Kisah
Kejayaan Terindah Buat Diri Saya, Apabila Berjaya Buat Ayah Dekatkan Diri Kepada Allah. Ayah Minta Ajar Solat Dan Kenal Allah

Kejayaan Terindah Buat Diri Saya, Apabila Berjaya Buat Ayah Dekatkan Diri Kepada Allah. Ayah Minta Ajar Solat Dan Kenal Allah
Saya mahu tolong agama allah. Saya cuma nak semua orang bahagia dan masuk syurga dan saya akan tunaikan hak mereka mendekati Islam sebab saya tahu hidup saya macam mana dahulu, sangat tidak bahagia. Saya sesat tak kenal Tuhan, saya betul-betul deg il.
Nakalnya saya dulu-dulu, kawan dengan budak-budak besar yang jah at-jah at bila cikgu pu kul, saya pancitkan kereta dan cat rumah dia. Tetapi masa saya pergi sekolah, ada cikgu matematik bagi ceramah. Bila cikgu bagi tahu tinggal satu solat bersamaan 80 tahun di nera ka saya menangis tak berhenti.”
Ayah gara ng tapi dengan mak romantik habis
Demikian luahan Ustaz Ebit Lew sebelum ini yang pernah tular, ketika menyampaikan ceramah sempena Open Day: BR Hackathon Day pada tahun 2019 anjuran Inasis Bank Rakyat di padang Kachi, UUM.
Saya mula teringat mak ayah saya. Cita-cita saya yang pertama, untuk pastikan mak ayah masuk syurga. Saya terlalu sayang mak ayah, saya tak nak mereka masuk nera ka. Itu yang buat saya berubah dalam hidup. Itu juga yang membakar semangat belajar mendalami Islam dan berdakwah.
Hari-hari saya rajin belajar, baca buku, Saya balik rumah, saya masuk ikut pintu belakang untuk belajar kenal Allah. Bapa mar ah, dia r0tan saya. Ayah saya gar ang. Kalau ayah pegang kayu pukul 7 malam, anak-anak semua masuk rumah tapi dengan mak dia romantik habis, makan bersuap-suap dan tak pernah mar ah mak.
Semangat berdakwah bermula sejak kecil dan sering mengikut orang-orang tua masuk kampung orang asli untuk berdakwah. Satu hari saya balik rumah pandang mak ayah saya menang1s. Saya balik dari masjid, saya menyorok dalam rumah sedang ralit baca Al-Quran dan hadis, tiba-tiba mak datang.
Mak menangis duduk dekat saya katanya dia mahu belajar solat dan kenal Allah cuma saya sedih ayah masih dengan dunianya. Hari-hari saya menangis mendoakan dia.
Ya ALLAH, saya tak nak ayah masuk ner aka. Saya sayang dia. Berilah hidayah kepada dia.”
Saya doa sungguh-sungguh sambil menang1s tetapi jauh di sudut hati sebenarnya saya tak percaya ayah boleh berubah. Cuma saya positif, setiap hari saya balik rumah, saya fikir, mesti ayah tengah solat, tengah buka Al-Quran dan buat benda baik-baik.
Detik terindah dalam hidup saya
Tahu tak hari paling gembira dalam hidup saya? Masa saya baca al-Quran dan hadis, bapa datang duduk sebelah saya, soalnya memancing minat. Ebit, boleh tolong ayah? Mata ayah berkaca. Boleh tak ajar ayah kenal ALLAH, ajar ayah solat?
Saya terus menangis tak henti-henti di pangkuannya. Saya pegang tangan dia, bawa pergi ambil wudhuk. Masa itu saya merasa kagum dengan kebesaran ALLAH, saya sangat yakin dengan kekuatan doa, tiada apa yang mustahil.
Perkara yang saya fikir paling mustahil, rupa-rupanya saya terlupa yang Allah kenal bapa lebih daripada saya kenal bapa saya sendiri. Saya ajak dia solat, bentangkan dua sejadah, saya imam dia makmum. Tengah solat, ayah menangis kuat-kuat. Dia tak baca apa-apa.
Ayah: Ebit, ALLAH maafkan ayah tak? Ayah jah at, ayah tak pernah kenal Dia, ayah tak pernah terima kasih pada Dia?
Ebit: Ayah, tahu tak siapa yang bawa ayah hari ini untuk solat, untuk kenal ALLAH? Kalau ayah nak tahu, bukan mak, bukan Ebit, bukan siapa-siapa, tapi ALLAH yang Maha Kaya, Maha Penyayang, Maha Pengasih, yang maha segala-galanya.
Dia yang menjadikan sesuatu, yang miliki segala sesuatu. Ayah, dia yang jaga kita dari dulu sampai sekarang, Dia yang bagi ayah hidayah, Dia dah maafkan ayah. Itulah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Kalau saya tak kenal tuhan, saya tak tahu apa yang jadi dalam hidup saya sekarang. saya sangat bahagia dapat kenal ALLAH kalau tidak musnah hidup saya.
Entah kat longkang mana saya hidup sekarang, entah apa yang saya akan buat kalau saya tak kenal tuhan, saya tak tahu apa yang akan jadi dalam hidup saya. Tapi lepas kenal tuhan, saya sangat bahagia. Saya jumpa mana-mana orang saya bagi tahu pada semua orang, supaya mereka belajar dan kenal… tuhan ini cuma satu.
Nama tuhan kita ALLAH, nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kena bagi tahu pada semua bukan Islam dan sayangi mereka. Dia masuk Islam atau tidak, mereka keluarga kita, tuhan yang jadikan kita semua dan tak boleh hi na sesiapa.
Tapi kita kena pujuk semua orang untuk mendekati Islam sekali-sekala bercakap dengan mereka beritahu dengan baik akhiri Ustaz Ebit Lew
Semoga urusan keluarga Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan serta dimurahkan rezeki mereka agar sentiasa dapat membantu masyarakat yang susah, Dan semoga Allah membalas kebaikan Ustaz Ebit dengan ganjaran pahala yang banyak. Aamiin Allahumma Aamiin
Majalah ilmu: Semoga dengan usaha yang ustaz ebit lew sedang buat ini dapat menyedarkan kepada semua masyarakat dan bangun dari kegelapan. Semoga dengan usaha ustaz akan di redhai Allah dan dapat memberi kita semangat untuk berubah kearah kebaikan. Insyallah.
Sumber: Kasi Viral via majalahsinar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah








