yang ikhlas semata-mata kerana agama dan syurga.
Sumber: Arab News
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah

![[Video]"Alunan Bacaannya Sangat Istimewa", Anak-Anak Pondok Hafaz Al-Quran Dalam Bahasa Isyarat Buat Ramai Malu 6 Hafaz Al-Quran dalam Bahasa Isyarat](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2022/08/3318991-324189711.webp)
![[Video]"Alunan Bacaannya Sangat Istimewa", Anak-Anak Pondok Hafaz Al-Quran Dalam Bahasa Isyarat Buat Ramai Malu 7 Hafaz Al-Quran dalam Bahasa Isyarat](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2022/08/Baca-Al-Quran-2.jpeg)







