Connect with us

Keluarga

Kata Mak Ini DOA. Apabila Orang Puji Anak Kita Bersyukurlah, Bukan Rendahkan Dirinya

Avatar of majalahilmu

Published

on

Kata Mak Ini DOA. Apabila Orang Puji Anak Kita Bersyukurlah Bukan Rendahkan Dirinya

Kata Mak Ini DOA. Apabila Orang Puji Anak Kita Bersyukurlah, Bukan Rendahkan Dirinya

Kebiasaannya jika macik2 jumpa anak kecil, ramai yang akan berkata “Wah, baik sungguh anak awak”. Tetapi kadang juga mak kepada anak itu akan berkata buruk pula dengan anaknya sendiri untuk semata2 hanya supaya dipandang ianya dilihat rendah hati.

Bila orang puji anak kita, mulalah kita rasa tersipu-sipu dan jawab dengan rendah diri tentang apa yang biasa anak buat di rumah.

Ini belum lagi bila orang puji anak kita depan mereka. Anak dengar apa uang mak ayah cakap dengan peel yang berlawanan semasa di rumah. Tentu dirinya kecil hati. Kononnya, menafikan apa yang orang cakap itu.

Sedihnya, memikirkan tentang cara kita mak-mak yang cuba nak merendah diri bila orang puji anak kita. Malah, mula nafikan dengan apa yang orang cakap.

Jangan begitu, sepatutnya mak-mak bersyukur dan senyum dengan apa yang orang puji anak kita. Mak-mak patut bangga sekurang-kurangnya anak terdidik dengan apa yang kita ajar di rumah.

Perkongsian daripada Hanis Athirah Rusli ini, boleh dijadikan panduan buat mak-mak tentang bagaimana kita nak balas kembali bila ada kawan-kawan berkata demikian.

Bila Orang Puji Anak Kita, Jangan Nafikan

Bila anak dipuji, sesekali kita tak tahu nak respon macam mana kan? Cuma lebih banyak terfikir yang pujian itu hanyalah sekadar untuk mengambil hati kita, jadi untuk membalasnya biasanya kita akan terus-terusan untuk menafikannya kan?

  1. Eh mana adaaa, depan orang je anak saya duduk diam. Kalau tak buas jugak tu. Panjat sini sana, tak berhenti.
  2. Ishhh taklah, nampak sopan sebab datang rumah orang, kalau dekat rumah dia lah paling banyak buat sepah, rumah kejap simpan lepas tu berselerak lagi, ni lah juaranya
  3. Oh biasa-biasa je, mana ada rajin, dekat rumah saya suruh buat apa-apa malas jugak. 10 kali suruh barulah bergerak.

Betulkah tindakan kita ni? Nak mengiyakan nampak sangat berbangga, tapi takkan nak biarkan saja pujian itu tergantung sebegitu?

Cuba bayangkan bila anak-anak mendengar respon kita, perasaan mereka bila kita hebahkan kelemahan mereka?

Perasaan Anak

Anak pasti terkilan dan percaya apa yang didengarnya. Kita pula menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu. Sedangkan itu aib mereka.

Tanggungjawab kita untuk melindungi, menasihati secara personal sehingga mereka berubah bukan berbangga dengan kelemahan mereka. Apa yang kita cakap mungkin dapat membuatkan diri kita kelihatan rendah diri ketika dipuji, tapi lebih kepada menghiris perasaan anak-anak bila didengari.

Apabila sentiasa diulang-ulang, ini menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka dan ibu langsung tak menghargai perubahan mereka.

Doa Mak

Sebenarnya, setiap kata-kata yang yang keluar dari orang lain merupakan satu doa. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan

“Sebut dan kata-kata yang baik-baik supaya yang baik-baik juga yang akan datang dalam hidup kita.”

Sebaliknya, bila dipuji senyum, syukur pada Allah dan jawab

  1. “Haaza min fadhli rabbi”
    Ini semua dari kurniaan dan kelebihan Tuhanku.
  2. “MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”
    Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud.
  3. Alhamdulillah.
    Segala puji bagi Allah.

Kata-kata Baik

Jadi, tiap kali ada yang memuji atau mengungkap kata-kata yang manis didengar, ucapkanlah ayat di atas semoga dapat akan memberi kebaikan buat diri sendiri dan yang mendoakan.

Supaya kita terbit rasa syukur kepada Allah, dijauhkan rasa sombong, bongkak, bangga diri kerana semua ini berlaku dengan pertolongan dari Allah. Dalam masa sama kita juga tidak melukai hati mana-mana insan yang mendengarnya.

Setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan. Carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil.

Subur-suburkanlah kebaikan itu. Tapi, jangan sampai berlebihan memuji anak, sampai anggap sesuatu kebaikan itu terjadi adalah disebabkan diri sendiri. Kita lupa sebenarnya ALLAH lah yang menjadikan perkara itu terjadi.

Sesungguhnya kita tak berdaya.

Kita hanya makhluk lemah.
Hakikatnya semua dari Allah.

#tipsparentinghanis
#ibubarubelajar

Sepatutnya berbanggalah bila orang puji anak kita. Katakan yang baik-baik pada ada, moga ia akan beri kebaikan pada orang tuanya nanti. Aamiin.

Majalah ilmu: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Lahirkan perkara positive di sekeliling kita.

Sumber: Hanis Athirah Rusli / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU