Connect with us

INFO

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023 – FlySiswa

Published

on

TIKET KAPAL TERBANG

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023 – FlySiswa 

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023 | Berita baik kepada para pelajar IPT, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar IPT bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Pemberian subsidi tiket kapal terbang ini membolehkan para pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT

Pada 12 Julai 2023 yang lalu, pihak kerajaan dengan kerjasama syarikat penerbangan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian bantuan tiket kapal terbang untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bantuan tiket kapal terbang atau lebih dikenali sebagai FlySiswa adalah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu pelajar universiti awam mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT - FlySiswa MOT

Bagaimana Bantuan Ini Berfungsi?

Bantuan subsidi ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell. Syarikat penerbangan yang terlibat akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM 300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.

Sekiranya baucar tersebut mempunyai baki, ia boleh digunakan untuk penerbangan seterusnya atau menambah wang anda sendiri jika tidak mencukupi.

BACA JUGA: BISTARI 2023 – Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100

Laluan Penerbangan Terlibat

Pembelian tiket penerbangan yang terlibat termasuklah bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tarikh Bantuan Dilaksanakan

Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula pada 15 Ogos 2023 dan dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan peruntukan anggaran berjumlah RM 16.8 juta.

Syarat Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk melayakkan pelajar mendapat Bantuan Tiket Kapal Terbang FlySiswa ini:

Pelajar merupakan warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;

  • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia.
  • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  • Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  • Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  • Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan

Tarikh Akhir Penebusan 

Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Semakan Kelayakan 

Untuk membuat semakan kelayakan, sama ada anda layak atau tidak mendapatkan bantuan ini, sila ikuti langkah seperti yang berikut.

1. Layari pautan laman web berikut: https://subsidiudara.mot.gov.my/ 

2. Masukkan no MyKad dan nama universiti.

3. Klik butang “Semak.”

4. Lihat status semakan sama ada anda:

  • Layak: Mohon baucar digital melalui laman web syarikat penerbangan yang dipilih.
  • Tidak layak: Pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT melalui universiti masing-masing.

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT - FlySiswa MOT

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT - FlySiswa MOT

Cara Pembelian Tiket

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan berikut dengan melayari laman web syarikat penerbangan tersebut;

  • Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly)
  • AirAsia
  • BatikAir
  • MYAirline

Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Rayuan FlySiswa – Sekiranya Tidak Layak

Bagi pelajar yang tidak layak menerima bantuan subsidi penerbangan FlySiswa ini, anda boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing.

Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Maklumat lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai bantuan tiket kapal terbang, sila layari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan di pautan berikut: https://www.mot.gov.my/my 

Atau, anda juga boleh ikuti Facebook rasmi Kementerian Pengangkutan (Ministry of Transport Malaysia)  untuk info terkini. 

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

​Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

​Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

​Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

​Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

​Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

​Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.