Kisah
Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Langit Kira-kira Jam 3 Pagi, Kejadian Berlaku Sangat Singkat Kurang Daripada Lima Minit Sebelum Ia Dibawa Angin
Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Langit Kira-kira Jam 3 Pagi, Kejadian Berlaku Sangat Singkat Kurang Daripada Lima Minit Sebelum Ia Dibawa Angin
Mohd Nor Firdaus Ibrahim, 34, dari Kampung Kuala Belara, Manir antara individu yang melihat awan berbentuk kalimah Allah di langit ketika menjalankan tugas di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, di sini, awal pagi tadi. Bersyukur dan berasa sangat bertuah dapat melihat kebesaran Allah dan terus berdoa mana tahu malam lailatulqadar,”.
Kalimah Allah yang jelas terbentuk di langit kira-kira jam 3 pagi itu menjadi tular di media sosial sehingga ada yang mengaitkan peristiwa itu dengan malam lailatulqadar yang berlaku sekali pada Ramadan.
“Sebelum itu, saya sedang melakukan rondaan di pasar berkenaan dan tiba-tiba saya melihat awan yang berbentuk kalimah Allah di langit.”Ketika itu tidak ramai lagi pengunjung di pasar itu dan kejadian itu berlaku sangat singkat sehingga tidak semua orang sempat merakam gambarnya.
“Mungkin kurang daripada lima minit awan itu terbentuk kalimah Allah sebelum ia dibawa angin. Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah dan saya terus berdoa,” katanya.
Mohd Nor Firdaus yang bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkata, dia tidak berani untuk mengaitkan kejadian itu dengan malam lailatulqadar.
“Memang kalimah itu dilihat pada malam Jumaat dan pada Ramadan tetapi ia tidak berlaku pada 10 akhir Ramadan. Bagaimanapun kejadian itu tetap memberi keinsafan dan ingatan kepada saya terhadap kebesaran Allah,” katanya.
Beliau sebelum itu meminta rakan setugasnya merakam kejadian itu menggunakan telefonnya yang lebih canggih berbanding telefon miliknya.“Imej kalimah itu nampak lebih jelas di langit apabila dirakam menggunakan telefon bimbitnya,”.
Sumber:bhharianmetro.com
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah