Petua
Bagaimana Buat Cekodok Pisang Rangup Bila Makan Tapi Isinya Lembut Di Dalam? Petua Sihat Dijamin Tak Serap Minyak

Bagaimana Buat Cekodok Pisang Rangup Bila Makan Tapi Isinya Lembut Di Dalam? Petua Sihat Dijamin Tak Serap Minyak
Cekodok, cucur, atau jemput-jemput memang sedap dijadikan hidangan pada waktu petang dan sarapan di pagi hari. Apatahlah cekodok pisang yang manis dan enak. Orang kata buat cekodok ini senang sahaja. Ada tepung, ada air, ada minyak, maka jadilah ia. Yang disangka mudah belum tentu hasilnya juga menjadi dengan menarik. Cekodok pisang rangup dan tidak serap minyak memerlukan skill yang tertentu untuk anda pelajari.
Tips buat cekodok pisang rangup dan kekal lembut di dalam untuk santapan keluarga
Berkongsi seorang pengguna Facebook Akma Razali tentang cara yang terbaik untuk membuat cekodok pisang ranggup hasil olahan oleh ibu mertuanya.
Bahan-bahannya:
- 16 biji pisang emas
- 3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai
- 2 sudu tepung goreng Adabi (saya guna jenama lain sebab dah habis)
- Secubit garam untuk menambah perasa
Cara-cara membuat:
1. Kopek pisang kemudian lenyekkannya hingga hancur. Seterysnya tambahkan secubit garam. Guna cawan lebih mudah untuk melenyekkannya.
2. Masukkan 3 senduk tepung beras dan 2 sudu tepung goreng pisang. Saya tambahkan tepung ini kerana wangi. Kalau tiada guna tepung gandum sahaja 2 sudu.
3. Selanjutnya, gaul rata bancuhan pisang dan tepung tadi menggunakan tangan.
4. Untuk menggoreng dan dapatkan bentuk bulat. Basahkan dulu tangan lalu jemputkan bulat bancuhan pisang dan tepung tadi. Terus masukkan ia ke dalam kuali yang sudah panas minyaknya.
5. Kaut balik kacau dengan sudip.
6. Angkat bila sudah keperangan.
7. Cekodok pisang rangup sedia untuk dihidangkan bersama teh panas.
Bagaimana cekodok pisang rangup tidak serap minyak?
Tulisan dari Liya Erliza berkata, untuk dapatkan cekodok pisang rangup yang tidak mudah serap minyak, kita perlukan beberapa pantang larang yang perlu dipraktikkan semasa menggoreng, Antaranya seperti:
- Apabila minyak sudah panas, kecilkan api dan baru jemputkan cekodok.
- Pastikan ia dijemput sampai penuh kuali. Apabila penuh kuali itu, baru besarkan semula api di tahap sederhana.
- Cekodok juga perlu dikacau 2-3 minit agar warnanya sekata dan menarik.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk diguna pakai di dalam dapur, dan petua yang diamalkan agar masakan lebih enak dan sempurna.
Sumber; Facebook Akma Razali
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah