AGAMA
Salah Satu Cara Menjemput Rezeki! Biasakan Diri Amal Sedekah Subuh. Jadikan Rutin Walau Hanya RM1

Salah Satu Cara Menjemput Rezeki! Biasakan Diri Amal Sedekah Subuh. Jadikan Rutin Walau Hanya RM1
Sedekah itu adalah amalan yang mulia. Ia dapat meringankan bebanan orang yang memerlukan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang baik hati menghulurkan bantuan di jalan Allah.
Menjadi insan yang baik di sisi Allah, selain melakukan segala suruhan, kita juga sangat digalakkan untuk bersedekah.
Tidak kiralah berap nilanya, apa yang penting niat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Salah satunya adalah dengan melakukan sedekah Subuh. Apakah yang dimaksudkan dengn sedekah Subuh dan kenapa dipanggil begitu.
Perkongsian dari Ahliya Fariza ini menerangkan apa yang dimaksudkan dengan sedekah Subuh dengan nilai RM1 saja.
SEDEKAH SUBUH
Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”
Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”
Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”
“Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tuaku”
“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contoh2nya..
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.
Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.
Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.
Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.
Wallahualam.
Wassalam.
Majalah ilmu: Bersedekah walau sedikit. Sesungguhnya sedekah adalah amalan yang mulia. Berkongsi rezeki adalah perkara yang baik. Allah suka kepada orang yang berkongsi rezeki. Sedekah itu juga adalah amalan yang pahalanya sentiasa berjalan ketika di alam kubur nanti.
Sumber: Kashoorga
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.