Kisah
Hebatnya Sahabat Heliza Helmi Ni, Siapkan Sendiri Catatan Buku Amalan Shea Rasol Sebelum Dijemput Ilahi
Hebatnya Sahabat Heliza Helmi Ni, Siapkan Sendiri Catatan Buku Amalan Shea Rasol Sebelum Dijemput Ilahi
Jika kita terbiasa dengan dunia Blogger sudah tentu nama Shea Rasol sudah tidak asing lagi kerana insan hebat ini sebaris dengan nama penulis blog terkenal seperti Cik Epal, Hanis Zalikha, dan Yuyu Zulaikha. Gadis muda yang juga merupakan sahabat kepada pelakon, dan penyanyi Heliza Helmi ini menukilkan kisah juangnya yang tersendiri dalam meniti sisa hidup sebelum dijemput Ilahi. Ini adalah buku catatan amalan Shea Rasol.
Siapa Shea Rasol?
Gadis yang ceria dan sentiasa tensenyum ini bernama Farah Syahirah Rasol atau lebih glamour dikenali dengan panggilan Shea Rasol. Dia seorang blogger fesyen yang sangat terkenal melalui laman blognya itu myamethyst-shea.com.
Blog yang ditulisnya membawa kandungan penting tentang fesyen muslimah yang cantik, menarik, dan menutup aurat. Selain menjadi blogger, dia juga pernah terlibat dalam beberapa projek televisyen seperti menjadi pengacara rancangan SIS di TV3.
Bukan itu sahaja, kerana kesungguhannya dalam memartabatkan wanita dengan fesyen patuh syariah yang menutup aurat, dia juga pernah dijadikan ikon fesyen muslimat suatu ketika dulu.
Pada hari Jumaat 9 Jun 2017, waktu petang dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat barah urachal. Sejenis kanser yang agak jarang ditemui di dunia.
Ada apa dengan buku amalan Shea Rasol yang terdedah lepas meninggal dunia?
Siapa sangka pengakhiran gadisnya ini akan tamat di usia 29 tahun. Masih ingatkah anda tentang tweet arwah bertarikh 15 Mei beberapa bulan sebelum meninggal dunia. Dia tidak sabar untuk menunggu ketibaan Ramadan, dan sentiasa berdoa agar sempat dipertemukan dengan bulan penuh barakah itu.
Dia yang baru mengetahui penyakit tersebut dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran yang ke-29 tahun pada Februari tahun tersebut ada berkongsikan posting di Instagramnya pada 8 Februari.
“Salam semua… seperti yang anda lihat dalam posting terbaharu saya, saya kurang sihat sejak beberapa bulan lalu. Hari ini saya ingin memohon kemaafan jika saya ada salah dan silap dalam kehidupan sebenar atau online. Sama ada melalui percakapan atau perbuatan.
“Saya ada berita kurang baik untuk diberitahu yang mungkin akan mengejutkan anda. Kerana ia benar-benar mengejutkan saya. Saya disahkan menghidap kanser. Saya tidak akan ceritakan lebih lanjut mengenai keadaan itu, tetapi marilah kita harapkan yang terbaik,” tulisnya.
Mungkin penyakit hanyalah asbab seseorang itu meninggal. Tetapi mereka yang menjadikan sakit sebagai peringatan untuk terus redha, ikhlas, dan tetap taat kepada Allah SWT adalah orang yang benar-benar bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa.
Itulah yang dilakukan oleh arwah Shea, apabila dia ada membuat sebuah catatan buku amalan Shea Rasol iaitu untuk merangka aktiviti seharian selepas mengetahui sakitnya itu.
Dalam buku amalan Shea Rasol itu ada dicatitkan jadual hariannya bermula dari 5 pagi sehinggalah pukul 11 malam bagi setiap hari. Banyak waktunya diisi dengan ibadah dan pembelajaran yang manfaat.
Sahabat yang menceritakan kisah sahabatnya untuk dijadikan inspirasi
Antara sahabat yang terkesan dengan pemergiaan arwah Shea adalah Heliza Helmi. Menurut Heliza, ketika buku catatan itu dimuat naik pada 9 Jun dia benar-benar teringat kepada Shea.
Namun tidak disangka, tarikah 9 Jun hari Jumaat dan dalam bulan Ramadan adalah tarikh terakhir di mana dia dapat melihat Shea di dunia ini.
Kerana terlalu rindukan sahabat, Heliza ada berkongsikan cerita tersebut ke dalam naskah buku terbarunya yang berjudul Ayat-Ayat Cinta Dari Tuhan.
Bertanya soal buku amalan Shea Rasol, menurut Heliza catatan tersebut dijumpai selepas Shea meninggal dunia.
“Selepas Shea meninggal dunia, adik Shea terjumpa catitan Shea sepertinya perancangan sebelum bertemu Sang Pencipta. Allah, Ija kagum Masya Allah dengan Shea. Hati bersih dan mempunyai perancangan harian seperti ini,” luah Heliza penuh kagum.
Diselang akhir tulisannya, Heliza turut berkata niatnya berkongsi kembali amalan Shea sebelum bertemu Allah ini semoga Allah turut memberikan kita rezeki untuk terus beramal soleh. Dan amat berharap juga kisah inspirasi arwah Shea dapat dijadikan motivasi dan pahala berpanjangan buat arwah khususnya.
Terselit ruangan istimewa mengenai Shea di buku motivasi Heliza
Sesungguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita akan dikembalikan. Kehidupan ini mengajar kita banyak perkara untuk disampaikan kepada orang lain supaya kita mendapat kebaikannya di akhirat kelak.
Sumber: Heliza Helmi
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.