Connect with us

AGAMA

Punca Dan Cara Elak Kerap Ditindih Ketika Tidur, Kenapa J1n Syait4n Sangat Suka Mengganggu Manusia?

Published

on

EWDGVD

Punca Dan Cara Elak Kerap Ditindih Ketika Tidur, Kenapa J1n Syait4n Sangat Suka Mengganggu Manusia?

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panic ,setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje. Ada beberapa tips untuk anda:

1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.

2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.

3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.

4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. ubah posisi tidur.

f1 8 300x202 1

Cara mengelakkan ditindih.

1. Kibas tilam sebelum tidur

2. Menjaga kebersihan bilik/tempat tidur

3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,
(berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)

4. membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh

5. membaca ayat kursi sebelum tidur

6. Istighfar

7. Bismillah 21 kali

8. tidur dilambung kanan

Insha-Allah ikhtiar.

Mandi bogel antara 14 perkara jadi punca jin dekati manusia

Artikel kali ini kita akan lihat pula sebab-sebab kenapa j1n gemar mengganggu manusia sama ada bayi, remaja, orang tua, muda, lelaki dan wanita.

Jahat sungguh j1n atau syait4n ni. Sebab tu Allah dah isytiharkan bahawa j1n syait4n itu adalah musuh utama manusia.

Tetapi malangnya ada sebahagian manusia yang bertuhankan j1n syait4n dan meminta pertolongan dan perlindungan daripada mereka.

Lebih jah4t lagi menggunakan j1n syait4n untuk merosakk4n manusia lain atau perniagaan mereka dengan menghantar sant4u kepada orang lain kerana has4d dengk1 yang kesum4t dalam hati mereka.

Jadi, kenapa j1n syait4n sangat suka mengganggu manusia?

Mesti ada sebabnya. Sebelum itu kita perlu tahu bahawa memang kerja j1n syait4n dan dia telah bersump4h dengan Allah akan menganggu, menyesatkan manusia, menyuruh melakukan perkara yang dimurk4i Allah.

1. Boleh jadi j1n jatuh cinta kepada manusia

J1n betina akan masuk ke dalam badan manusia lelaki dan j1n jantan akan masuk ke dalam badan manusia perempuan. Kenapa dia boleh jatuh cinta? kerana ada kesamaan antara aktiviti atau perlakuan manusia yang menyerupai perlakuan j1n seperti bersolek seperti j1n, berpakaian seperti j1n menggunakan topeng-topeng seperti j1n syait4n dan sebagainya.

J1n akan mudah merasuk dalam diri manusia terutama bagi mereka yang lemah semangat.

Sebab tu Nabi Muhammad SAW menyarankan supaya kita menutup aurat. Nabi SAW juga melarang kita mandi telanj4ng kerana bimbang j1n berkenan dan jatuh cinta dengan manusia. Terdapat satu k3s di mana remaja perempuan ini cantik dan dia dimasuki j1n. Apabila disuruh keluar dari badan, jin tu tak mahu keluar dan wanita itu menangis teresak- esak. Katanya: “Kalau aku keluar nanti remaja ni akan kahwin dengan manusia.”

Tapi akhirnya dia keluar dan dinasihatkan supaya memeluk Islam dan kahwin dengan j1n muslimah. Mana boleh j1n kahwin dengan manusia!

2. Orang yang selalu melakukan perkara syir1k kepada Allah

Golongan yang suka melakukan perbuatan syir1k akan didekati j1n. Antara perbuatan syir1k itu seperti suka membuat ramalan, melakukan amalan dan kepercayaan yang membawa kepada terjadinya syir1k atau menyekutukan Allah.

3. J1n keturunan atau kita panggil j1n sak4

J1n ini diwarisi oleh datuk nenek seseorang dan apabila datuk dah sakit atau meningg4l, j1n itu akan cari pengganti badan keluarga yang lain.

Bukan setiap orang yang akan dimasukinya tetapi j1n pun ada kriteria orang yang akan dipilihnya. Iaitu yang ada kesamaan perlakuan seperti j1n. Contohnya jika seseorang itu panas bar4n, selalu mar4h , terlalu sed1h, depres1, jarang baca al- Quran, mal4s solat, berpakaian seks1 dan suka mendengar muzik har4m dan sebagainya.

Minggu lepas Alhamdulillah dengan izin Allah saya keluarkan j1n sak4 dari seseorang yang diwarisi oleh datuknya. Asalnya datuknya bela j1n itu dengan memberi makan buah-buahan dan memuj4nya. Nauzubillah amalan syir1k kepada Allah. Datuknya sak1t kemudian j1n itu dipindahkan kepada emaknya.

Hati-hati berjumpa bomoh kerana ada diantaranya menggunakan j1n sebagai pendamping.

Emask dandan ayahnya pun turut sakit, disuruh buang emaknya cakap sayang kat j1n tu. Astaghfirullah! Apabila cucunya sendiri diganggu dan dah masuk dalam badan dia barulah jumpa saya. Alhamdulillah akhirnya j1n sak4 tu dikeluarkan dari badan dengan izin Allah.

Akibat gangguan j1n itu, si cucu tadi mengalami kesak1tan setiap kali mendengar azan, mendengar bacaan al-Quran, ketika mengambil wuduk dan ketika bersolat.

4. J1n rasa disak1ti

Sebab tu nabi SAW menegah kita kenc1ng atau buang a1r besar dalam lubang-lubang atas tanah, atau atas tulang-tulang yang mana ini merupakan makanan mereka. Ataupun boleh jadi kita tinggal di lokasi kediaman j1n.

Pernah berlaku dalam rumah saya sendiri yang menjadi tempat tinggal keluarga j1n. Sebab tu sebenarnya kita kena periksa dahulu kalau nak sewa atau beli rumah.

5. J1n zal1m

Memang terdapat dalam kalangan j1n perangai mereka macam gengst3r iaitu kerjanya buat jah4t je terhadap manusia. Anak saya bulan lepas eks1den kereta dipulasnya stering kereta dan langg4r dua batang pokok sehingga tumbang pokok tu. Anak saya alhafiz (hafal al-Quran) pun diganggunya. Tapi dia tak ada apa-apa kecederaan kerana Allah menjaganya, 30 juzuk ayat Allah di dalam dadanya.

6. J1n yang dikirim ahli sih1r, dukun, pawang, bomoh

Sama ada melalui makanan, minuman, ditanam di rumah kita dan sebagainya yang kita namakan sant4u. Ni sangat banyak berlaku dalam masyarakat kita dek kerana has4d dengk1 yang amat tinggi dengan cara berjumpa bomoh dan santau menggunakan khidmat j1n. Nauzubillah!

7. R1tual pengisian ilmu h1tam dan tenaga dalam

Ada pelajar diploma saya satu masa dia balik kampung pada cuti semester dan menyertai pertandingan silat. Maka gurunya masukkan dua ekor j1n dalam badan dia supaya kuat dan akhirnya dia menang pertandingan tu.

Tapi apabila dia balik ke kolej, pelajar tadi selalu mengganggu orang dan setiap kali nak exam dia akan elakkan diri selain kerap sak1t merac4u-rac4u sehingga tak boleh nak jawab peperiksaan.

Ini menunjukkan j1n akan gagalkan manusia dari pembelajaran dan ilmu yang dicari. Akhirnya terpaksa menangguh tiga semester dan akhirnya gag4l tamatkan diplomanya.

8. Menyimpan barangan lama atau barang purba

Barang-barang lama atau purba sering dikaitkan mempunyai j1n kerana ia dipercayai d1puja suatu ketika dahulu.

Memiliki benda pusaka yang dimasukkan j1n seperti keris lama, batu akik, kepala lembu, rusa atau kambing yang disangkuk di dinding. Benda ni mengundang j1n. Semalam saya berhenti solat di satu surau R&R dan terlihat kedai barang antik. Ada pakcik bercakap dengan saya katanya dia ada beli keris lama dan berjumpa dengan seorang ustaz dan katanya keris tu ada penunggunya ni. Terkejut dia!

9. Jumpa dukun atau bomoh

Sering mendatangi dukun, bomoh, pawang yang menggunakan khidmat j1n syait4n. Kemungkinan besar seseorang itu akan dimasuki j1n. Upacara mandi bunga pun akan menyebabkan j1n dimasukkan dalam badan kita supaya nampak cantik dan sebagainya.

10. Jiwa kosong

Sering melakukan maks1at mendengar lagu dan muzik haram dan tidak ada benteng pertahanan dari j1n malahan mengundang makhluk itu. Perokok juga akan didampingi j1n kerana bukan dia sahaja yang menghirup asap rokok kerana asap itu adalah makanan j1n.

11. Berasa t4kut

Sering berasa t4kut yang teramat atau terlalu sed1h, lalai atau sering mar4h. Sebab mar4h adalah senjat4 taj4m j1n sya1tan dalam merosakkan manusia.

12. Masuk dalam badan kerana ‘ainul hasad’

J1n masuk ke dalam badan kita kerana “ainul hasad”. J1n itu dari orang yang hasad dengk1 kepada kita atas pelbagai sebab seperti kita lebih kaya dari dia, lebih senang, lebih pandai, lebih cantik dari dia dan dia mempunyai j1n maka j1nnya akan masuk ke dalam badan kita ketika dia memandang kita dengan penuh kedengk1an, has4d, mar4h, c3mburu dan benc1. Sebab tu kita jangan menunjukkan kelebihan kita dengan niat yang salah dan kita tidak ada penbentengnya.

13. Amalan salah

Melakukan amalan yang menyalahi sunnah seperti bepuasa putih selama 7 hari berturut-turut disertai dengan buka puasa bersama nasi putih dan makan nasi putih dengan tujuan untuk mendapat kekebalan tertentu.

Membaca ayat al-Quran dengan cara terbalik atau menukar ayat-ayat Quran dan sebagainya. Ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW bahkan ia mendatang kemurkaan Allah dan disukai oleh jin syaitan.

Secara umumnya jika kita tidak melakukan sebab-sebab di atas insyaAllah kita akan dijauhi dari gangguan j1n sya1tan tetapi kalau dah ada gangguan maka kita masti halau atau buangkan j1n tu.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp ustaz di 011-1144 8987 untuk memohon kesembuhan dari Allah dari gangguan j1n dari badan, rumah, kenderaan, pejabat dan sebagainya.

Dengan izin Allah, insyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan. Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” – [al-Isra’:82].

Sumber:iMuslimNetwork

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AGAMA

Wirid Lepas Solat & Zikir – Panduan Lengkap

Published

on

Wirid Lepas Solat & Zikir - Panduan Lengkap

Wirid Lepas Solat & Zikir – Panduan Lengkap

Solat adalah merupakan rukun islam yang kedua dan perintah yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam. Selepas menunaikan solat, membaca wirid lepas solat dan zikir adalah salah satu amalan yang dianjurkan. 

Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:

يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadah kepadamu.”

Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)


Makna Wirid Lepas Solat & Zikir

Wirid lepas solat merujuk kepada bacaan atau amalan yang dilakukan selepas menunaikan solat fardhu. Ia biasanya terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran, zikir, dan doa-doa tertentu. 

Wirid lepas solat bukanlah satu ritual, tetapi merupakan cara untuk memanjatkan kesyukuran, memohon keberkatan, keampunan dan sebagainya daripada Allah SWT.

Zikir pula bermaksud mengingati Allah dengan menyebut nama-nama-Nya yang mulia atau memuji-Nya.  Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuklah selepas menunaikan solat. 

Seperti yang didefinisikan oleh Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di, zikir secara umum adalah meliputi segala perkara yang mendekatkan seseorang hamba dengan Allah SWT dari segi aqidah, pemikiran, amalan hati, amalan badan atau pujian ke atas Allah atau mempelajari ilmu berfaedah atau mengajarinya atau seumpama dengannya. (Lihat Al-Riyadh al-Nadhirah, hlm. 245)

Secara khususnya pula, zikir merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT seperti membaca al-Qur’an, menyebut nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi dengan bibir atau di dalam hati sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an, atau pun lafaz-lafaz yang disyariatkan menerusi lidah Rasulullah SAW yang memberi erti pujian, penyucian, pengudusan dan pengesaan terhadap Allah SWT. (Lihat Al-Zikr wa Atharuh fi Dunya al-Muslim wa Akhiratih, hlm. 17-20)

BACA JUGA: Doa Iftitah Rumi: Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat (Video)


Bacaan Wirid Selepas Solat & Zikir 

Wirid Lepas Solat & Zikir - Panduan Lengkap

LEPAS_SOLAT_2.PNG

1. Beristighfar

Selepas memberi salam, dimulakan dengan berzikir sebagaimana diterangkan oleh Baginda Rasulullah SAW, maksudnya:

Daripada Tsauban berkata: Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, Baginda beristighfar tiga kali.. (SAMBUNGAN)

 أَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ 

(lafaznya sekadar mengucapkan) : Astaghfirullah – Maksudnya : Aku memohon ampun kepada Allah) 

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas‟ud, katanya

Maksudnya :  Daripada Ibnu Mas‟ud berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW; “Sesiapa yang beristighfar dengan lafaz: 

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun antara dosanya itu adalah kerana melarikan diri dari medan perang”. 

Hadis ini adalah sahih dan boleh diamalkan pada bila-bila masa tanpa terhad kepada selepas waktu solat sahaja. 

2. Membaca Zikir Al-Salam 

Selepas memberi salam, dimulakan dengan berzikir sebagaimana diterangkan oleh Baginda Rasulullah SAW, maksudnya:

Daripada Tsauban berkata: Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat, Baginda beristighfar tiga kali.. (SAMBUNGAN) >> kemudian menyebut:

‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

Maksudnya :  Ya Allah, Engkaulah yang memiliki kesejahteraan, dan daripada-Mu asal kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Amalan bacaan yang diamalkan oleh para solihin Madinah al Munawwarah dengan bacaan : 

للَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلَامُ فَحَيِّنَارَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَاَدْخِلْنَا الْـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَا ذَاالْـجَلَالِ وَاْلإِكْرَام

Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Penyelamat, daripada Engkaulah keselamatan, dan kepada Engkaulah kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan dalam selamat sejahtera. Masukkan kami ke syurga, tempat yang penuh kesejahteraan. Maha sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.  

3. Membaca Zikir Mengesakan Allah & Menjauhi Syirik

“Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang membaca selepas sembahyang subuh dan ia masih kekal kedua kakinya (masih tetap di tempat solatnya),  sebelum dia berkata-kata  sesuatu yang lain:  

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

sebanyak sepuluh (10) kali, maka tercatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh kesalahan serta diangkat baginya sepuluh darjat, dan pada hari itu ia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak disukai, serta terjaga dari gangguan syaitan, dan tidak ada dosa yang dapat membatalkan amal perbuatannya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah.”  

(Hadis Riwayat At Tirmidzi no. 3474)

4.  Membaca Tasbih, Tahmid Dan Takbir

Terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang Nabi SAW membaca zikir tasbih, tahmid dan takbir selepas solat. Namun begitu, hadis-hadis yang diriwayatkan adalah berbeza dari segi kaifiat dan bilangannya. 

Kebanyakan ulama mentarjihkan bacaan zikir: 

  • Subhanallah  – 33 kali
  • Alhamdulillah – 33 kali
  • Allahuakbar – 33 kali

Lalu mencukupkan bilangan ke-100 dengan membaca:

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah daripada Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bertasbih “Subhanallah” setiap kali selesai solat  33 kali, dan bertahmid “Alhamdulillah” 33 kali, dan bertakbir “Allahuakbar” sebanyak 33 kali lalu disempurnakan bilangan 100 dengan: 

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Maka diampunkan semua dosanya, meskipun sebanyak buih di lautan. 

(Hadis riwayat Muslim) 

5. Membaca Zikir Menjauhi Api Neraka

“Apabila kamu selesai solat subuh, bacalah doa berikut sebelum kamu berbicara dengan orang lain:

 اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ 

(sebanyak 7 kali)

Jika pada hari itu kamu mati maka Allah akan menetapkan bahawa kamu dijauhi daripada api neraka. Jika kamu selesai solat maghrib, ucapkanlah doa ini sebelum kamu berbicara dengan orang lain:

 اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ 

(sebanyak 7 kali)

Jika malam itu kamu mati, maka Allah tetapkan bahawa kamu dijauhi daripada api neraka.”   

Hadis ini adalah sahih menurut Al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar maka diperbolehkan untuk beramal. 

6. Membaca Ayat Kursi

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ

Maksudnya: 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

“Daripada Abi Umamah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Siapa yang membaca ayat al-Kursi tiap-tiap lepas solat fardhu, maka tidak ada yang menghalangnya untuk masuk syurga kecuali menunggu saat matinya.”  

(Hadis Riwayat an Nasa‟i dan Ibnu Hibban) – Hadis ini adalah sohih. 

7. Membaca Al-Mu’awwidzat

Daripada Uqbah bin Amir berkata: Rasulullah SAW telah memerintahkan aku supaya aku membaca al-mu’awwidzat (surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, dan surah An-Nas) setelah selesai solat.

8. Membaca Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢ 

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ 

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ 

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ 

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

9. Membaca Doa Selepas Solat

Selesai membaca wirid selepas solat, zikir dan Al fatihah, anda boleh teruskan dengan membaca doa-doa pilihan selepas solat atau berdoa mengikut kesesuaian anda. Antara doa pilihan selepas solat ialah:

Wirid Lepas Solat & Zikir - Panduan Lengkap

Wirid Lepas Solat & Zikir - Panduan Lengkap

Wirid Lepas Solat & Zikir - Panduan Lengkap

Wirid Lepas Solat & Zikir - Panduan Lengkap

Wirid Lepas Solat & Zikir - Panduan Lengkap

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Muat Turun Bacaan Wirid Selepas Solat & Zikir (PDF)

Muat turun panduan bacaan wirid selepas solat dan zikir yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang >>>HUKUM-ZIKIR-SELEPAS-SOLAT


Adab dalam Berzikir

Walaupun zikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, terdapat beberapa adab yang harus diikuti untuk memastikan zikir yang dilakukan diterima oleh Allah SWT. Antaranya ialah:

1. Bersih dari Hadas

Walaupun tidak diwajibkan, adalah lebih baik jika seseorang itu berada dalam keadaan bersih atau berwudhu sebelum berzikir. Ini menunjukkan penghormatan kita terhadap amalan yang dilakukan.

2. Menghadap Kiblat

Sebaiknya ketika berzikir, kita duduk menghadap kiblat. Ini adalah sunnah yang menunjukkan disiplin dan tertib dalam beribadah.

3. Berzikir dengan Suara Perlahan

Zikir yang dilakukan dengan suara yang perlahan lebih baik daripada yang dilakukan secara kuat. Ini kerana ia lebih mendekatkan diri kepada Allah dan membantu kita lebih fokus kepada makna setiap bacaan.

BACA JUGA: Adab Bangunkan Anak Dari TIDUR, Supaya Otak Cerdas Dan Badan Segar


Kelebihan Mengamalkan Wirid Selepas Solat & Zikir

1. Mendapat Keberkatan Hidup

Salah satu kelebihan utama mengamalkan wirid lepas solat ialah memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Setiap kali kita selesai menunaikan solat, kita berpeluang untuk bermunajat dan mengingati Allah SWT. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah’ sebanyak 33 kali, ‘Alhamdulillah’ 33 kali, dan ‘Allahu Akbar’ 34 kali selepas solat, maka segala dosanya akan diampuni walaupun sebanyak buih di lautan” (HR. Muslim). 

Ini jelas menunjukkan betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang konsisten dalam mengamalkan wirid

2. Ketenangan Jiwa dan Hati

Zikir merupakan salah satu cara untuk menenangkan hati dan jiwa. Bagi mereka yang sering merasa resah atau gelisah, memperbanyakkan zikir selepas solat dapat membantu menenangkan fikiran dan jiwa. Amalan zikir ini juga mampu membantu kita lebih fokus dalam kehidupan harian, sekaligus menjauhkan diri dari gangguan syaitan.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: “Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Ra’d: 28). 

3. Menghapuskan Dosa-dosa Kecil

Selain itu, wirid dan zikir lepas solat juga berfungsi untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan tanpa sedar. 

Rasulullah SAW mengajarkan kita beberapa bacaan wirid yang mempunyai keistimewaan dalam menghapus dosa-dosa kecil. 

Sebagai contoh, membaca “Astaghfirullah” sebanyak 3 kali selepas solat adalah salah satu cara untuk memohon keampunan daripada Allah SWT atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Walaupun kita tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan, Allah SWT Maha Pengampun kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.

Rujukan:

  1. IRSYAD HUKUM KE-9: BACAAN WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT – Mufti WP
  2. HUKUM-ZIKIR-SELEPAS-SOLAT – JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG
  3. Zikir Selepas Solat – Jabatan Mufti Negeri Perlis
  4. Doa Pilihan Selepas Solat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
Continue Reading

AGAMA

Doa Khatam Quran Lengkap – Teks Arab & Bacaan Rumi

Published

on

Doa Khatam Quran Lengkap - Teks Arab & Bacaan Rumi

 Doa Khatam Quran Lengkap – Teks Arab & Bacaan Rumi

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup bagi umat Islam. Ia mengandungi petunjuk, hukum, dan ajaran yang membimbing kita dalam menjalani kehidupan seharian. 

Di dalam Al-Quran terdapat 30 juzuk yang merangkumi 6,236 ayat, masing-masing mengandungi pelbagai kisah dan pengajaran yang bernilai. 

Setelah  selesai membaca semua 30 juzuk, adalah disarankan untuk membaca doa khatam quran seperti yang dijelaskan dalam artikel Mufti WP

Tsabit bin Qais R.A berkata:

كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهَلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ

Maksudnya: Adalah Anas apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau menghimpunkan anaknya dan ahli keluarganya di rumah beliau kemudian berdoa bagi mereka.

Riwayat al-Darimi (3801)

Imam Al-Nawawi juga menyebutkan sejumlah riwayat berkenaan kelebihan berdoa selepas khatam al-Quran berkata: “Dan tersangatlah disukai (oleh syarak) akan perbuatan berdoa selepas mengkhatamkan al-Quran sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini”.


Apa Itu Khatam Quran?

Khatam berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “menamatkan” atau “menyelesaikan”. Khatam Quran bermaksud membaca Al-Quran secara lengkap dari surah Al-Fatihah hingga surah An-Nas.

Khatam Quran dianggap pencapaian spiritual yang penting bagi umat Islam. Ia melambangkan komitmen seseorang dalam mendalami kitab suci.

Tiada had masa tertentu untuk mengkhatamkan Al-Quran. Ada yang melakukannya dalam tempoh sebulan, seminggu atau lebih lama bergantung kepada keupayaan individu. Bulan Ramadhan sering menjadi pilihan ramai untuk mengkhatamkan Al-Quran.

Khatam Quran bukan bermakna tamatnya hubungan dengan Al-Quran. Sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk terus membaca dan mengamalkan ajaran Al-Quran.

Selepas tamat membaca keseluruhan Al-Quran, digalakkan untuk membaca doa khatam Quran sebagai tanda kesyukuran akan kejayaan berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran. Terdapat beberapa versi doa khatam quran yang boleh dibaca, ada yang pendek dan panjang.


Doa Khatam Quran – Versi Pendek 

الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

Bacaan Rumi:

Allaahummarhamnaa Bil Qur’aan,  Waj’alhu Lanaa Imaaman Wa Nuuran Wa Hudan Wa Rohmah, Allaahumma Dzakkirnaa Minhu Maa Nusiinaa Wa ‘allimnaa Minhu Maa Jahilnaa,  Warzuqnii Tilaa Watahu Aanaa-Al Laili Wa Athroofan Nahaar,  Waj’alhu Lanaa Hujjatan Yaa Rabbal ‘aalamiin.

Maksudnya: 

Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

doa khatam quran


Doa Khatam Quran – Versi Panjang 1 

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَا

أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ.

اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَالَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ

Maksudnya: 

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuk dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”


Doa Khatam Quran – Versi Panjang 2

doa khatam quran 1

doa khatam quran 1

Maksudnya: 

Maha benar Allah yang Maha Agung, dan RasulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap-tiap huruf daripada Al Qur’an, dan balasan bagi tiap2 juz dari Al Qur’an. Ya Allah jadikanlah huruf alif sebagai kelembutan, huruf ba barokah, ta taubah, tsa pahala, jim kecantikan, ha hikmah, kha kebaikan, dal dalil/petunjuk, dza kecerdasan, ra rahmah, za kesucian, sin kebahagiaan, syin syifaa/obat, shad kebenaran, dho cahaya, tho ketenangan (?), dzo keluasan,`ain ilmu, gho kekayaan, fa kemenangan, qo kedekatan, qaf kemuliaan, lam kelembutan, mim nasehat, nun cahaya, wa wushlah/sarana (?), ha petunjuk, ya keyakinan.

Ya Allah berikanlah kami manfaat dengan Al Qur’an yang agung dan tinggikanlah derajat kami dengan ayat-ayatnya dan terimalah bacaan kami dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengkahirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai dengan apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun (?), sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memberi berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami ya Allah, dan jadikanlah kami sebagai orang yang syahid.

Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dalam kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan selawat dan salam yg senantiasa tercurah kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlak dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.

Amin ya Rabbal ‘Alamin.


Tata Cara Membaca Doa Khatam Quran

Untuk memastikan doa khatam Quran dibaca dengan penuh khusyuk dan diterima Allah SWT, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti:

  1. Pilih masa yang sesuai: Sebaik-baiknya, pilih waktu yang tenang dan khusyuk untuk membaca doa ini. Ramai ulama mencadangkan waktu sepertiga malam terakhir sebagai masa yang paling mustajab untuk berdoa.
  2. Berwudhu: Pastikan anda dalam keadaan suci sebelum membaca doa. Berwudhu bukan sahaja menyucikan fizikal, tetapi juga membantu menenangkan minda.
  3. Menghadap kiblat: Jika boleh, hadapkan diri ke arah kiblat semasa berdoa. Ini membantu meningkatkan fokus dan kekhusyukan.
  4. Mulakan dengan memuji Allah: Sebelum membaca doa utama, mulakan dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  5. Baca dengan penuh penghayatan: Fahami makna doa yang dibaca. Jika tidak fasih dalam bahasa Arab, boleh membaca terjemahan selepas membaca dalam bahasa Arab.
  6. Angkat tangan: Mengangkat tangan semasa berdoa adalah sunnah Rasulullah SAW dan menunjukkan kerendahan hati kita kepada Allah SWT.
  7. Akhiri dengan Amin: Selepas membaca doa, ucapkan “Amin” sebagai penutup dan permohonan agar doa diterima.

Kelebihan Membaca Doa Khatam Quran

Membaca doa khatam Quran membawa pelbagai kelebihan dan faedah kepada pembacanya. Antara kelebihan tersebut adalah:

  1. Mendapat rahmat Allah: Di dalam doa khatam quran, kita memohon agar Allah SWT merahmati kita dengan Al-Quran, menjadikan kita di antara hamba-Nya yang dirahmati.
  2. Meningkatkan kefahaman: Melalui doa khatam quran ini juga, kita memohon agar Allah SWT mengajarkan kita apa yang tidak kita ketahui dari Al-Quran, sekali gus meningkatkan kefahaman kita terhadap kitab suci ini.
  3. Memperoleh petunjuk: Al-Quran adalah petunjuk bagi umat manusia. Dengan berdoa agar Al-Quran menjadi pemimpin dan cahaya, kita memohon petunjuk dalam kehidupan seharian.
  4. Mendapat syafaat: Pada hari kiamat kelak, Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada pembacanya. Doa khatam quran ini memohon agar Al-Quran menjadi hujah yang membela kita di hadapan Allah SWT.
  5. Meningkatkan keimanan: Proses membaca Al-Quran dan menutupnya dengan doa ini secara tidak langsung meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Kelebihan Membaca Quran

doa khatam quran

Bukan sahaja membaca doa khatam quran mempunyai kelebihan, membaca quran itu sendiri juga mempunyai banyak kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya ialah:

1. Mendapat pahala dan ganjaran berlipat ganda

Setiap huruf yang dibaca akan diganjarkan dengan 10 kebaikan. Membaca Al-Quran secara konsisten akan mengumpulkan pahala yang besar.

 “مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ {الم} حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلَامٌ حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ.”

Terjemahan: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu pahala, dan satu pahala itu digandakan menjadi sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata ‘Alif Lam Mim’ adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

2. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan

Membaca Al-Quran membantu meningkatkan hubungan spiritual dengan Allah SWT, memperkuat iman dan mendorong ketakwaan. 

“إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ”

Terjemahan: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka bertambah (kuat) imannya dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah diri.”

3. Memberi ketenangan jiwa dan mengurangkan tekanan

Al-Quran bertindak sebagai penawar bagi hati yang gelisah dan tidak tenang. 

“الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ”

Terjemahan: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

4. Merangsang aktiviti mental dan meningkatkan fungsi kognitif

Proses membaca, memahami dan menghafal Al-Quran merangsang otak dan meningkatkan daya ingatan. 

5. Mendapat syafaat (pertolongan) pada hari kiamat

Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat bagi pembacanya di akhirat kelak. 

5. Memperbaiki Akhlak

Membaca Al-Quran secara konsisten membantu memperbaiki akhlak dan tingkah laku seseorang. Lebih-lebih lagi, dengan memahami dan mentadabbur makna ayat-ayatnya.

Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam membaca, memahami, dan mengamalkan isi Al-Quran.

Rujukan:

  1. AL-KAFI #1277: MANAKAH LEBIH TEPAT DALAM DOA KHATAM AL-QURAN : SEBUTAN NASIINA ATAU NUSSIINA? – Mufti WP
  2. Doa Khatam Al-Quran – MyJakim
  3. Doa Khatam Al-Quran (Versi Panjang) – islamicacademy.org
Continue Reading

AGAMA

Nafkah Suami Kepada Isteri Dalam Perkahwinan Islam

Published

on

By

Nafkah Suami Kepada Isteri

Nafkah Suami Kepada Isteri Dalam Perkahwinan Islam

Di zaman moden ini, peranan wanita dalam ekonomi keluarga semakin signifikan, dengan ramai isteri yang turut bekerja dan menyumbang kepada kewangan rumah tangga. Namun begitu, tanggungjawab suami untuk menunaikan nafkah terhadap isteri tetap merupakan kewajipan yang tidak boleh diabaikan. Artikel ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai konsep nafkah dalam Islam, termasuk tanggungjawab suami kepada isteri serta hak-hak nafkah selepas penceraian.

Apa Itu Nafkah Suami Kepada Isteri?

Secara definisi, Nafkah Suami Kepada Isteri merujuk kepada kewajipan seseorang untuk menyediakan perbelanjaan atau sara hidup kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Ini termasuk isteri, anak-anak, dan individu lain yang berhak seperti anak angkat atau ahli keluarga yang memerlukan. Nafkah Suami Kepada Isteri meliputi beberapa aspek seperti:

  1. Makanan: Bekalan keperluan asas harian seperti makanan dan minuman.
  2. Pakaian: Pakaian yang bersesuaian mengikut keperluan semasa.
  3. Tempat Tinggal: Kediaman yang selamat dan sesuai untuk kehidupan bersama.
  4. Pendidikan dan Agama: Keperluan pendidikan, terutama untuk anak-anak, serta keperluan keagamaan seperti pendidikan Islam.
  5. Perubatan: Kos rawatan kesihatan bagi isteri dan anak-anak yang ditanggung.
Nafkah Suami Kepada Isteri

Nafkah Suami Kepada Isteri

Dalam konteks perkahwinan, Nafkah Suami Kepada Isteri yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri bukan sahaja melibatkan perkara-perkara di atas, tetapi juga perhatian dan kesejahteraan psikologi. Islam meletakkan tanggungjawab ini sebagai suatu kewajipan yang mesti ditunaikan, tidak kira sama ada isteri turut bekerja atau tidak.

Nafkah Suami Kepada Isteri Semasa Perkahwinan

Menurut fatwa dan panduan dari JAKIM serta sumber-sumber Islam, nafkah suami kepada isteri semasa perkahwinan merangkumi beberapa elemen penting yang tidak boleh diabaikan, termasuk:

  • Barang-barang Dapur: Keperluan asas untuk memasak dan menyediakan makanan harian.
  • Alat-alat Pembersihan Diri: Barangan untuk kebersihan diri seperti sabun dan syampu.
  • Pembantu Rumah: Jika kebiasaan isteri mempunyai pembantu, dan suami berkemampuan, beliau wajib menyediakan pembantu kepada isteri (jika ada).

Tanggungjawab nafkah ini termasuk dalam kategori wajib menurut hukum syarak dan ditekankan dalam kitab-kitab fiqh seperti Mughni al-Muhtaj (4/542).

Nafkah Selepas Penceraian

Penceraian tidak secara automatik menggugurkan tanggungjawab nafkah terhadap bekas isteri, terutama dalam tempoh edah. Nafkah selepas penceraian bergantung kepada jenis talak yang diberikan oleh suami. Terdapat tiga kategori nafkah selepas penceraian berdasarkan jenis talak:

  1. Talak Raj’i (Rujuk): Dalam tempoh edah talak raj’i, suami masih wajib menyediakan nafkah kepada bekas isteri termasuk makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
  2. Talak Bain: Dalam kes talak bain, bekas isteri hanya layak mendapatkan nafkah tempat tinggal sepanjang tempoh edah. Sekiranya isteri hamil ketika diceraikan, dia berhak mendapat nafkah penuh seperti talak raj’i.
  3. Talak Sebelum Persetubuhan: Sekiranya talak berlaku sebelum persetubuhan, isteri tidak berhak menerima nafkah.

Peruntukan ini dijelaskan dalam panduan syariah dan menjadi asas kepada pelaksanaan undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

Jenis-Jenis Nafkah Suami Kepada Isteri yang Boleh Dituntut

Selepas penceraian, bekas isteri berhak menuntut beberapa jenis nafkah di Mahkamah Syariah. Antara jenis nafkah yang boleh dituntut adalah seperti berikut:

  1. Nafkah Edah: Ini merujuk kepada nafkah yang wajib diberikan kepada isteri dalam tempoh edah talak raj’i, meliputi makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
  2. Mut’ah: Bayaran yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah. Kadar mut’ah boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau ditentukan oleh Mahkamah Syariah jika terdapat pertikaian.
  3. Harta Sepencarian: Harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan boleh dituntut oleh bekas isteri atau suami. Ini termasuk wang, harta alih, harta tak alih, atau aset lain yang diperolehi secara bersama.
  4. Tunggakan Nafkah: Jika suami gagal melaksanakan tanggungjawab nafkah semasa tempoh perkahwinan, tunggakan nafkah tersebut boleh dituntut di Mahkamah.
  5. Nafkah Anak: Tuntutan nafkah anak boleh dibuat jika bekas suami gagal memenuhi perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Ini termasuk perbelanjaan makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan perubatan anak-anak.

Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

Dalam Islam, hak jagaan anak yang belum mencapai umur dewasa secara umum diberikan kepada ibu, terutama bagi anak lelaki yang berumur di bawah 7 tahun dan anak perempuan di bawah 9 tahun. Jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah Syariah akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan anak tersebut. Bagi anak-anak yang telah melebihi had umur ini, Mahkamah akan mempertimbangkan pilihan mereka sama ada mahu tinggal bersama ibu atau bapa.

Bilakah Kegagalan Menunaikan Nafkah Dikira Sebagai Hutang?

Kegagalan menunaikan nafkah oleh suami dianggap sebagai hutang yang wajib dibayar apabila suami tidak menunaikan nafkah yang telah ditetapkan. Hutang nafkah isteri dikira bermula dari saat kegagalan menunaikan kewajipan tersebut, manakala hutang nafkah anak bermula selepas adanya perintah Mahkamah.

Dokumen Tuntutan Nafkah

Bagi isteri atau bekas isteri yang ingin menuntut nafkah di Mahkamah Syariah atau Jabatan Bantuan Guaman, dokumen-dokumen yang diperlukan termasuklah:

  • Kad pengenalan
  • Surat perakuan nikah
  • Surat perakuan cerai
  • Sijil kelahiran anak
  • Penyata gaji atau bukti pendapatan suami

nafkah isteri 1024x722 1

nafkah anak 1024x719 1

Kesimpulan

Nafkah adalah tanggungjawab besar bagi suami dalam menjaga kebajikan isteri dan anak-anak. Biarpun situasi zaman moden telah menyaksikan perubahan besar dalam peranan wanita, Islam masih mengekalkan hak dan tanggungjawab ini sebagai asas dalam menguruskan rumah tangga. Suami perlu memenuhi tanggungjawab nafkah sepanjang tempoh perkahwinan, dan dalam beberapa kes, selepas penceraian. Pematuhan terhadap tanggungjawab nafkah ini bukan sahaja memberi keadilan kepada isteri, tetapi juga memastikan keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan ahli keluarga.

Rujukan:

Baca juga:

Ada 3 Perkara Yang Isteri WAJIB Tuntut HAK NAFKAHNYA. Yang Lainnya Ikutlah Kemampuan Seorang Suami

Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.

Mana Yang Didahulukan Nafkah Ibu Bapa atau Isteri

Sedakah Yang Paling Terbaik Adalah Sedekah Kepada Ahli Keluarga Sendiri. Jangan Abai Nafkah Anak Dan Isteri

 

Continue Reading

Trending