INFO
Cara Kenal Wang Palsu, Elak Tertipu! – Penting Untuk Peniaga
Cara Kenal Wang Palsu, Elak Tertipu!
Cara Kenal Wang Kertas Palsu ~ Walaupun kes penggunaan wang palsu di Malaysia tidak terlalu menjadi isu yang hangat, namun sebagai peniaga kita tetap harus kekal berhati-hati apabila berurus niaga bersama pelanggan bagi mengelakkan kita tertipu dan mengalami kerugian.
Kebiasaannya peniaga yang berniaga di pasar malam, pasar-pasar kecil, gerai jalanan dan tempat tumpuan ramai sering menjadi sasaran sindiket wang palsu ini. Hal ini kerana, pemangsa tahu peniaga t tidak akan meneliti satu persatu wang yang diterima mereka.
Bagi mengelakkan hal tersebut berlaku, jom baca cara mengenal wang palsu yang dikongsikan oleh pihak Bank Negara Malaysia.
BACA JUGA: Cara Tukar Duit Kertas/Syiling Rosak Di Bank 2023
Ciri Keselamatan Pada Wang Kertas / Duit Syiling Asli
Terdapat 10 ciri keselamatan yang ada dalam semua wang kertas yang dihasilkan oleh negara. Anda boleh mengenal pasti ciri-ciri ini dengan merasa, melihat, sendeng dan periksa.
Antara ciri keselamatan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.
Rujuk infografik di bawah:
Berikut merupakan contoh ciri-ciri keselamatan pada wang kertas RM20:
Cara Kenalpasti Wang Palsu – Duit Kertas
Perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang terdapat pada wang kertas (untuk semua wang kertas) untuk mengenal pasti sama ada wang kertas adalah tulen atau palsu:
1. Bezakan kualiti dan periksa ciri cetakan timbul wang kertas
Wang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi. Oleh itu, ia mempunyai tekstur yang unik berbanding dengan kertas biasa. Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.
2. Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut:
- Potret tiga dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama yang kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.
- Tanda Pandang Telus – reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak/numeral yang lengkap.
3. Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.
Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna/corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.
Jalur holografik (bagi wang kertas RM50 sahaja), petak berkilat berwarna, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah dan benang keselamatan kanta mikro (bagi wang kertas RM100 sahaja) akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.
NOTA:
Bank Negara Malaysia juga ada memperkenalkan apps (aplikasi) untuk membantu mengenali matawang terbaru siri “Keunikan Malaysia” secara lebih dekat dengan mengenali dan mengetahui ciri-ciri keselamatan yang dimiliki oleh matawang Malaysia.
Aplikasi tersebut ialah “My Ringgit”. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara mengenal wang palsu , sila layari laman web rasmi Bank Negara Malaysia melalui pautan berikut: bnm.gov.my/TLFC
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.