Connect with us

AGAMA

‘GURU’ Hafiz Hilaang Ingatan Akibat Dis3rang Str0k Tetapi Ilmu Quran Masih Kekal Dalam Ingatannya

Published

on

hehjfwcf

‘GURU’ Hafiz Hilaang Ingatan Akibat Dis3rang Str0k Tetapi Ilmu Quran Masih Kekal Dalam Ingatannya

Tazkirah di Masjid Cheras Jaya. Topik semalam adalah tentang Ahli Quran. Saya memang seakan mengenali bila terlihat dari jauh. Tapi keadaannya yang solat di atas kerusi buatkan saya ragu. Rupanya insan yang betul-betul saya maksudkan dalam tazkirah itu ada bersama.

Ya Allah sayu hati saya bila beliau menitiskan air mata ketika kami bertemu…Rupanya beliau baru mengalami str0k. Soalan yang saya ajukan beliau tidak menjawab. Hanya jawaban linangan air mata. Rupanya lidah beliau dan bibir beliau agak sukar utk bergerak. Tutur kata beliau sukar difahami.

Beliau adalah Ustaz Musa bin Ani. Guru segala guru para hafiz dan hafizah di Malaysia dan Selatan Thailand. Namanya masyhur ketika kami belajar tahfiz di Kelantan dulu. Dari Maahad Tahfiz di Rantau Panjang, Golok Thailand sampailah ke Yala beliau mengajar.

Screenshot 10

Pertama kali saya bertemu beliau di bilik hotel ketika Musabaqah Tahfiz Kebangsaan tahun 2002 di Perlis. Beliau hadir kerana sejumlah anak muridnya menjadi wakil negeri masing2.

Ada yang mewakili Kelantan, Perak dll negeri. Setiap tahun dari susur galur muridnya akan terbit pelajar tahfiz yang hebat2 seluruh negara.

Sudah lebih dari 1000 pelajar yang khatam hafazan Quran dari beliau. Bahkan Lebih dari 100 orang lebih menamatkan syahadah bersama beliau. Iaitu sijil Khatam Quran secara hafazan tanpa ada kesilapan sepanjang satu hari.

Ramai anak muridnya yang saya kenali bercerita tentang beliau. Ketika sesi murajaah petang (mukhtar), beliau mampu mendengar bacaan 5 orang anak murid sekaligus.

Dan ada ketika keletihan beliau tertidur ketika anak murid membaca, namun bila anak murid tersilap beliau serta merta terjaga dan betulkan.

Manusia ini dipanggil dan dipujuk ramai manusia utk menjadi muridnya. Beliau benar-benar mewaqafkan diri beliau utk Quran. Malam tadi saya bertanya anak beliau tentang kesihatan ayahnya. Kerana katanya setelah jatuh str0k, beliau lupa ingatan.

Jawab anaknya :

“AYAH TELAH LUPA SEMUA TENTANG DUNIA KECUALI HANYA AL-QURAN!!!”

Ya Allah muliakan kami bersama Alquran, bangkitkan kami bersama Ahli Quran

sumber; IMAM MUDA Asyraf

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.