Connect with us

Kisah

Seorang Bapa Sanggup Berdiri Pegang Payung Demi Lindungi Anak Ketika Kelas “Online” Dalam Hujan Lebat

Published

on

Seorang Bapa Sanggup Berdiri Pegang Payung Demi Lindungi Anak Ketika Kelas “Online” Dalam Hujan Lebat

Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak.

Kita haruslah menghormati ayah dan menghargainya. Jangan sesekali melukakan hati dan perasaannya. Walaupun ibu lebih utama, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berpendidikan.

Seorang bapa mungkin jarang mengungkapkan perasaan sayang mereka kepada anak-anak, namun mereka membuktikannya dengan menyediakan kehidupan yang terbaik buat kita.

Begitulah seperti kisah perjuangan seorang bapa yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di India dan menjadi tular di serata laman sosial ini.

Gambar bapa dan anaknya tular itu memaparkan seorang pelajar perempuan yang sedang menghadiri kelas ‘online’ sewaktu hujan lebat sementara si bapa sedang memegang payung di atas kepalanya.

Pegang payung lindungi anak dari hujan

Pelajar itu dilihat duduk di tepi jalan dan bapanya memegang payung tersebut sehinggalah kelasnya tamat.

Difahamkan lagi, pelajar itu berasal dari sebuah kampung bernama Balakka, yang sangat dikenali dengan ketiadaan jaringan internet sehingga penduduknya terpaksa pergi ke daerah lain untuk melayari internet.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu melihat gelagat si bapa yang sanggup meredah hukjan demi melihat anaknya berjaya dalam pendidikan.

Pengorbanan seorang bapa tiada bandingan

Menakjubkan!

Kasih sayang bapa terhadap anak yang sangat mengagumkan

Majalah ilmu: Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah dan sayangilah mereka. Ayah ibarat tunjang kehidupan yang mampu membimbing kita ke arah menjadi insan yang berguna. Ayah hanya menginginkan kita menjadi insan yang terbaik dan lebih baik daripadanya yang mampu memperjuangkan agama islam.

Sumber: Twitter @mvraoforindia / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!