Connect with us

Kisah

[Video] Mak Cik Cleaner Cakap Jepun “Macam Kawan” Berbual Dengan Pelancong Jepun Curi Tumpuan Netizen, Rupa-Rupanya Ini Sebenarnya Yang Terjadi…

Published

on

mak cik cleaner cakap jepun

[Video] Mak Cik Cleaner Cakap Jepun “Macam Kawan” Berbual Dengan Pelancong Jepun Curi Tumpuan Netizen, Rupa-Rupanya Ini Sebenarnya Yang Terjadi…

Kebolehan untuk berkomunikasi dengan pelbagai bahasa adalah satu kelebihan dalam diri. Pendedahan ini sudah dibuat ketika bangku sekolah lagi. Malah ketika golongan remaja masuk ke alam universiti, mereka perlu mengambil subjek bahasa asing untuk menguasai asas bahasa itu selama satu semester (kira-kira 5-6 bulan). Keluasan kosa bahasa dalam komunikasi seseorang boleh menjadikan kita lebih mudah untuk berbual dengan ramai orang. Baru-baru ini tular video mak cik cleaner cakap Jepun, ikuti perkongsian ini sehingga ke penghujung.

Lahir di Indonesia, mak cik cleaner cakap Jepun pernah 30 tahun jadi pemandu pelancong

mak cik cleaner cakap jepun

Nirmaningsih Mawi, 59 tahun atau lebih mesra dipanggil Mak Cik Ning adalah salah seorang cleaner di Masjid Negara yag terletak di ibu kota. Video tular antara Mak Cik Ning dan beberapa pelancong Jepun itu mendapat perhatian ramai netizen. “Mak cik cleaner cakap Jepun” itulah panggilan yang menjadi bualan ramai.

Mak Cik Ning sebenarnya berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia yang juga pernah berkhidmat sebagai pemandu pelancong selama 30 tahun. Dia dan keluarga berhijrah ke Malaysia ketika usianya baru berumur tiga tahun ketika itu.

Mengulas tentang video yang tular di media sosial baru-baru ini, ianya memang di luar jangkaan wanita itu sama sekali.

Niat asalnya hanyalah ingin berinteraksi dan beramah mesra dengan pelancong dari Jepun sambil mengajar mereka Bahasa Malaysia dalam Bahasa Jepun.

Menurutnya, berbual dan menyantuni pelancong yang datang dari dalam dan luar negara adalah rutinnya sejak enam bulan bekerja di sana.

Ada 4 lesen bahasa dari MOTAC

Kerana terlalu minat dengan Bahasa Jepun, dia berusaha sedaya upaya untuk mengambil kursus dan mempelajari bahasa tersebut secara mendalam.

“Saya memperoleh empat lesen bahasa yang dikeluarkan Kementerian Pelancong, Seni dan Budaya (MOTAC) iaitu Bahasa Inggeris pada 1990, Bahasa Jepun pada 1994, Arab pada 2010, dan Jerman pada 2011,” jelas Mak Cik Ning.

Jika seseorang yang hanya hangat-hangat tahi ayam untuk menguasai bahasa-bahasa asing seperti ini ia sudah pasti tidak akan menjadi kenyataan. Hal ini kerana, banyak ujian dan peperiksaan yang perlu dilalui sebelum mendapat lesen tersebut. Dalam kata lain, usaha dan komited yang tinggi harus seiring.

mak cik cleaner cakap jepun

Bagi Mak Cik Ning, pengalaman menyertai Bahasa Jepun terjadi secara tiba-tiba ketika dia terbaca iklan tawaran tajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Anak pertama dalam keluarga ini sememangnya agak berat hati untuk melanjutkan minatnya itu kerana perlu meninggalkan bayi 10 bulan yang masih kecil. Tetapi akhirnya selepas berfikir semasak-masaknya dia ambil keputusan untuk berpisah selama setahun dengan keluarga bagi menjalankan kursus tersebut.

Enam bulan mengikuti kursus Bahasa Jepun di Wisma Belia, Kuala Lumpur dan kemudia dihantar ke Tokyo untuk bekerja dengan salah sebuah syarikat pelancongan bagi menguasai lagi bahasa tersebut.

Baca surah Yasin setiap hari untuk mudah ingat

Bukan mudah untuk menguasai empat bahasa sekaligus. Apa yang diamalkan oleh Mak Cik Ning, dia akan berusaha bertutur dengan bahasa tersebut setiap hari. Dalam masa yang sama, dia akan mempraktikkan baca surah Yasin setiap hari bagi menguatkan ingatan

“Inilah yang saya lakukan. Bayangkan dua tahun pelancong luar tak datang Malaysia kerana pandemik Covid-19 sebelum ini… jadi bila bertemu mereka misalnya di masjid, saya mesti mulakan bicara. Ini salah satu cara jika tidak buat memang boleh lupa,” ujarnya.

Hilang pekerjaan tetapi masih rindu mikrofon dan berinteraksi dengan pelancong

mak cik cleaner cakap jepun

Pandemik Covid-19 tidak hanya menularkan virus tetapi juga menghilangkan mata pencarian seseorang. Ini tidak terkecuali kepada Mak Cik Ning yang pernah menganggur selama 4 bulan kerana masalah tersebut.

Siapa yang tidak rindu untuk meenceburi kerjaya dan impian lamanya dahulu. Baginya dia rindu pegang mikrofon dan berinteraksi dengan pelancong luar. Mendapat peluang menjadi Mak Cik Cleanar cakap Jepun di Masjid Negara juga telah memberikan kelebihan untuk berkomunikasi pelbagai bahasa.

Tidak menyangkal bahawa kerjayanya sekarang untuk membersihkan rumah Allah memberi aura yang sangat luar biasa. Dengan usia sebegini, kerja menjadi mak cik cleaner lebih tenang dan releks, sambil bekerja boleh terus beribadah dan mengikuti kelas-kelas agama di sana.

Kisah mak cik cleaner cakap Jepun ini memberikan kita sisi pandangan yang berbeza bahawa jangan menilai orang lain dari luarannya sahaja. Pekerjaan tukang cuci atau cleaner merupakan kerjaya yang sangat penting dalam sesebuah negara dan masyarakat. Tanpa mereka, kita jangan sesekali terfikir untuk hidup dalam keadaan bersih dan selesa.

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending