Connect with us

AGAMA

Buat Pertama Kalinya Kerajaan Arab Saaudi Mendedahkan Gambar Batu Hajar Aswad Dari Jarak Dekat Dan Beresolusi Tinggi Serta Belum Pernah Dipaparkan Sebelum Ini

Published

on

Buat Pertama Kalinya Kerajaan Arab Saaudi Mendedahkan Gambar Batu Hajar Aswad Dari Jarak Dekat Dan Beresolusi Tinggi Serta Belum Pernah Dipaparkan Sebelum Ini

Kerajaan Arab Saudi memuat naik foto batu Hajar Aswad dari jarak dekat dan beresolusi tinggi serta belum pernah dipaparkan secara umum sebelum ini. foto batu suci itu diambil dengan teknik baharu yang menggunakan konsep ‘panorama fokus bersusun’.

Memetik laporan Alarabiya, kira-kira tujuh jam diperlukan bagi membidik satu foto batu berkenaan dalam kadar resolusi paling tinggi. Dalam masa sama saiznya dikatakan berukuran sehingga 49,000 megapiksel dan memerlukan tempoh waktu selama 50 jam untuk mengembangkannya.

Difahamkan ini adalah paparan foto Hajar Aswad paling terperinci yang dikongsikan pihak kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya. Hajar Aswad pada asalnya berwarna putih, namun kini kelihatan hitam kemerahan. Bentuknya agak lonjong dan saiz diameternya mencapai sehingga 30 sentimeter. Ia diletakkan di penjuru Ka’bah.

Berikut di bawah adalah foto-foto Hajar Aswad beresolusi tinggi seperti yang dilaporkan:-


Sumber: Alarabiya via majalah-harian.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!