Connect with us

Kisah

Duit Dalam Dompet RM1 Pun Tak Ada, Pemuda Berketurunan Tionghua Ini Bantu Pak Cik Tinggal Di Stesen Minyak Sejak 5 Tahun

Published

on

pak cik tinggal di stesen minyak

Duit Dalam Dompet RM1 Pun Tak Ada, Pemuda Berketurunan Tionghua Ini Bantu Pak Cik Tinggal Di Stesen Minyak Sejak 5 Tahun

Bagi masyarakat Sabah pasti nama Adrian Edy sudah tidak asing lagi sebagai seorang aktivis kebajikan. Banyak sumbangan dan bantuan telah beliau lakukan tidak kira agama dan bangsa. Semuanya dilayan dengan adil dan penuh tulus. Kali ini beliau bersama misi membantu seorang pak cik tinggal di stesen minyak sejak 5 tahun lalu di Putatan, Sabah.

5 tahun pak cik tinggal di stesen minyak bersendirian, tiada elektrik dan air

pak cik tinggal di stesen minyak

Susahnya kita, mungkin sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita. Kisah-kisah orang yang tinggal di pondok usang dan serba kekurangan itu mungkin sudah biasa. Tetapi kisah seorang pak cik tinggal di stesen minyak terbiar, jarang-jarang kita dengar.

Siapa sangka sebuah stesen minyak terbiar yang menjadi tempat huni binatang-binatang perosak, dan berbisa rupanya adalah istana kecil seorang warga emas sejak 5 tahun dulu. Lebih dekat dikenali dengan panggilan Pak Cik Osong, katanya dia sudah lama tinggal bersendirian dalam premis tersebut yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air langsung.

Kisahnya telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya seorang jejaka aktivis kebajikan berketurunan Sino Kadazan, Adrian Edy Siaw Chee Hua atau lebih dikenali sebagai Adrian Edy. Aktivis berumur 26 tahun itu, telah berkunjung ke stesen minyak terbiar tersebut pada hari Isnin dan Rabu lalu.

pak cik tinggal di stesen minyak

“Saya dapat komen di Facebook mengenai kisah Pak Cik Osong ni. Jadi pada hari Isnin malam saya pergi ke stesen minyak terbiar itu untuk buat tinjaun. Dia sebenarnya berasal dari Semporna, dah lima tahun duduk di situ. Sejak tahun 2017 lagi,” kata Edy.

Dikongsikan perjalanan Pak Cik Osong sebelum dia menjadi penghuni tetap di sana, sebenarnya datang ke Kota Kinabalu sejak 1996. Sebelum ini pernah berpengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan dan akhir sekali di stesen minyak sebelum ia ditutup terus.

Warga emas ini turut dikurniakan dua orang anak yang tinggal di Semporna dan Kuala Lumpur, namun dia tidak membahas lanjut tentang perkara tersebut.

Menurut Adrian Edy, misi bantuan pak cik tinggal di stesen minyak ini adalah yang paling sedih pernah beliau jumpa. Dia sendiri tidak menyangka ada pak cik tinggal di stesen minyak terbiar.

“Dia tidur malam guna lilin, masak pun guna kayu api. Itu pun kalau ada barang. Kadang-kadang ada orang hantar makanan untuk dia, tetapi tidaklah selalu,” ujarnya penuh prihatin melihat keadaan warga emas tersebut.

Walaupun duduk di tempat terbiar tetapi sangat menjaga kebersihan

Kekaguman Edy kepada pak cik itu bertambah tinggi apabila beliau sendiri melihat biarpun pak cik tinggal dalam premis terbiar tetapi sangat teliti dalam soal kebersihan. Bahkan semua barang keperluannya disusun dengan sangat rapi seakan-akan berada di sebuah rumah sebenar.

“Sangat terharu bila jumpa dia. Biasanya kita fikir tempat terbiar mesti kotor dan berbau. Namun apabila saya masuk sahaja, memang terkejut! Sangat bersih dan kemas. Baju tergantung rapi, tilam pun tersusun,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Pak Cik Osong sangat menjaga solat. Tempat solat di masjid berdekatan juga lebih tinggi dari tempat tidurnya. Dia sering kelihatan menyapu sampah di masjid tersebut.

Edy yang kebetulan tidak menyiapkan apa-apa keperluan untuk disumbangkan pada hari Isnin ketika pertama kali dia datang itu, hanya sempat memberikan roti kepada Pak Cik Osong. Lalu dia berjanji untuk datang semula pada hari Rabu untuk menyantuni warga emas itu bersama empat lagi rakannya.

Pilih untuk dibelikan makanan kucing berbanding motor atau bilik sewa

Adrian Edy datang semula pada hari Rabu seperti yang dijanjikan. Beliau membawa Pak Cik Osong ke sebuah pasar raya untuk membeli barang keperluan. Dia turut menawarkan tempat tinggal yang selesa dan pengangkutan peribadi seperti motor atau basikal untuk diberikan.

pak cik tinggal di stesen minyak

Namun, Pak Cik Osong menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Sempat juga beliau tanyakan apa yang warga emas itu makan pada hari Selasa. Katanya dia makan roti yang diberikan pada hari Isnin malam. Ini bermaksud memang tiada makanan sama sekali pada hari Selasa.

“Saya tanya dia, apa yang dia perlukan? Saya nak beli motor atau basikal, tapi dia tak mahu. Saya tawarkan bilik sewa pun dia tak mahu. Kalau dia nak, saya akan bayar sewa setiap bulan untuknya,” kata Adrian Edy.

Beliau menghadiahkan Pak Cik Osong dapur gas untuk mengantikan kayu api yang digunakannya. Berkongsi Adrian, ketika di pasar raya warga emas itu lebih tertarik untuk membeli makanan kucing berbanding memikirkan tentang keperluan dirinya yang lebih penting.

Dia masih fikirkan mengenai tiga ke empat ekor kucing yang berkeliaran di kawasan stesen minyak terbiar itu kerana takut kelaparan walaupun dalam keadaan serba kekurangan sedemikian.

Di usia 66 tahun, sangat sukar untuk Pak Cik Oosng mendapatkan pekerjaan bagi menyara hidupnya. Dalam dompet RM1 pun langsung tiada. Semoga Tuhan sentiasa merahmati Pak Cik Osong.

Sumber: Tik Tok @adrianedy7

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending