Connect with us

Petua

Setiap Bahan dan Kegunaannya Berbeza, Chef Amer Kongsi Ada 5 Jenis Sos Tiram Yang Tak Ramai Orang Tahu

Published

on

jenis sos tiram

Setiap Bahan dan Kegunaannya Berbeza, Chef Amer Kongsi Ada 5 Jenis Sos Tiram Yang Tak Ramai Orang Tahu

Sos tiram memang antara bahan penting bagi menambahkan rasa sedap dalam masakan. Selain menjadi sos ideal untuk bahan perasa masakan daging dan sayur-sayuran, ia juga adalah ruji untuk masakan keluarga Cina. Hidangan yang cukup sinonim dengannya adalah mi goreng, kailan, nasi ayam hainan, yum cha, kai yat sai, dan banyak lagi. Tetapi tahukah anda, ada 5 jenis sos tiram sebenarnya yang ramai orang tidak tahu?

Chef Amer bagi petua selepas di tanyaAuntie India tentang jenis sos tiram

Dari sebuah laman akaun Facebook Chef Amer, salah seorang chef terkenal di Malaysia ini ada memuat naik sedikit petua yang dikongsinya kepada seorang Auntie berbangsa India. Ketika itu Chef Amer mahu membeli sos tiram di NSK, dan secara tiba-tiba dia disapa oleh Auntie tersebut lantas bertanyakan berkenaan jenis sos tiram yang sesuai untuk vegetarian.

Dia kemudian menerangkan dan tunjuk sos tiram yang sesuai digunakan. Tidak berapa lama kemudian, datang pula mak cik lain yang bertanya sos tiram jenama apa yang paling best. Jelasnya, ramai yang tidak tahu berkenaan dengan jenis sos tiram di pasaran. Untuk pengetahuan anda, setiap jenis sos tiram mempunyai bahan dan kegunaan yang berbeza-beza.

1. Sos tiram

jenis sos tiram

  • Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil sos tiram.
  • Rasa tiram yang sebenar.
  • Jenama Panda Lee Kum Lee

jenis sos tiram

2. Sos perisa tiram

jenis sos tiram

  • Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab itu tidak boleh dipanggil sos tiram kerana ianya hanya berperisa tiram sahaja.
  • Rasa tiram yang sederhana (mild).
  • Jenama Maggie, Nona, Adabi, dan Taste-me.

jenis sos tiram

3. Sos tiram premium

  • Kandungan ekstrak tiram 40%.
  • Rasa tiram yang padu.
  • Jenama premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).

jenis sos tiram

4. Sos tiram tiruan sayuran

jenis sos tiram

  • Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
  • Sebab itu sesuai untuk vegetarian.
  • Jenama sos berperisa tiram sayuran Lee Kum Kee, dan Taste-Me.

jenis sos tiram

5. Sos berperisa tiram ekonomi

  • Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung. Sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
  • Harga yang sangat murah dan dijual dalam tin 3 atau 5 kilogram.
  • Jenama Puteri, Emas, HTH.

jenis sos tiram

Lain jenama, lain harga, lain pula rasanya

Sekarang anda mungkin sudah tahu petua membezakan jenis sos tiram sebelum membuat pilihan untuk beli. Setiap jenama, ada kandungan yang berbeza, rasa yang tidak sama, dan harganya juga tentulah berbeza sama ada murah, sederhana, atau mahal bagi kualiti premium.

Pilih yang terbaik berpandukan citarasa, bajet dan tujuan masakan masing-masing. Bagi sos tiram jenis premium, biasanya di botol itu terdapat banyak tulisan cina sehinggakan ada yang mula was-was untuk beli.

Nasihat kepada anda, sudah terlanjur membelek isi kandungan bahan sos, lebih baik juga anda periksa sekali tanda atau cop Halal. Syarikat besar selalunya bukan hanya ada Sijil Pengesahan Halal, malah ada juga HACCP dan ISO.

Tulisa cina di botol kebiasaannya sebagai teknik marketing syarikat ini kerana target utama mereka adalah masyarakat Cina. Yang penting ada tanda Halal, kaum Muslim boleh gunakannya tanpa rasa ragu-ragu.

Diharapkan artikel berkenaan dengan jenis sos tiram ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk anda dan dikongsikan kepada orang lain juga bagi memudahkan cari barang dapur

Sumber: Chef Amer

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.