Connect with us

Kisah

Suami Cacat Kaki Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Haji, Bertongkat Dan Sentiasa Ditemani Isterinya

Published

on

cacat kaki ke tanah suci

Suami Cacat Kaki Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Haji, Bertongkat Dan Sentiasa Ditemani Isterinya

Rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji adalah kewajipan bagi semua umat Islam bagi yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan mental. Namun, ada sesetengah “tetamu pilihan” Allah SWT hadirkan ia dengan cara yang sangat istimewa ke tanah suci. Mari kita ikuti sebuah kisah lelaki yang cacat kaki ke tanah suci.

Cacat kaki ke tanah suci dengan tongkat di sisi

cacat kaki ke tanah suci

Ibadah haji tidak wajib sebenarnya bagi golongan yang kurang upaya (OKU). Hal ini kerana, mereka ada kebatasan untuk melakukan sesuatu secara normal seperti orang biasa. Namun ianya semua berbalik kepada rezeki Allah SWT. Kisah ini dikongsikan oleh seorang jemaah haji beberapa tahun lalu ketika dia terlihat lelaki cacat kaki ke tanah suci bersama isteri.

Tidak diberitahu nama jemaah tersebut. Namun apa yang jelas diperhatikan adalah kepada kesungguhannya mencapai haji mabrur di Mekah Al-Mukarramah. Di antara ribuan jemaah yang hadir, dialah jemaah Malaysia yang dianggap sebagai insan paling istimewa sehingga terkesan dengan sikap yang dipamerkannya itu.

Menyambut seruan Tuhan dengan 1 kaki dan tangan kiri yang cacat, tidak sesekali mematahkan semangat dan keinginannya yang hebat itu. Kurang fizikal bukanlah alasan untuk kita tidak mampu mencipta kejayaan sama seperti orang lain yang mampu lakukannya juga.

cacat kaki ke tanah suci

Seperti mana orang lain yang melaksanakan 6 rukun haji dan 6 perkara wajib haji, begitu juga dengan lelaki ini. Tiada apa yang membezakannya dengan orang lain. Dari situ kita sebenarnya boleh nampak bagaimana Allah SWT letakkan semua hamba sama sahaja apabila mahu beribadah kepada Nya.

Isteri yang sentiasa menemani ke mana-mana sahaja

Benarlah kata orang hebatnya lelaki pasti dibelakang ada seorang wanita yang menemani. Dia yang bertongkat dua di kiri dan kanan turut ditemani isteri dalam menyempurnakan ibadah haji tersebut. Tidak ada yang lain selain kasih sayang dalam rumah tangga yang dibina.

Pasangan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain tentang apa sahaja perkara baik yang mahu dilakukan patut dicontohi. Ada isteri yang solehah, baik, dan taat itu juga merupakan satu rezeki yang Allah SWT berikan kepada kaum suami. Begitu juga sebaliknya. Hal ini kerana, Allah SWT memberikan rezeki bukan sahaja dari bentuk kewangan tetapi juga kemudahan seseorag itu dalam menjalani hidup di dunia ini.

Banyak komen yang positif dari netizen di Facebook

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata banyak komen yang membina dan positif di kalangan netizen. Bahkan, yang membuat mereka terharu terlalu banyak yang mendoakan kesejahteraan dan kebaikan jemaah haji istimewa itu.

“Tahniah satu contoh anugerah Allah yang tidak ternilai buat sahabat kita ini. Saya sendiri tabik spring dengan semangat kekuatan yang ditunjukkan. Pernah terserempak sekali masa tawaf sunat ditingkat satu. Tahniah sweet couple yang boleh jadi icon.”

1657149195895

“Kelebihan orang yang kurang sempurna fizikal ialah dia kurang dosa berbanding kita yang sempurna anggota.”

cacat kaki ke tanah suci

“Polis bagi laluan khas untuk cium hajarul aswad. Masha Allah.”

cacat kaki ke tanah suci

Wukuf di Arafah gambaran seperti di Padang Mahsyar

Jika kita menyelami ibadah haji di setiap garis rukunnya, kita akan bertemu dengan rukun haji yang kedua iaitu wukuf di Padang Arafah. Ianya wajib dilakukan tidak kiralah jemaah haji dalam keadaan apa pun.

Wajibnya wukuf ini didasarkan pada hadis Nabi Muhammad SAW, yang mengatakan;

Maksudnya: “Dari Abdurahman bin Yamar RA, bahwa: Manusia dari pendududuk Najed datang kepada Rasulallah SAW di Arafah, bertanya kepadanya. Lalu Rasulullah SAW menyuruh seseorang berseru: Haji adalah Arafah. barang siapa datang (di Arafah) di malam jama’ (Muzdalifah) sebelum terbit fajar maka ia memperoleh haji.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Pada ketika itu, semua manusia memiki kedudukan yang sama di hadapan Allah. Tidak dibezakan dengan kedudukan, pangkat, harta, populariti, ras, suku, status, dan lain-lain iaitu sama juga seperti di Padang Mahsyar.

Labbaik Allahumma Labbaik.Labaika Laa Syarika Laka Labbaik.

Innal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk. Laa Syarika Lak.

Didoakan semua jemaah haji tahun ini dapat mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan sempurna serta mendapat haji mabrur, Insha Allah.

Sumber: Nazvin Nasrudin

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.