Connect with us

Kisah

Nelayan Terjumpa ‘Muntah’ Ikan Paus, Bernilai Kira-Kira RM5 Juta

Avatar of kidin

Published

on

ebdb

Nelayan Terjumpa ‘Muntah’ Ikan Paus, Bernilai Kira-Kira RM5 Juta

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk situasi yang berlaku di Thailand ini apabila seorang nelayan bakal bergelar jutawan menemui ‘muntah’ ikan paus yang bernilai kira-kira AS$1.2 juta (RM5 juta) di tepi pantai.

Penemuan muntah paus atau ambergris sudah kerapkali berlaku dan bukanlah sesuatu yang asing. Setiap kali penemuan muntah paus ini akan menjadikan penemunya menjadi jutawan sekelip mata selepas menjualnya.

Nelayan yang dikenali sebagai Narong Phetcharaj pergi ke pantai apabila melihat satu objek aneh di pantai Niyom di wilayah Surat Thani, Thailand selatan.

Benda yang aneh itu rupa-rupanya muntah ikan paus (ambergris) bersaiz besar dan mempunyai berat kira-kira 30kg. Muntah paus itu dipercayai dihanyutkan oleh arus ombak ke kawasan pantai berkenaan.

Batu Ambergris itu pun diambilnya dan dibawa kepada pakar di Universiti Prince of Songkla untuk diperiksa dan kemudiannya ia disahkan sebagai ambergris atau muntah ikan paus.

1 22

Ambergris dihasilkan oleh ikan paus selepas memakan sejumlah besar ‘Cephalopod’ seperti sotong dan ia terhasil kerana tidak dicerna sepenuhnya. Bahagian itu bergerak ke usus ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun. Ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut dan dikenali sebagai ambergris (muntah paus).

Antara kegunaan ambergris atau muntah paus ini adalah dalam bidang industri minyak wangi dan kosmetik dimana ianya bahan yang sangat berharga dan berkualiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

1 23

Bau muntah paus ketika masih basah adalah sangat busuk tetapi bila dah kering, ia mengeluarkan bau yang wangi dan manis serta tahan lama dan ini membuatkannya sebagai bahan yang sangat bernilai dalam pembuatan minyak wangi.

Menurut Narong Phetcharaj, penduduk kampungnya turut bergembira dengan penemuan tersebut kerana mereka tidak pernah lagi melihat dan menyentuh ambergris selama ini. Narong Phetcharaj juga bercadang untuk menjual ambergris itu dan untuk mahu bersara jika mendapat harga yang terbaik dan membuat pesta untuk rakan-rakannya.

Narong Phetcharaj juga sudah mempunyai sijil yang membuktikan ambergris yang ditemuinya itu adalah asli dan bukan palsu.

1 24

Harga pasaran untuk ambergris adalah lebih kurang AS$40,000 (RM167,000) sekilogram dan dianggarkan ambergris yang ditemui oleh Narong Phetcharaj yang seberat kira-kira 30kg itu bernilai kira-kira RM5 Juta.

Sebelum ini seorang pengutip sampah di Thailand pernah menemui ambergris terbesar di dunia seberat lebih 100kg.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.