Connect with us

Kisah

Wanita Hidap Kanser Titip Pesan Makin Sembuh Selepas Amal Zikir 100 Kali Sehari Dan Baca Al-Quran

Published

on

uhbiuh

Wanita Hidap Kanser Titip Pesan Makin Sembuh Selepas Amal Zikir 100 Kali Sehari Dan Baca Al-Quran

Wanita Hidap Kanser Titip Pesan Makin Sembuh Selepas Amal Zikir 100 Kali Sehari Dan Baca Al-Quran | Ujian atau dugaan mungkin dianggap cuba dielak oleh kita sebagai manusia biasa. Setiap ujian yang diberikan itu mempunyai pelbagai hikmah yang mungkin akan memberi pengajaran kepada diri kita.

Sakit menjadi salah satu ujian yang terkadang tidak mampu untuk dihadapi oleh setiap orang terutama bagi penghidap kanser. Namun kebanyakan pesakit kanser mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi walaupun ujian yang perlu dihadapi mereka sangat berat.

Seperti yang dihadapi oleh wanita tabah ini, Nor Hidayah Arifin melalui kiriman Facebooknya berkongsi coretan mengenai dirinya yang menghidap kanser thyroid dan memberi semangat kepada pesakit-pesakit kanser lain yang menghadapi nasib sama sepertinya.

Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser Aku adalah salah seorang pesakit kanser thyroid / metastatic papillary thyroid carcinoma yang masih sihat hingga ke hari ni.

Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana untuk semua golongan. Aku menghidap kanser seawal usia aku 28 tahun ,pada tahun 2018 .

Aku tahu semua ni bila aku melahirkan anak yg ke 2. Satu ketumbuhan yang besar ada ditengah-tengah leher, biji itu membesar dengan cepat,

Menyebabkan aku sukar menelan dan susah bernafas ketika tidur, lalu aku terus ke hospital untuk medical checkup, setelah doktor membuat ujian imbasan ultrasound dan biopsi aku di diagnose kanser thyroid.

Untuk pertama kali aku dapat tahu tentang penyakit ni , seluruh badan aku mengeletar ketakutan , hati aku berkata ” Ya Allah beratnya ujian yang kau beri ini ” .

Aku terkejut dengan apa yang doktor kata ” Adik , adik tahu tak yang sekarang adik positif kanser ” .tulah suara yang keluar dari mulut doktor yang pertama aku dengar time tu.

“Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni?”
Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke rumah.

Fikiran aku celaru ” Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni ? Macam mana perasaan keluarga aku bila dapat tahu aku hidap kanser ” Bagaimana kehidupan aku selepas ini?

Aku sebak bila ingat balik saat tu . Masa tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata . Kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser . Kanser adalah penyakit mati.

Dua bulan selepas itu aku dimasukkan ke wad , keadaan aku semakin hari semakin teruk , aku jadi mudah sesak nafas sampaikan nak menelan air liur pun jadi susah ,

Nafas aku makin hari makin pendek tapi aku berdiam sahaja aku tak mahu menceritakan kepada keluarga aku apa yang aku rasa, aku tidak mahu mereka terlalu bimbang.

Selepas 11 bulan operation pertama selesai radioaidin/kimoterapi Aku di kejutkan lagi dengan keputusan doktor yang kanser aku hidap ini bukan berada di satu tempat ,

Tapi kanser ni dah merebak ke beberapa tempat yang lain . Kanser aku bermula dari leher lalu merebak ke limfa .

Saat itu air mata menitis dengan derita itu, Aku dimasukkan ke wad lagi untuk membuang sel kanser kali kedua, setiap pagi doktor akan ambik darah dan aku dimasukkan darah kerana bacaan hb sangat rendah 6 sahaja sebab aku penghidap alpha thalasmia ,

Rambut aku mula gugur satu persatu , lidah aku mula hilang rasa ,badan aku teramat panas, jari-jari tangan aku terbakar kerana kesan daripada kimoterapi, Barulah saat itu air mata aku menitis,

Dengan derita tu . ” Allahu Akbar , aku redha ya Allah , aku redha jika ajal aku sudah hampir , Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini “.

Aku ingat lagi nasihat dari seorang doktor, doktor surgical surgery doktor yang handle kes aku, dia juga doktor yang mengetuai dua kali operation aku berturut turut.

Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini , aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW , jangan meninggalkan solat !!! . Ingat Allah ! , ingat Allah !, ingat Allah !. Yakin lah dengan kuasa Allah.

Allah sahaja tempat kita bergantung, Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa. Alhamdulillah , aku menjaga zikir dan selawat ku . Berzikir lah setiap hari sekurang2 100x Subhanallah , Perbanyakkan baca al-quran .

Jika tak mampu solat berdiri maka duduk la , jika tak mampu lagi lakukanlah sambil baring . Ingat lah peringatan ni . laksanakan solat dan doa kepada-Nya Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa.

Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita . Kita merendahkan diri kita di hadapannya dan kita bergantung kepada-Nya . tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya .

Alhamdulillah , aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala Kebanyakkan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni , sebab kalau tengok diri aku ,

Memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun . Alhamdulillah . Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali .

Usahalah untuk buat rawatan, ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun
Buat pesakit diluar sana , jangan cepat berputus asa , yakinlah ujian yang Allah beri ini kepada orang-orang yang mampu laluinya .

Anda mampu . Percaya lah ! ,Orang seperti anda adalah orang yang terpilih . Usaha lah untuk buat rawatan , ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun . kalau aku cerita rawatan yang aku pernah buat ,

Lagi panjang lah cerita ni . jadi aku tamat di sini . Jangan tinggalkan solat , banyakkan berdoa , Redha dan terus BERSABAR.

#thyroidcancer
#alphathalassmia
#papilarythyroidcancer

Netizen rata-ratanya memuji sikap positif puan Hidayah serta mendoakannya sentiasa diberkati dan diberikan kesembuhan yang segera.

Wanita Hidap Kanser Titip Pesan Makin Sembuh 1

Sumber Dan Rujukan : Nor Hidayah Arifin

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending