Petua
Petua Elak Jentik-Jentik Di Rumah, Pilih 3 Bahan Semula Jadi Bukan Kimia Lebih Selamat
Petua Elak Jentik-Jentik Di Rumah, Pilih 3 Bahan Semula Jadi Bukan Kimia Lebih Selamat
Apakah petua elak jentik-jentik di rumah dengan menggunakan bahan selamat dari bahan semula jadi? Arikel pada kali ini akan berkongsi dengan anda petua yang sangat berguna dalam usaha cegah masalah denggi terus berleluasa. Biasanya pyrethroid atau pyrethrums digunakan dalam fogging untuk menyembur kawasan rumah, namun kandungan racun serangga itu ada kalanya boleh mendatangkan bahaya kepada manusia dalam dos rendah. Apa kata kita cuba petua elak jentik-jentik dengan bahan semula jadi yang ada di dapur rumah.
Jaga-jaga kawasan takungan air di rumah
Demam denggi merupakan satu daripada penyakit berbahaya di dunia yang membawa maut. Pesakit biasanya akan digigit oleh nyamuk aedes dan membawa kepada demam denggi. Kawasan “hot spot” pembiakan nyamuk aedes di perumahan adalah kawasan takungan air.
Contohnya seperti kolah mandi, tempayan, piring alas pasu bunga, talam bawah peti sejuk, pasu bunga, baldi plastik, dram, dan perangkap semut. Tempat pembiakan ini amat sensitif untuk melahirkan lebih banyak populasi nyamuk denggi yang membawa maut kepada manusia. Jika kita hanya ambil sambil lewa atau membiarkannya, tanpa sedar kita sedang meletakkan nyawa kita dan keluarga dalam ancaman bahaya.
Petua elak jentik-jentik dengan 3 bahan semula jadi
Walaupun kita mempunyai beberapa pencegahan dengan menggunakan bahan kimia seperti fogging dan meletakkan ubat anti jejentik (abate), namun sesuatu yang dihasilkan dengan bahan asing seperti itu serba sedikit boleh memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar.
Oleh yang demikian, sebaiknya kita cuba praktikkan cara yang lebih sihat dengan menggunakan petua elak jentik-jentik dari bahan semula jadi.
1. Daun sireh
Kajian dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menunjukkan bahawa daun sireh boleh dijadikan cecair pembunuh kuman (sanitize) kepada masyarakat moden hari ini. Selain campuran beberapa bahan lain, daun sireh sendiri mempunyai tindak balas sebagai antiseptik semula jadi yang asli.
Sifat antiseptik pada daun sireh boleh membasmi pembiakan jentik-jentik di kolam mandi rumah anda.
Cara-caranya:
- Rebus segengam daun sireh muda dengan 1 liter air.
- Pastikan daun direbus sehingga layu.
- Kemudian, sejukkan air rebusannya selama beberapa minit.
- Apabila air rebusan sudah sejuk, tuangkan air tersebut ke dalam kolam mandi rumah anda.
2. Garam kasar
Garam kasar agak jarang digunakan dalam masakan sebagai penambah perasa kerana ia bersifat sedikit pahit dalam masakan. Walaupun garam kasar nampak bersaiz lebih besar dari garam halus, tetapi dari segi kadar kemasinannya garam halus lebih masin dari garam kasar.
Khasiat garam kasar ia menjadi petua elak jentik-jentik secara semula jadi.
Cara-caranya:
- Cuci garam kasar terlebih dahulu sehingga bersih.
- Seterusnya, jemur garam sehingga kering.
- Apabila sudah kering, tumbukkan pula garam sehinga halus.
- Kemudian, serbuk garam akan ditaburkan ke dalam kolam mandi rumah anda.
3. Ikan guppy
Secara teorinya kaedah ini bersifat biologi dan rantaian makanan. Jentik-jentik menjadi makanan ikan guppy, seterusnya mewujudkan perang biologi yang lebih sihat tanpa mengugat ekosistem kehidupan lain.
Kajian menunjukkan seekor ikan guppy memakan purata 102 ekor jentik-jentik setiap hari. Sebelum Malaysia membuat kajian tentang keadah unik ini, negara Kemboja sudah mempraktikkannya terlebih dahulu dan ia memberikan kesan cukup positif.
Jentik-jentik memberikan nutrisi yang sangat banyak kepada pertumbuhan sihat ikan guppy. Lava nyamuk ini mengandungi banyak kandungan protein untuk ikan guppy. Contohnya ikan guppy longkang adalah pemakan larva nyamuk yang terbanyak. Caranya, letakkan sahaja ikan guppy dalam kolam ikan anda untuk membasmi jentik-jentik.
Diharapkan dengan perkongsian artikel tentang petua elak jentik-jentik ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dipraktikkan dan dikongsi.
Sumber: Akak Pesan
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.