Connect with us

Kisah

Anggota Tentera PASKAL Di Semporna Ucap Syahadah, 50 Anggota TLDM Telah Menjadi Saksi Mereka Untuk Peluk Islam

Published

on

Anggota Tentera PASKAL Di Semporna Ucap Syahadah 50 Anggota TLDM Telah Menjadi Saksi Mereka Untuk Peluk Islam

Anggota Tentera PASKAL Di Semporna Ucap Syahadah, 50 Anggota TLDM Telah Menjadi Saksi Mereka Untuk Peluk Islam

Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah beberapa anggota tentera yang telah terbuka hati untuk memasuki islam sebagai panduan bagi meneruskan kehidupan di hari yang akan mendatang adalah suatu rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Selalunya, individu yang bertukar agama adalah dari kerelaan hati masing-masing kerana menemui hidayah dan jawapan yang dicari dalam hidup mereka. Jadi, sebagai insan yang telah Islam sejak lahir, seharusnya memberikan bantuan jika individu-individu terbabit mahu menjadi seorang Muslim.

Lafaz2 kalimah syahadah

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia, beberapa orang anggota tentera telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Penghijrahan mereka telah dirai hampir 50 orang hadirin yang bertempat di Surau Uthman Ibnu Affan, KD Sri Semporna.

Screenshot 2020 02 21 at 12.38.53 PM

86738696 2890469381011051 9129106433944584192 o 1024x683 1

Sama2 mendoakan agar kesejahteraan buat semua

Selain daripada meraikan saudara baru Islam dalam kalangan mereka, majlis tersebut juga dimaklumkan sebagai majlis kesyukuran bagi mendoakan kesejahteraan semua anggota.

Dalam pada itu, warga KDSM juga diminta untuk sama-sama membimbing para saudara baru agar meneruskan perkhidmatan berpaksikan al-Quran dan Sunnah.

Screenshot 2020 02 21 at 12.39.13 PM

87076187 2890469331011056 4417657641015181312 n

86730329 2890469391011050 2704580523069538304 o 1024x683 1

Syukur alhamdulillah

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat laman Facebook TLDM, rata-rata warganet telah meninggalkan maklum balas di ruangan komen sumber.

Mereka juga menzahirkan rasa syukur diatas pengislaman anggota Paskal tersebut dan berharap agar mereka kekal istiqomah dalam Islam.

Screenshot 2020 02 21 at 1.08.02 PM

Semoga hidup sentiasa diberi keberkatan

Screenshot 2020 02 21 at 1.08.14 PM

Terus berjuang demi agama, bangsa & negara

Screenshot 2020 02 21 at 1.08.39 PM

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.

Sumber : Tentera Laut Diraja Malaysia / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.