Kisah
5 Perangai Bruk Umat-umat Terdahulu Sebelum Lahirnya Nabi Muhamad SAW Yang Dibinasakan Allah, Namun Kini Bersatu Dalam Era Manusia Akhir Zaman

5 Perangai Bruk Umat-umat Terdahulu Sebelum Lahirnya Nabi Muhamad SAW Yang Dibinasakan Allah, Namun Kini Bersatu Dalam Era Manusia Akhir Zaman
Mendustakan Allah SWT atau menolak amal yang diperintahkan menjadi satu kebanggaan bagi golongan yang tidak sedar diri tentang tujuan mereka dicipta. Kisah umat-umat terdahulu yang dibinasakan kerana ingkar perintah Allah SWT sudah tercatat dan sepatutnya dijadikan sebagai iktibar agar tidak berulang.
Kekufuran membuka peluang kepada iblis yang sudah berjanji untuk sesatkan seluruh keturunan Adam bersama-sama ke neraka. Masing-masing percaya Allah SWT itu Tuhan yang Satu tetapi wajah hamba yang kufur terserlah apabila diminta untuk kemas kini pegangan dan syariat.
Berikut adalah 5 perangai buruk umat-umat terdahulu sebelum lahirnya Nabi Muhamad SAW:
KAUM NABI NUH AS
Asalnya kaum Nabi Nuh As semua orang-orang yang beriman. Namun lama-kelamaan penyimpangan berlaku dan mereka mula mengangkat tokoh masyarakat yang terlalu sangat soleh berlebih-lebihan.
Kaum Nabi Nuh As siap membina patung-patung menyerupai orang-orang soleh dalam masyarakat mereka untuk disembah sedangkan ia bertentangan dengan perintah Allah SWT.
Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh As membina sebuah kapal besar dan orang-orang yang beriman diberi peluang untuk menaikinya manakala yang ingkar tetap menyombong.
Hujan lebat turun dan menenggalamkan semua kawasan sehingga mencecah dasar kapal Nabi Nuh As yang pada waktu itu dibuat dan berada pada tempat tinggi.
KAUM NABI HUD AS
Kaum Nabi Hud As dikurniakan persekitaran yang subur dan kehidupan pun aman serta makmur cuma yang salahnya, mereka lebih suka menyembah kepada berhala.
Allah SWT datangkan awan hitam yang disangka petanda hujan sebaliknya ia menjadi kawasan mengalami kemarau paling teruk gara-gara tidak mahu beriman.
KAUM TSAMUD
Kaum Tsamud memiliki kebolehan untuk membina rumah atau bangunan-bangunan terus daripada batu yang besar dan sentiasa bersikap sombong.
Allah SWT memberi mukjizat kepada Nabi Soleh As untuk mengeluarkan unta betina dari celah-celah batu namun kaum Tsamud tidak melihat tanda-tanda kebesaran itu.
Kerana mahu tunjuk ego, mereka bunuh unta betina itu dan wajah berubah menjadi kuning di hari pertama, hari kedua menjadi merah, hari ketiga menjadi hitam dan hari keempat turun azab.
KAUM SODOM
Golongan LGBT hari ini jelas menunjukkan jelmaan semula kaum Sodom yang dimusnahkan Allah SWT kerana bersikap melampaui batas nafsu yang sangat dahsyat.
Dalam erti lain, wanita dicipta untuk lelaki namun lelaki dalam kaum Sodom tetap memilih jantina yang sama untuk melakukan maksiat dengan penuh bangga.
Hingga suatu hari Allah SWT hadirkan dua malaikat yang dijelmakan sebagai lelaki yang sangat kacak untuk menguji kaum Sodom dan mereka tetap ingkar perintah Allah SWT.
Lalu Allah SWT arahkan Nabi Luth As bersama-sama orang beriman untuk keluar dari kawasan itu dan bumi diterbalikkan sehinggalah wujudnya laut mati sehingga kini.
KAUM MADYAN & AIKAH
Kaum Madyan sangat gemar berniaga namun sering menipu dalam perniagaan seperti mengubah berat pada timbang dan dengan tujuan mahu lebih cepat kaya.
Kaum Aikah pula gemar untuk memuja pokok-pokok dan hutan tebal yang dianggap memberikan manusia hidup yang sangat baik sedangkan ia perbuatan sia-sia.
Kaum Madyan dimatikan dalam rumah masing-masing manakala kaum Aikah dimatikan dengan cara kemarau alam yang berpanjangan.
Sumber; demimalaiu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.