Connect with us

Kisah

Kerap Borak Budaya Islam, Artis K-pop Ucap Syahadah

Published

on

Kerap Borak Budaya Islam Artis K pop Ucap Syahadah

Kerap Borak Budaya Islam, Artis K-pop Ucap Syahadah

Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah seorang penyanyi solo di Korea Selatan, Jay Kim mengambil keputusan untuk memeluk Islam setelah lama menangguhkan hasrat kerana ibunya tidak bersetuju.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daud Kim (@jaehan9192)

Jay atau nama Islamnya Daud Kim berkongsi perkara tersebut melalui sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, banyak perubahan dalam kehidupannya sejak dia berminat untuk mempelajari tentang agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daud Kim (@jaehan9192)

Walaupun belum melakukan persediaan sepenuhnya, Daud berkata dia akan cuba menjadi seorang Muslim sejati mengikut langkah sebetulnya.

“Assalamualaikum since I became interested in Islam, many things in my life have changed. Actually I am not fully prepared, but I will try to be a good Muslim step by step,” tulisnya.

Tambah Daud yang pernah menganut agama Kristian Katolik itu, dia ingin bertaubat kepada Allah SWT setelah sedar banyak dosa dilakukan selama ini.

“Although I have previously sinned a lot, I want to repent my sins and stand in front of Allah,” katanya.

Dia mengetahui bahawa Allah sentiasa berada di sisinya walaupun dilahirkan sebagai seorang bukan Muslim sebelum ini dan bersyukur setelah mendapat petunjuk daripadaNya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daud Kim (@jaehan9192)

“Although I am not a born-Muslim, I know that Allah is always with me. Thanks to Him to give me the Signal
and help me to recognize it..

“Thanks to Him to show me the right path. There is no God but Allah and Muhammad is His messenger,” ujarnya.

Terdahulu, Daud beralih menjadi ‘Youtubers’ selepas mengeluarkan dua album mini di bawah sebuah syarikat rakaman.

Penyanyi itu sering memuat naik video nyanyian ‘cover’ dan menghasilkan banyak vlog mengenai budaya Islam di Korea.

Tonton video penuh :

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.

Sumber : Instagram , Youtube / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.