Connect with us

Kisah

Rakaman video menunjukkan satu keluarga yang berada di negara jiran telah berjaya menangkap makhluk t0y0l

Published

on

aaa 5

Rakaman video menunjukkan satu keluarga yang berada di negara jiran telah berjaya menangkap makhluk t0y0l

Assalamualaikum.. Ingin saya berkongsi dengan pembaca berkenaan TO YOL yang seringkali disebut-sebut dan ada juga ditayang dalam filem.

Bayangkan ketika anda pulang ke rumah secara tiba-tiba anda nampak makhluk yang amat pelik bentuknya dan sedang geledah barang anda, atau duit anda semakin hari semakin kurang sedangkan anda duduk seorang di rumah.

Ada yang cakap ini semua kerja T0yol, betul ke? Rakaman video diatas menunjukkan satu keluarga yang berada di negara jiran telah berjaya menangkap makhluk t0y0l yang sedang buat kerja. Bagaimana mereka tangkap itu kami tidak pasti tetapi sepasang itu diletakkan dalam botol.

Jika anda lihat yang betina anda boleh lihat bentuk muka dan mata, dan ianya berkelip. Subhanallah ..

Sebenarnya, TO YOL ni banyak version story nya… So, saya terangkan semua yang pernah saya dengar sebelum ini..

Version 1

To yol adalah hasil pemujaan kepada ma – yat anak sulung dari ibu sulung yang ma-ti pada hari Selasa. Ma-yat baby ini akan disalai selama 40 hari disamping dibaca beberapa mentera. Sebab itu orang dulu-dulu, kalau anak sulung ma-ti dari ibu yang sulung hari selasa, ku-bur akan dijaga sehingga 40 hari lamanya. Selepas 40 hari, ma-yat tersebut tidak boleh lagi diguna untuk menghadirkan to-yol..Kira dah expired la.

Version 2

To-yol adalah anak jin yang perolehi samada menculiknya atau membuat perjanjian dengan ketua jin. Untuk mendapat toyol, ilmu kebatinan dan syirik perlu tinggi. Antara syaratnya ialah memberi makan drah tuan dari ibu jari kaki kiri atau jari manis tangan kanan.

Makanan Toyol

Ada yang mengatakan hanya makan darah jari. Tapi ada juga yang makan telur ayam. Version lain pulak mengatakan bahawa to yol turut makan darah haid gadis sunti.

Kegemaran Toyol

Sifat To yol seperti budak-budak. Antara kegemarannya ialah bermain dengan kacang hijau, syiling 10 sen dan gadis dara. Memang hajat tok bomoh akan terbantut kalau to yol jumpa barang mainan waktu nak mencuri. Jawabnya, sampai pagilah to yol tu leka tanpa terlupa kerjanya.

Toyol tidak tahu pun dimana duit disorokkan

Sebenarnya, to yol tak tahu pun dimana duit disorokkan. Biasanya, to yol akan buat intipan dahulu, kt mana duit disimpan.. Malam baru start kejer. Kadangkala, tuan to yol akan kasi spesifik location…senang sket kejer si toyol tu.

Duit betul-betul hilang angkara Toyol?

Ada beberapa pendapat tentang duit yang dicuri:

1- Duit tidak hilang. Tapi berkatnya diambil. Contohnya, kalau berkat ada pada duit RM10, nak habiskan belanja dengan RM10 memang lambat. Berbanding dengan duit RM100 yang tiada berkat.Kejap je habis belanja.

2-Duit hilang secara fizikal. Ni kira betul-betul lesap la.

Adakah duit letak dalam Al-Quran boleh dicuri toyol?’

Jawabnya BOLEH. Quran untuk dibaca. Bukan peti simpanan. Dah banyak kes yang diterima. Still gak lesap duit tu.

Petua mengelak kecurian dari si Toyol

1-Letakkan kacang hijau atau duit 10sen di luar tempat simpanan. Insyaallah, dia akan leka bermain dengan benda tu hingga lupa tugas mencurinya.

2-Simpang duit di dalam uncang yang bertali. Dikatakan, toyol ni takut nak ambik sebab risau boleh tercekik.

3-Sertakan bersama Daun Jelatang Gajah. Dikatakan, daun ini amat ditakuti Toyol dan pembela pelesit.

4-Membaca ayatul qursi setiap kali menyimpan duit dan pohon pada Allah agar harta dijaga.

Soalan yang tak dapat dijawab sampai sekarang berkenaan Toyol

“Ustaz, dah kalau toyol tu kejernya mencuri, kenapa tuan toyol tak suruh toyolnya curi kat bank jer..?lagi banyak..Duit orang tak bayar zakat pun berlambak dalam bank tu”

Jawapannya: “wallahu’alam……”

 

SUMBER : Darulmanzil Blogspot via KL Viral

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.