Connect with us

Kisah

Seorang Mangsa Korban Covid-19 Sempat Ucap Syahadah Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhirnya

Published

on

Seorang Mangsa Korban Covid-19 Sempat Ucap Syahadah Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhirnya

Pada masa kini ramai orang yang terkesan dengan penularan wabak ini. Ramai yang kehilangan orang yang terdekatnya Seperti kisah seorang anak kepada mangsa korban Covid-19 telah meluahkan rasa syukurnya apabila urusan pengebumian jenazah ayahnya semalam berjalan sempurna.

Melalui laman sosial Facebook, Elyas Harun juga turut memberi penghargaan terima kasih untuk seluruh pihak yang telah banyak berkorban dan membantu sepanjang arwah ayahnya disahkan positif Covid-19 sehingga ke liang lahad.

Seperti ulasan Elyas, Allahyarham yang dikenali sebagai Haji Harun pergi menghadap ilahi di dalam keadaan yang baik dan mudah selain daripada sempat mengucap dua kalimah syahadah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan untuk ayah saya dan memberi kata-kata semangat kepada saya dan keluarga.

“Terima kasih juga kepada para-para Huffaz yang menghadiakan doa dan 30 juzuk setiap malam kepada ayah saya.

“Juga jutaan terima kasih kepada team frontliner dari KKM, Polis, PDRM, Majlis Agama Islam & Pejabat Kadi dan yang lain-lain dalam membantu kami sekeluarga,” tulisnya.

Tambah Elyas, arwah bapanya telah lama mengorbankan diri dan harta untuk agama Islam dan telah tiba masanya untuk ‘berehat’ yang abadi di akhirat.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berkongsi lebih lanjut mengenai rekod kes positif, punca jangkitan dan lokasi Allahyarham menerima rawatan. Salam takziah diucapkan.

Majalah ilmu: Marilah kita semua doakan kepada mereka yang terkorban dengan wabak pandemik ini semoga roh mereka dicucuri rahmat. Semoga mereka diampunkan segala dosa-dosa oleh Allah SWT dan mudah-mudahan tergolong dikalangan orang yang beriman. Kita mendoakan juga kepada mereka yang terkena semoga diberi kesihatan semula dan harap rakyat Malayasia dapat bersabar dan stay safe.

Sumber : Elyas Harun

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!