Kisah
Dulu Dihina Sebagai “Penagih”, Tapi Kini Jadi CEO Hasil Menanam Ganja Untuk Tujuan Perubatan

Dulu Dihina Sebagai “Penagih”, Tapi Kini Jadi CEO Hasil Menanam Ganja Untuk Tujuan Perubatan
KIM SOO-BIN, seorang pemuda berusia 28 tahun yang berasal dari Korea Selatan telah menghadapi pelbagai dugaan dalam memastikan perniagaan baharunya kekal relevan di hati masyarakat. Stigma dan tahap kefahaman masyarakat Korea Selatan terhadap ganja adalah antara cabaran yang beliau dan syarikatnya perlu hadapi.
Sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Imagination Garden, Kim mengaku bahawa beliau perlu bersedia untuk menjadi antara pelapor muda pertama negara yang menanam tumbuhan ganja dan berhadapan dengan pandangan masyarakat. Dia yang menggunakan tanaman ganja untuk tujuan perubatan telah melalui perjalanan yang sukar, antaranya adalah diherdik kumpulan masyarakat dan dihina sebagai ‘penagih’ kerana menjual tumbuhan yang terkenal dengan nama sinonim lain, iaitu ᴅᴀᴅᴀʜ.
“Memandangkan perkara pertama yang orang Korea kaitkan dengan ganja ialah ᴅᴀᴅᴀʜ, ada yang mengejek memanggil saya ‘penagih’,” kata Kim kepada VICE World News sambil menambah bahawa dia masih boleh menerima herdikan tersebut kerana masyarakat Korea Selatan masih belum memahami secara menyeluruh fungsi tumbuhan ganja. “Saya tidak berniat untuk membuat hujah yang radikal. Saya tidak mengatakan kita perlu menghalalkannya untuk kegunaan rekreasi, tetapi kita perlu menggunakan faedah daripada tumbuhan yang diketahui baik untuk penyakit seperti penyakit Parkinson dan epilepsi.”
Untuk pengetahuan anda, Kim bukanlah Pablo Escobar versi Korea Selatan yang menanam ganja secara haram. Ia mula meneroka perniagaan ini apabila kerajaan Korea Selatan menetapkan satu wilayah tenggara Gyeongbuk sebagai zon bebas yang menjadi pusat industri ganja negara. Wilayah tersebut adalah tempat pertama dan satu-satunya di negara ini di mana petani diberikan lesen dan dibenarkan untuk menanam ganja bagi tujuan perubatan dan eksport.
Sebelum ini, Korea Selatan juga seperti negara Asia Timur yang lain, di mana negara ini mempunyai undang-undang yang ketat terhadap penggunaan ganja. Di bawah undang-undang ᴀɴᴛɪᴅᴀᴅᴀʜ, seseorang yang merokok atau memperdagangkan barangan terlarang itu boleh menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun. Tetapi Korea Selatan telah meminda undang-undang pada 2018 dan menjadi negara pertama di Asia Timur yang menghalalkan penggunaan ganja perubatan, dan Zon Bebas Peraturan Hemp Gyeongbuk telah dilancarkan tahun ini.
Bagaimanapun, walaupun Korea Selatan sudah ‘menghalalkan’ penggunaan ganja untuk tujuan perubatan. Namun Kim melihat ia tidak selari dengan penguatkuasaan kerana masih banyak peraturan dan sekatan yang perlu dihadapi oleh beliau dan kumpulan masyarakat. Kim berkata bahawa undang-undang sedia ada terlalu lambat untuk berada bersama dengan perubahan sosial. Sebagai contoh, undang-undang hanya membenarkan pesakit mengakses sebilangan kecil ubat untuk beberapa penyakit dan pesakit pula perlu mendapat kelulusan daripada doktor di beberapa hospital terpilih sahaja.
Tetapi Kim percaya, perubahan dan pemahaman masyarakat Korea Selatan sudah mula berkembang. Menurut VICE, melalui kaji selidik yang dijalankan, lebih satu daripada tiga responden Korea Selatan berkata mereka sedar tentang kesan perubatan ganja atau pernah mendengar mengenainya. “Sekurang-kurangnya, hari ini, orang Korea tidak bertanya kepada saya mengapa anda melakukan ini tidak seperti tahun-tahun lepas. Ini bermakna orang sekurang-kurangnya secara kasar memahami beberapa perkara adalah baik untuk kita. Ini adalah peningkatan yang ketara,” kata Kim.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.