Connect with us

AGAMA

Amalkan Surah Al-Kahfi Setiap Hari Jumaat: Perlindungan dari Fitnah Dajjal

Avatar of majalahilmu

Published

on

Amalkan Surah Al-Kahfi

Amalkan Surah Al-Kahfi Setiap Hari Jumaat: Perlindungan dari Fitnah Dajjal

Pentingnya Membaca Amalkan Surah Al-Kahfi Setiap Hari Jumaat

Surah Al-Kahfi memiliki banyak kelebihan, khususnya jika dibaca pada hari Jumaat. Rasulullah SAW mengajarkan bahawa membaca surah ini dapat memancarkan cahaya antara dua Jumaat dan melindungi kita dari fitnah Dajjal. Ini dinyatakan dalam hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca surah Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Amalkan Surah Al-Kahfi

Amalkan Surah Al-Kahfi Perlindungan dari Fitnah Dajjal

Dalam riwayat Muslim, Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.”

Fitnah Dajjal adalah satu ujian besar yang akan datang sebelum hari kiamat. Dengan membaca surah ini, kita berharap agar dilindungi dari huru-haranya.

 

Cara Mudah untuk Membaca Surah Al-Kahfi

Bagi yang belum lancar membaca surah ini, mulakan dengan sedikit-sedikit. Bahagikan bacaan kepada enam bahagian untuk memudahkan:

  • Ayat 1-31
  • Ayat 32-50
  • Ayat 51-59
  • Ayat 60-82
  • Ayat 83-99
  • Ayat 100-110

Tempoh membaca surah Kahfi pada hari Jumaat bermula dari selepas maghrib hari Khamis sehingga sebelum maghrib hari Jumaat. Jangan merasa tertekan, mulakan perlahan-lahan. Lama kelamaan, ia akan menjadi mudah dan tidak terasa berat.

pexels chattrapalsingh 2989625 scaled

Kesusahan Membawa Kemudahan

Al-Quran sendiri menyebut:

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (Surah As-Syarh Ayat 5 & 6)

Pepatah Melayu juga mengingatkan:

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Ganjaran Membaca Al-Quran

Nabi SAW menyatakan bahawa jika kita lancar membaca Al-Quran, kita akan mendapat dua pahala; pahala membaca Al-Quran dan pahala bersama para malaikat. Tetapi, jika kita merangkak-rangkak, kita tetap mendapat dua pahala; pahala membaca dan pahala usaha keras kita.

Allah SWT Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Setiap niat kita untuk membaca Al-Quran sudah dikira sebagai pahala. Oleh itu, mari kita niatkan untuk membaca Surah Al-Kahfi setiap Jumaat. Jika tidak sempat habis, sekurang-kurangnya kita sudah mendapat pahala niat. Alhamdulillah.

Amalkan Surah Al-Kahfi

Kesimpulan Amalkan Surah Al-Kahfi

Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat bukan sahaja memberikan kita cahaya di antara dua Jumaat, tetapi juga melindungi kita dari fitnah Dajjal. Mulakan dengan sedikit, perlahan-lahan, dan dengan niat yang ikhlas. InsyaAllah, usaha kita akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Jika suka penilusan ini sila like page fb kami Majalah ilmu .

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.