Kisah
“Saya Dah Tak Boleh Jaga Keselamatan Rakyat Lagi,” Kisah Peniaga Kecil Yang Berjaya Dari Pegawai Polis Bertukar Kerjaya Jual Char Kuey Teow Tepi Jalan

“Saya Dah Tak Boleh Jaga Keselamatan Rakyat Lagi,” Kisah Peniaga Kecil Yang Berjaya Dari Pegawai Polis Bertukar Kerjaya Jual Char Kuey Teow Tepi Jalan
Semua orang mempunyai cerita disebalik kejayaannya. Jatuh dan bangun merentas laluan yang berbeza adalah lumrah dalam kehidupan. Kita tidak akan menghargai kejayaan sebelum menerima kegagalan. Kisah peniaga kecil yang berjaya keluar dari kepompong kesusahan akan menjadi cerita yang sangat indah untuk dijadikan ikutan.
Bermula sebagai pegawai polis lalu menjadi peniaga kecil kerana minat
Pemuda yang bernama Abu Hassan Bin Ahmad, 36 tahun ini memaparkan satu dari ribuan kisah peniaga kecil yang berjaya mencapai matlamat dalam hidupnya. Dia yang berasal dari Pulau Pinang dahulunya merupakan seorang anggota polis dan pernah berkhidmat di ibu pejabat polis berbeza iaitu di Petaling Jaya dan Ampang.
Memulakan langkah kanan sebagai anggota polis pada 1 September 2004, dia akhirnya mengambil keputusan walau berat hati pada tahun 2021 untuk berhenti kerana minat berniaga yang semakin membuak-buak.
Tambahan pula, dalam masa yang sama dia juga mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam PHD di salah sebuah universiti awam. Kerana takut minat dan komitmennya sebagai anggota polis terganggu, mengundur diri dan memilih salah satu dari cabang kerjaya itu lebih baik daripada melakukan semuanya serentak.
Siapa sangka kerana keberanian meminta resepi dari pak ciknya, Abu Hassan dapat membuka gerai Cha Kuey Teow yang diberi nama AAA Triple A Kitchen yang berlatar belakangkan negeri kelahirannya.
Maksud “Cha” adalah goreng dalam bahasa mandarin
Setiap kali dia menghidangkan menu signature di gerainya kepada pelanggan, sesetengah dari mereka akan berasa pelik dengan Cha Kuey Teow tanpa kuah banjir yang diberikan. Mengulas lebih lanjut, dia akan sehabis baik menerangkan kepada pelanggan bagaimana sebenarnya makanan asal dari kaum Cina ini dibuat.
Ramai orang salah faham Cha Kuey Teow perlu berkuah dan basah. Sedangkan perkataan “Cha” itu sendiri bererti goreng dalam Bahasa Mandarin. Atas kesedaran itu, dia lebih gemar berkongsi secara mendalam tentang asal usul makanan tersebut kepada pelanggannya yang datang.
Gantung banner dari idea sendiri untuk rakyat Malaysia
“Stesen Makan-Makan Kita, Dari Dapur Rakyat Untuk Rakyat.”
Itulah kata-kata yang ditulis dan tergantung pada banner gerai Abu Hassan. Baginya idea ini tercetus oleh kerana dia sedar tidak mampu untuk menjaga keselamatan masyarakat Malaysia lagi. Setiap hari dia berfikir bagaimana untuk membantu masyarakat dan menyediakan makanan yang murah tetapi sedap untuk mereka. Hasilnya inilah terbinanya banner tersebut.
Pengalaman hidup dulu yang susah telah menyuntik kesedaran dan rasa tanggungjawab pada diri Abu Hassan sejak kecil lagi.
“Saya dulu susah dan kerap juga ponteng sekolah. Saya ponteng bukan sebab saya merayau-rayau atau buat perkara-perkara tak bermanfaat, tapi saya kesian dengan mak yang berniaga nasi lemak awal pagi untuk menyara kami,” jelasnya.
Budak yang dikatakan nakal ini jugalah yang kini telah berjaya mengengam segulung Degree dan Master dari universiti. Sayangnya ketika dia menghadiri konvokesyen Degree dulu, mak dan ayahnya tidak dapat hadir kerana sakit. Kedua-dua insan ini akhirnya kembali menghadap Ilahi pada hari Isnin (mak) selang tiga hari pada hari khamis (ayah).
Sebelum maknya meninggal, dia sempat menunjukkan sijil anugerah kejayaannya itu dan berjanji untuk menebus balik sikapnya dulu yang malas ke sekolah dengan belajar sehingga ke peringkat PHD pula.
“Ramai kawan tanya saya kenapa sibuk nak belajar lagi? Saya jawab mudah je, sebab saya bodoh. Saya tak pandai sebab tu saya belajar.”
Mimpi arwah mak dekat gerai, motivasi untuk terus bangkit
Ujian dan dugaan tidak pernah berhenti kepada seorang peniaga jalanan. Namun bagi Abu Hassan, motivasi untuk terus bangkit itu datangnya dari peristiwa di mana dia mimpi berniaga bersama arwah mak di gerai tersebut.
“Mak kita meniaga sama-sama, ye.”
Kemudian, arwah maknya menoleh dan tersenyum kepadanya.
Itulah kenangan yang sangat dirindukan Abu Hasaan walaupun ia sekadar mimpi tetapi berada dekat dengan arwah mak seolah-olah kekuatannya ada di situ.
Semoga dengan kisah ini memberikan inspirasi buat semua pembaca khususnya anak muda di luar sana yang masih bergelut mencari sesuap nasi demi meneruskan kehidupan. Yakinlah, bumi Allah ini sangat luas untuk kita mengalah dalam satu bidang pekerjaan, cepat atau lambat rezeki itu akan hadir satu per satu dengan sendiri atas usaha dan doa kepada Nya. Gagal itu juga satu nikmat untuk manusia.
Sumber: APHD Story
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah














