Connect with us

INFO

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023 – FlySiswa

Published

on

TIKET KAPAL TERBANG

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023 – FlySiswa 

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023 | Berita baik kepada para pelajar IPT, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar IPT bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Pemberian subsidi tiket kapal terbang ini membolehkan para pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT

Pada 12 Julai 2023 yang lalu, pihak kerajaan dengan kerjasama syarikat penerbangan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian bantuan tiket kapal terbang untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bantuan tiket kapal terbang atau lebih dikenali sebagai FlySiswa adalah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu pelajar universiti awam mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT - FlySiswa MOT

Bagaimana Bantuan Ini Berfungsi?

Bantuan subsidi ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell. Syarikat penerbangan yang terlibat akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM 300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.

Sekiranya baucar tersebut mempunyai baki, ia boleh digunakan untuk penerbangan seterusnya atau menambah wang anda sendiri jika tidak mencukupi.

BACA JUGA: BISTARI 2023 – Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100

Laluan Penerbangan Terlibat

Pembelian tiket penerbangan yang terlibat termasuklah bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tarikh Bantuan Dilaksanakan

Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula pada 15 Ogos 2023 dan dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan peruntukan anggaran berjumlah RM 16.8 juta.

Syarat Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk melayakkan pelajar mendapat Bantuan Tiket Kapal Terbang FlySiswa ini:

Pelajar merupakan warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;

  • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia.
  • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  • Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  • Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  • Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan

Tarikh Akhir Penebusan 

Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Semakan Kelayakan 

Untuk membuat semakan kelayakan, sama ada anda layak atau tidak mendapatkan bantuan ini, sila ikuti langkah seperti yang berikut.

1. Layari pautan laman web berikut: https://subsidiudara.mot.gov.my/ 

2. Masukkan no MyKad dan nama universiti.

3. Klik butang “Semak.”

4. Lihat status semakan sama ada anda:

  • Layak: Mohon baucar digital melalui laman web syarikat penerbangan yang dipilih.
  • Tidak layak: Pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT melalui universiti masing-masing.

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT - FlySiswa MOT

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT - FlySiswa MOT

Cara Pembelian Tiket

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan berikut dengan melayari laman web syarikat penerbangan tersebut;

  • Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly)
  • AirAsia
  • BatikAir
  • MYAirline

Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Rayuan FlySiswa – Sekiranya Tidak Layak

Bagi pelajar yang tidak layak menerima bantuan subsidi penerbangan FlySiswa ini, anda boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing.

Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Maklumat lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai bantuan tiket kapal terbang, sila layari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan di pautan berikut: https://www.mot.gov.my/my 

Atau, anda juga boleh ikuti Facebook rasmi Kementerian Pengangkutan (Ministry of Transport Malaysia)  untuk info terkini. 

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Graduan Ini Dedah Kebaikan Bung Moktar: “Beliau Yang Bayar Yuran Saya…”

Published

on

595105932 1184039860544705 4651545111450175342 n

“Terima Kasih Datuk…” Graduan Kongsi Jasa Bung Moktar Yang Pernah Taja Yuran Pengajian

Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin benar-benar meninggalkan kesan di hati rakyat. Sejak berita beliau menghembuskan nafas terakhir tersebar, media sosial dibanjiri ucapan takziah dan cerita kebaikan arwah yang selama ini tak ramai tahu.

Salah satu kisah yang menyentuh hati datang daripada seorang graduan Sarjana Falsafah bidang Pendidikan Fizik UTM, Siti Hamizah Aspin. Menerusi perkongsian di Thread, dia mendedahkan bahawa Allahyarham pernah menaja yuran semester pertamanya — ketika keluarganya bergelut dengan masalah kewangan.

“Datuk Bung pernah taja yuran Sarjana saya. Yuran pendaftaran pertama memang berat… banyak pahala beliau,” tulisnya.

Wanita itu turut berkongsi bahawa ketika itu ibunya seorang ibu tunggal, dan yuran pendaftaran hampir RM4,000 menjadi beban yang sukar ditanggung.

bung moktar

Dalam hantaran sama, Siti Hamizah menzahirkan rasa terima kasih atas jasa arwah yang disifatkan sebagai manusia yang tak pernah berkira dalam membantu.

“Halalkan apa yang beliau terkurang ya, dia sudah tiada,” tulisnya sebak.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai. Netizen menitipkan kata-kata semangat serta doa agar kebaikan arwah terus mengalir melalui kejayaan individu yang pernah dibantunya.

595105932 1184039860544705 4651545111450175342 n

“Yuran Sarjana UTM memang mahal… besar pahala arwah bantu. Mengalir sampai bila-bila,” komen seorang pengguna.

“Semoga orang yang pernah ditolong, panjangkan pahala arwah dengan menolong orang lain pula,” ujar yang lain.

Kisah ringkas ini menjadi bukti — di sebalik imej tegas dan kontroversi sepanjang kerjaya politiknya, masih ramai yang mengingati Bung Moktar kerana hatinya yang suka membantu dalam diam.

sumber

Continue Reading

INFO

Austin Hub Shopee Express kat mana ?

Published

on

Austin Hub Shopee Express kat mana

Austin Hub Shopee Express merupakan salah satu pusat logistik utama bagi wilayah selatan Malaysia, khususnya di Johor Bahru. Sebagai hab pengedaran yang penting dalam sistem Shopee Express, pusat ini berperanan menyusun, memproses dan mengedarkan bungkusan kepada pelanggan akhir dengan cekap dan sistematik.

Dalam era e-dagang yang berkembang pesat, kewujudan pusat seperti ini adalah kunci utama bagi memastikan pesanan sampai tepat pada masanya — terutamanya ketika musim promosi besar seperti 11.11 dan 12.12.


Lokasi & Alamat Shopee Express Austin Hub

Alamat Rasmi:
Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Lokasi ini terletak dalam kawasan perniagaan strategik di Mount Austin, membolehkan akses mudah dari lebuh raya utama serta kawasan perindustrian dan perumahan berdekatan. Bagi pengguna yang mencari Shopee Austin Hub location atau “Shopee Express hub near me”, kawasan ini adalah rujukan utama untuk Johor Bahru.

Austin Hub Shopee Express


Fungsi Austin Hub Shopee Dalam Rangkaian Logistik

Shopee Austin Hub bukan sekadar lokasi transit, sebaliknya ia memegang peranan sebagai nadi pergerakan bungkusan bagi seluruh kawasan Johor Bahru dan sekitarnya. Fungsi utamanya termasuk:

  • Penyusunan & Pemprosesan Bungkusan
    Barangan yang diterima daripada penjual akan disusun berdasarkan destinasi sebelum dihantar kepada pelanggan.

  • Pusat Transit Kawasan Selatan
    Sebagai hab yang sibuk, pusat ini mengendalikan ribuan bungkusan setiap hari untuk diedarkan ke pelbagai lokasi berhampiran.

  • Kemaskini Status Penghantaran
    Melalui sistem Shopee tracking, pengguna boleh menyemak lokasi bungkusan secara masa nyata.

  • Pengurusan Aduan Logistik
    Sekiranya berlaku kelewatan atau isu status tidak dikemas kini, Shopee Express Austin Hub membantu dalam menyelaras penyelesaian masalah bersama CS Shopee.


Waktu Operasi Shopee Express Austin Hub

Austin Hub beroperasi hampir setiap hari bagi memastikan kelancaran proses logistik. Berikut adalah waktu operasinya:

  • Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 8.00 malam

  • Ahad: 10.00 pagi – 6.00 petang

Nota: Waktu operasi mungkin berubah semasa musim cuti atau jualan besar. Adalah disarankan untuk menghubungi pusat ini terlebih dahulu bagi sebarang urusan langsung.


Austin Hub Shopee Contact Number & Sokongan

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, anda boleh menghubungi:

  • Austin Hub Shopee phone number / contact number: (Maklumat terus tidak dinyatakan secara rasmi – disarankan hubungi pusat sokongan)

  • Shopee CS Hotline (pusat): +603-2777-9222

  • Live Chat: Aplikasi Shopee → Saya → Sokongan Pelanggan → Chat Sekarang

Saranan: Sertakan nombor pesanan dan maklumat berkaitan semasa membuat aduan bagi mempercepatkan proses bantuan.


Perkhidmatan Utama Yang Ditawarkan

Berikut adalah beberapa perkhidmatan logistik yang dikendalikan oleh Austin Hub Shopee Express:

1. Penghantaran ke Johor Bahru & Sekitar

Hab ini menyelia penghantaran ke kawasan bandar, taman perumahan dan daerah-daerah pinggiran sekitar Johor Bahru.

2. Penerimaan Barangan dari Penjual

Penjual boleh menghantar barangan mereka ke hub ini untuk diproses sebelum penghantaran dilakukan kepada pelanggan.

3. Sistem Penjejakan Efisien

Pengguna boleh menyemak status bungkusan mereka secara masa nyata melalui aplikasi Shopee – dikenali sebagai Austin Hub Shopee tracking.

4. Penyelesaian Isu Penghantaran

Jika terdapat sebarang isu seperti kelewatan, status tersangkut, atau bungkusan tidak tiba, hub ini menjadi pusat tindakan bagi siasatan dan pembetulan.


Adakah Anda Boleh Ambil Sendiri Bungkusan di Austin Hub?

Secara umum, pengambilan bungkusan oleh pelanggan secara langsung tidak dibenarkan di Austin Hub. Ini kerana operasi di pusat ini adalah sepenuhnya automatik dan ditadbir secara dalaman oleh Shopee Express. Sekiranya ada arahan khusus untuk pengambilan sendiri, pengguna akan dimaklumkan melalui aplikasi.


Kaitkan Dengan Sistem Shopee Express Secara Umum

Sebagai sebahagian daripada rangkaian logistik Shopee, Austin Hub Shopee Express berfungsi sejajar dengan hab-hab lain seperti:

Ini membolehkan sistem penghantaran Shopee berjalan dengan lancar di seluruh Malaysia — dari pusat pemprosesan hingga ke pintu rumah pengguna.


Soalan Lazim (FAQ)

1. Di manakah Shopee Express Austin Hub terletak?
Di Taman Mount Austin, Johor Bahru – lokasi strategik untuk logistik kawasan selatan.

2. Bolehkan saya mengambil sendiri bungkusan dari Austin Hub Shopee Express?
Tidak, melainkan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Shopee.

3. Apakah nombor telefon untuk Austin Hub Shopee Express?
Tiada nombor rasmi yang disahkan, namun anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan Shopee di +603-2777-9222.

4. Bagaimana cara menjejak bungkusan saya?
Gunakan aplikasi Shopee dan klik pada “Jejak” untuk melihat perkembangan penghantaran.


Kesimpulan Austin Hub Shopee Express

Austin Hub Shopee Express adalah salah satu tunjang utama dalam sistem penghantaran Shopee bagi kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Dengan keupayaan pemprosesan yang tinggi, lokasi yang strategik, dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang efisien, hab ini memainkan peranan penting dalam memastikan bungkusan sampai tepat pada waktunya.

Jika anda mencari SPX service point near me atau berdepan dengan isu penghantaran, hubungi perkhidmatan pelanggan Shopee atau semak melalui sistem penjejakan mereka untuk penyelesaian segera.


Semoga artikel ini membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang fungsi dan peranan Shopee Express Austin Hub dalam pengalaman e-dagang anda.

Rujukan Austin Hub Shopee Express 

Continue Reading

INFO

Shopee Express Johor Jaya kat mana ?

Published

on

Shopee Express Johor Jaya kat mana

Shopee Express Johor Jaya merupakan salah satu hab logistik utama di selatan Semenanjung Malaysia yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan pemprosesan bungkusan untuk pengguna di sekitar kawasan Johor Bahru, khususnya Johor Jaya dan Pasir Gudang.

Melalui perkhidmatan Shopee Express (SPX Express), pengguna Shopee dapat menikmati penghantaran yang lebih pantas, sistem penjejakan masa nyata serta sokongan pelanggan yang responsif. Hal ini sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah atas talian secara menyeluruh.


Kelebihan Menggunakan Shopee Express Johor Jaya

Dengan menggunakan Shopee Express Johor Jaya, pelanggan akan mendapat manfaat seperti:

  • Penghantaran Efisien & Tepat Masa
    Bungkusan diproses dan dihantar lebih cepat berbanding perkhidmatan kurier biasa.

  • Sistem Penjejakan Masa Nyata (Real-Time Tracking)
    Status penghantaran boleh disemak melalui aplikasi Shopee untuk Shopee Express Johor Jaya tracking.

  • Maklumat Penghantaran Terperinci
    Anda akan menerima notifikasi tentang status pesanan – dari pemprosesan sehingga sampai ke pintu rumah.

  • Perkhidmatan Pelanggan Berpusat
    Bantuan mudah melalui talian hotline, Live Chat atau media sosial.

Kesemua ciri ini menjadikan Shopee Express pilihan utama untuk penghantaran yang cepat, mudah dan meyakinkan.


Alamat Shopee Express Johor Jaya

Berikut adalah butiran lengkap mengenai lokasi pusat penghantaran di kawasan ini:

  • Alamat Rasmi:
    40, Jalan Sri Plentong 8, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor

  • https://maps.app.goo.gl/G6oT6nfxG4DuNNi1A

Shopee Express Johor Jaya

Bagi pengguna yang mencari Shopee Express Johor Jaya address atau arah ke lokasi, anda boleh rujuk melalui Google Maps dengan carian lokasi tepat:
👉 SPX Express Johor Jaya Hub


Waktu Operasi Shopee Express Johor Jaya

Hari & Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang

  • Sabtu & Ahad: Tutup

Waktu operasi ini membolehkan pengguna merancang penghantaran atau sebarang pertanyaan berkaitan semasa hari bekerja.


Shopee Express Johor Jaya Contact Number

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, berikut adalah maklumat perhubungan:

  • Shopee Express Johor Jaya phone number (tempatan): 016-941 4848

  • Khidmat Pelanggan SPX Express (pusat): +603-2777 9222
    (Juga dikenali sebagai SPX Express contact number)

Pastikan anda menyediakan nombor pesanan semasa membuat pertanyaan untuk mempercepatkan proses semakan.


Adakah Anda Boleh Ambil Bungkusan Sendiri di Johor Jaya?

Walaupun lokasi ini merupakan hub logistik, pengambilan sendiri oleh pelanggan kebiasaannya tidak dibenarkan, kecuali jika dimaklumkan oleh pihak kurier atau pusat logistik. Ini kerana operasi di sini berskala besar dan tertumpu kepada penyusunan serta penghantaran automatik.


Penjejakan Bungkusan Shopee Express (SPX)

Untuk menyemak status penghantaran, anda boleh menggunakan fungsi Shopee Express tracking melalui:

  1. Aplikasi Shopee → Saya → Dipesan → Jejak

  2. Masukkan nombor resit (resi) untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jika status penghantaran tidak berubah lebih daripada 2–3 hari, anda boleh hubungi Shopee Express Johor Jaya number di atas atau terus melalui Live Chat dalam aplikasi.


Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah Shopee Express Johor Jaya dibuka hujung minggu?
Tidak. Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

2. Bagaimana untuk mengesan bungkusan saya?
Gunakan fungsi penjejakan dalam aplikasi Shopee. Masukkan nombor pesanan untuk kemas kini masa nyata.

3. Di mana lokasi pusat ini?
40, Jalan Sri Plentong 8, Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor.

4. Bagaimana jika bungkusan saya hilang?
Hubungi Shopee Express melalui nombor pusat atau Live Chat untuk membuat aduan dan permohonan refund jika perlu.


Kesimpulan

Shopee Express Johor Jaya adalah antara pusat penghantaran penting bagi memastikan pengguna di kawasan Johor menerima pesanan mereka dengan cepat dan teratur. Dengan kelebihan seperti sistem penjejakan masa nyata, perkhidmatan pelanggan cekap dan kemudahan lokasi, Shopee Express terus memperkukuh reputasinya dalam dunia e-dagang Malaysia.

Jika anda memerlukan panduan berkaitan SPX Express near me atau pusat logistik lain seperti Geo First Mile Hub dan First Mile Hub, anda boleh rujuk artikel berkaitan untuk pemahaman menyeluruh.


Semoga artikel ini membantu anda menyelesaikan persoalan berkaitan penghantaran Shopee Express di Johor Jaya.

Continue Reading

Trending