Kisah
Arwah Benjy Ibrahim Dekatkan Diri Dengan Allah Dalam P3njara Dengan khatam al-Quran, bersolat, berpuasa dan sebagainya

Arwah Benjy Ibrahim Dekatkan Diri Dengan Allah Dalam P3njara Dengan khatam al-Quran, bersolat, berpuasa dan sebagainya
Hari ini industri hiburan tanah air menerima berita duk4 apabila pelakon berbakat besar, Benjy Ibrahim dilaporkan meningg4l dunia di hospital di Medan, Indonesia. Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy (17 September 1978 – 11 Julai 2021) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak lelaki tunggal pelakon dan dramatis terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty.
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty amat bersedih di atas pemergian rakan baiknya itu namun reda Allah lebih menyayanginya. Bagaimanapun, Ellie sedih tidak dapat menghulurkan bantuan kepada arwah Benjy sejak kebelakangan ini.
“Arwah Benjy beritahu saya keadaannya batuk hingga keluar d4rah. Jadi, saya mengirimkan sedikit bantuan kewangan setiap bulan, cuma saya tidak dapat membantu sejak kebelakangan ini. Ini kerana saya tidak mempunyai banyak ‘job’ sejak pandemik COVID-19 menular, tahun lalu.
“Saya sedih, apatah lagi, memikirkannya arwah akan disemadi di Medan, Indonesia sekiranya meningg4l dunia. Mendengar berita pemergiannya membuatkan hati saya r3muk.
“Arwah menghubungi saya, minta ampun dan minta halalkan segala-galanya, minggu lalu. Saya tidak sangka itu petanda arwah akan pergi,” katanya kepada BH Online.
Sudah menganggap Benjy sebagai adik, Ellie berkata dia sudah berjanji dengan arwah akan menjemputnya di Medan untuk dibawa pulang ke Malaysia apabila dibebaskan kelak.
“Arwah seperti adik saya. Bagaimana saya menyayangi arwah ibunya, begitu juga sayang saya pada arwah. Arwah ibunya banyak membantu membentuk saya dalam menghidupkan karakter lakonan.
“Besar harapan saya melihat arwah memulakan kehidupan baharu apabila dibebaskan. Saya juga mahu arwah membuat kemunculan semula dalam industri lakonan, namun, hasrat saya tidak kesampaian,” katanya.
Menurut Ellie lagi, dia sentiasa memberikan kata semangat kepada arwah yang sudah menjalani hukuman penjara tiga tahun. Ujarnya, arwah banyak habiskan masa dengan melakukan amal ibadah di p3njara.
“Alhamdulillah, arwah banyak berubah dan menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT. Arwah beritahu sudah khatam al-Quran, bersolat, berpuasa dan sebagainya,” katanya.
Allahyarham Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, jam 11 pagi tadi.
Arwah Benjy sedang menjalani hu kuman selama 11 tahun, tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta atas kes4lahan memiliki d4dah sejak 2017.
Sumber: rotikaya
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.