Connect with us

Petua

Kakak Menangis Kena Tipu, Jangan Percaya Bulat-Bulat Dengan Kedai Emas Terkenal. Beza Emas Palsu dan Tulen?

Avatar of hannani juhari

Published

on

beza emas palsu dan tulen

Kakak Menangis Kena Tipu, Jangan Percaya Bulat-Bulat Dengan Kedai Emas Terkenal. Beza Emas Palsu dan Tulen?

Selain beg tangan, kelengkapan dapur, dan barangan make up, wanita memang gemar dengan barang kemas. Bermula dari subang telinga, rantai, cincin, gelang tangan, dan gelang kaki pastinya ia menjadi idaman semua kaum Hawa di luar sana. Selain menjadi aksesori wajib, emas juga boleh menjadi sumber pelaburan untuk jangka masa panjang. Oleh kerana itu, emas mempunyai nilai yang sangat tinggi dan konsisten di pasaran sehingga menyebabkan ramai penjual menggunakan taktik kotor menjual emas palsu untuk mengelirukan pembeli. Berhati-hati, sebagai pembeli ini adalah cara beza emas palsu dan tulen.

Bagaimana tentukan beza emas palsu dan tulen dengan pantas?

Berkongsi video dari sebuah laman akuan Tik Tok @sritemasik_jewellery, ada memberikan pengguna tips bermanfaat untuk tahu membezakan emas palsu dan tulen sebelum membeli. Situasi ini berlaku bila mana ada seorang pelanggan datang untuk gadai barang kemasnya. Apabila diuji oleh pihak kedai, ketulenan emas tersebut diragui dan akhirnya terbukti ia palsu selepas melalui ujian pengesanan tersendiri.

1. Emas akan dikikis sedikit terlebih dahulu. Kemudian, campurkan beberap titik asid di atas emas tersebut. Apabila warnanya luntur, ia bukan emas tulen.

beza emas palsu dan tulen

2. Emas akan dibakar dengan alat pemanas dalam suhu yang tinggi. Anda boleh perhatikan warna emas akan perlahan-lahan bertukar menjadi kehitaman.

beza emas palsu dan tulen

3. Selajutnya, emas direndam pula ke dalam asid dalam beberapa minit.

beza emas palsu dan tulen

4. Apabila warnanya bertukar menjadi emas, ia adalah emas asli. Namun sekiranya warna berubah menjadi lain, ia adalah emas palsu.

beza emas palsu dan tulen

5. Hasil terakhir beza emas palsu dan tulen

beza emas palsu dan tulen

Netizen pun ramai pernah kena tipu dengan kedai emas

Video viral yang telah mendapat 47 ribu lebih likes, dan 977 komen ini telah mendapat banyak reaksi para netizen yang rata-rata berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sendiri. Ada yang hampir ditipu oleh kedai emas, dan ada juga yang sudah ditipu ribuan ringgit hanya kerana ketaksuban kepada barang kemas.

“Kebanyakkan kes main kutu atau beli online mudah terkena macam ni.”

beza emas palsu dan tulen

“Saya tolak gelang, dia bakar gelang tu. Warna kekal emas, lagi mahal dia ambil.”

beza emas palsu dan tulen

“Kesian kakak tu, mungkin dia betul-betul memerlukan.”

beza emas palsu dan tulen

“Sebab tu jangan beli online. Kalau beli dekat kedai emas, simpan resit. Bila nak tolak, tolak di kedai yang sama bawa resit itu. Ni mak aku pesanlah.”

beza emas palsu dan tulen

Diharapkan artikel ini dapat memberikan anda informasi yang berguna dan bermanfaat untuk dipraktikkan dan dikongsi bersama orang lain. Ingatlah, jadilah pengguna yang bijak dalam membeli dan amalkan konsep berjimat-cermat selalu.

Sumber: @sritemasik_jewellery

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.