AGAMA
Keliru Tentang Penyimpanan Daging Korban? Ini Penjelasan Hukum Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari?
Keliru Tentang Penyimpanan Daging Korban? Ini Penjelasan Hukum Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari?
Adakah dibolehkan makan daging korban yang disimpan lebih dari 3 hari? Apakah pula hukum simpan daging korban melebihi 3 hari seperti yang pernah diwar-warkan dulu? Bagi menjawab kekeliruan ini, dikongsikan penjelasan yang ringkas dari Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil. Beliau merupakan Presiden Tirmidhi Centre dan Ketua Penolong Mufti di Bahagian Penyelidikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Hukum menyimpan daging korban melebihi 3 hari 3 malam
Hukum bagi menyimpan daging korban melebih 3 hari 3 malam terbahagi kepada dua pendapat.
1. Haram menyimpan daging korban melebihi 3 hari
Ini adalah pendapat Ali RA dan juga pendapat Ibn Umar RA. Ia berdasarkan sebuah hadis riwayat Muslim iaitu daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:
شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَبَدَأَ بِالصَّلاَةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَانَا أَنْ نَأْكُلَ مِنْ لُحُومِ نُسُكِنَا بَعْدَ ثَلاَثٍ
Maksudnya: “Aku telah bersama’Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah kita daripada memakan daging korban melebihi 3 hari.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Selain itu, Ibn Umar RA juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
لاَ يَأْكُلْ أَحَدٌ مِنْ لَحْمِ أُضْحِيَّتِهِ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ
Maksudnya: “Janganlah salah seorang dari kamu memakan daripada daging korban melebihi 3 hari.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Bahkan di sebuah athar juga ada menyebutkan bahawa Ibn Umar RA tidak memakan daging korban melebihi 3 hari dan ini diriwayatkan sendiri oleh anaknya Salim.
2. Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan
Pendapat kebanyakan jumhur para ulama’ berkata, banyak hadis yang menunjukkan hukum harus dalam menyimpan daging korban melebihi 3 hari. Riwayatnya seperti:
Daripada Abdul Rahman bin ‘Abis daripada bapanya telah bertanyakan kepada ‘Aisyah RA adakah Rasulullah SAW telah melarang dari memakan daging korban melebihi 3 hari dan jawab ‘Aisyah RA:
مَا فَعَلَهُ إِلاَّ فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ
Maksudnya: “Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing dan memakannya 15 hari kemudiannya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Begitu juga dengan beberapa hadis yang menunjukkan bahawa larangan tersebut telah dimansuhkan, antaranya:
Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:
مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَفِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَىْءٌ. فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِي قَالَ : كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ. وَقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ . فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا .
Maksudnya: “Wahai ahli Madinah. Janganlah kalian makan daging korban melebihi tiga (hari). Maka para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW sesungguhnya mereka mempunyai anak-anak dan juga hamba yang perlu diberi makan maka Rasulullah SAW berkata: “Makanlah, dan berikan makan kepada orang lain dan simpanlah (daging tersebut).” – (Hadis Riwayat Muslim)
Mengapa dilarang menyimpan daging korban pada zaman dahulu?
Penyimpanan daging korban lebih dari 3 hari pernah dilarang oleh Rasulullah SAW, namun larangan itu sudah dimansuhkan atau disebabkan situasi sudah berubah seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab ‘Raudah al-Tolibin’:
يجوز أن يدخر من لحم الأضحية، وكان ادخارها فوق ثلاثة أيام قد نهى عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم أذن فيه. قال الجمهور: كان نهي تحريم. وقال أبو علي الطبري: يحتمل التنزيه.
Larangan selama setahun itu mungkin dikhususkan disebabkan keadaannya yang sempit dan susah pada tahun tersebut.
Kesimpulannya, hukum simpan daging korban melebihi 3 hari adalah harus dan dibolehkan. Hal ini kerana, hukum itu sudah dimansuhkan atau situasi dan keadaan sudah berubah. Dengan ini tiada masalah jika daging korban yang akan dimakan oleh sendiri dan keluarga boleh disimpan selama mana pun.
Namun, ianya sunat untuk diberikan secepat mungkin bahagian daging korban yang mahu disedekahkan atau dihadiahkan kepada orang lain.
Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil, Mufti Wilayah Persekutuan
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.