Kisah
Lafaz Syahadah Depan Pegawai, Anggota Tentera Dari Sarawak Peluk Islam
Lafaz Syahadah Depan Pegawai, Anggota Tentera Dari Sarawak Peluk Islam
Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Hidayah Allah datang tanpa diduga, malah dalam pelbagai bentuk dan cara membuatkan seseorang insan terbuka hati untuk kembali kepada fitrahnya.
Terbaru, seorang pemuda yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Sarawak mengambil keputusan bagi mengucap dua kalimah syahadah.
Memilih nama Faez Hafizuddin Peter Abdullah sebagai nama Islamnya, proses tersebut disempurnakan oleh beberapa pegawai yang bertempat di Surau An-Nur, Kem Tebrau Johor Bahru pada Rabu lalu.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bahagian Johor pula menguruskan prosedur pendaftaran pengislaman selain membantu serta membimbing pemuda berkenaan setelah bergelar saudara baru.
Posting dimuat naik di laman Facebook Perkim Bahagian Johor itu mendapat 274 perkongsian dan lebih 1,000 tanda suka serta komen netizen yang mengucapkan syukur kerana bertambah lagi umat Nabi Muhammad.
Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.
Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.
Sumber : Perkim Bahagian Johor / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment