Kisah
Pemuda Pekak Dan Bisu Mahu Jadi OKU Pertama Negara kibar Jalur Gemilang Di Puncak Gunung Everest

Pemuda Pekak Dan Bisu Mahu Jadi OKU Pertama Negara kibar Jalur Gemilang Di Puncak Gunung Everest
Meskipun mempunyai masalah pekak dan bisu sejak lahir, namun jelas terpancar semangat juang yang tinggi di wajah Muhammad Hawari Hashim ketika namanya dipanggil ke pentas utama misi pendakian ke Everest pada Mac ini.
Tidak lekang senyuman di wajahnya bagi menzahirkan rasa bangga dan semangat untuk melakukan pendakian tersebut apatah lagi jika berjaya, Muhammad Hawari, 32, bakal menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) pertama negara menawan puncak tertinggi dunia tersebut.
Muhammad Hawari (dua dari kiri) bersama sembilan peserta pasukan Malaysia Everest 2022 (ME2022).
“Saya mahu membuktikan golongan OKU juga boleh dan mampu menawan puncak gunung tertinggi dunia itu,” katanya kepada mStar.
Misi yang bakal bermula 26 Mac hingga 11 Jun depan turut melibatkan anggota beruniform dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan 69 Komando (VAT 69) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pelbagai kaum iaitu Ahmad Murshid Makhtar, 35; Jack Oh Heng, 37; Pengarah APM Kedah Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 54; serta tiga wakil daripda VAT 69 iaitu Kanang Anak Usin, 42; Pragash Murusgesu, 32 dan Mohammad Hanif Che Ahmad, 28.
Ekspedisi itu turut disertai dua peserta wanita iaitu Ayu Wanirah Naharuddin, 29 dan bekas pesilat negara Rina Jordana Adnan, 42.
Pendakian itu pula diketuai Presiden Kelab Eksplorasi Altitud, Azim Afif Ishak, 33.
Menjejakkan kaki di Annapurna Base Camp (ABC) pada September 2019.
Persiapan sejak dua tahun lalu, latihan di Annapurna Base Camp
Bercakap mengenai persediaannya menawan puncak tertinggi dengan ketinggian 8,848 meter dari paras laut itu, Muhammad Hawari memberitahu sudah melakukan persiapan sejak dua tahun lalu bagi memantapkan staminanya.
Kata kakitangan Muzium Pulau Pinang itu, ini termasuklah dengan mendaki beberapa gunung di dalam negara sebagai mempersiapkan fizikal dan mentalnya.
Selain itu, Muhammad Hawari memberitahu pada September 2019 juga dia bersama pasukannya sempat membuat latihan dan menjejakkan kaki di Annapurna Base Camp (ABC) yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut.
“Sebenarnya perancangan untuk menjejakkan kaki di puncak Everest sudah dibuat sejak dua tahun lalu namun disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia, kita terpaksa membatalkan hasrat tersebut.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah melibatkan diri dalam sukan lasak itu sejak berusia 15 tahun.
“Pun begitu, di sebalik halangan pandemik, saya sendiri tetap melakukan pelbagai latihan persediaan sementara menanti sempadan dibuka semula dan Alhamdulillah impian itu hampir terlaksana,” ujar bapa kepada dua cahaya mata ini.
Paling penting kata anak jati Pulau Pinang ini, dia mahu mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Everest sebagai tanda rasa bangga terhadap negaranya yang tercinta nanti.
Berbaki kurang sebulan sebelum berangkat ke Nepal, Muhammad Hawari kini giat melakukan latihan ketahanan termasuk berlari, joging, memanjat bukit dan sebagainya.
“Sebelum mendaki gunung Everest, perjalanan ke Everest Base Camp juga adalah satu bentuk latihan selain kami akan menyesuaikan diri di Lobuche Peak dengan ketinggian 6,119 meter sebelum mendaki ke puncak Everest.
Hari bahagia… Muhammad Hawari dan isteri, Safiyyah Tang Xie Li ketika majlis perkahwinan mereka pada 2018.
Cuaca sejuk cabaran paling getir
Bagaimanapun, Muhammad Hawari tidak menolak cuaca sejuk akan menjadi cabaran terbesar ketika pendakian namun tetap optimis dapat melakukannya demi negara.
Mengimbau penglibatannya dalam sukan pendakian, Muhammad Hawari memberitahu dia mula serius dalam aktiviti lasak itu sejak usianya 15 tahun.
Katanya, Bukit Tanjung Bungah, Pulau Pinang adalah destinasi pertama pendakiannya dan sejak itu dia tidak pernah menoleh ke belakang.
Baginya, saat berada di puncak sesebuah gunung cukup memberinya satu kepuasan yang luar biasa dan segala penat lelah ketika mendaki hilang begitu sahaja.
Pelbagai gunung dan bukit sudah ditawan pemuda berusia 32 tahun ini.
Antara gunung yang pernah ditawan Muhammad Hawari termasuklah, Poon Hill, Nepal; Gunung Rinjani, Indonesia; Gunung Tebing Keraton, Indonesia; Gunung Kinabalu & Multipeak Sabah; Gunung Irau, Gunung Tok Nenek, Gunung Rajah, Gunung Baha dan banyak lagi.
Ada cara tersendiri berkomunikasi dengan pasukan
Sebagai seorang OKU pendengaran, Muhammad Hawari mengakui tidak dapat berkomunikasi adalah jurang terbesar ketika pendakian namun dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk menawan puncak.
Jelasnya, dia sentiasa mencari cara untuk memastikan dapat berkomunikasi dengan baik bersama pasukannya termasuk mengajar mereka beberapa bahasa isyarat yang mudah.
“Sebagai contoh semasa di Annapurna Base Camp, saya tidak dengar ada keldai mahu turun, jadi ketua ekspedisi, Azim membaling batu kecil ke arah saya sebagai bahasa isyarat.
Latihan di Gunung Kinabalu, Sabah.
“Saya juga ada mengajar bahasa isyarat ringkas kepada pasukan selain menggunakan lampu laser ketika pendakian dan isyarat tali yang disambung pada saya dan sherpa,” jelasnya.
Ditanya mengenai pemilihannya sebagai salah seorang peserta ME2022, Muhammad Hawari berkata dia tidak melihat ia sebagai kejayaan peribadi sebaliknya mewakili semua OKU di Malaysia.
“Saya rasa kejayaan ini bukan milik saya seorang tetapi kejayaan bersama semua OKU di Malaysia,” katanya.
Tiga tahun tertangguh!
Dalam perkembangan sama, ketua ekspedisi, Azim yang pernah menawan Everest pada 2016 melalui Tibet berkata, pihaknya nekad meneruskan misi menawan puncak tertinggi itu selepas hampir tiga tahun tertangguh akibat Covid-19.
Azim akan mengetuai ekspedisi ke puncak Everest yang akan bermula 26 Mac hingga 11 Jun depan.
Azim berkata, misi yang bermula di Nepal itu dijangka mengambil masa kira-kira 63 hari termasuk sebahagiannya dilakukan ketika bulan Ramadan yang jatuh pada awal April depan.
“Misi kali ini adalah tentang kerjasama yang membawa semangat muhibah dan perpaduan seiring aspirasi Keluarga Malaysia!
“Jika berjaya, bermakna Malaysia akan mempunyai keseluruhan 29 pendaki yang sampai ke puncak Everest,” ujarnya.
Sebelum ini, Azim pernah dua kali gagal sampai ke puncak Everest melalui Nepal pada 2014 dan 2015 disebabkan runtuhan salji dan gempa bumi ketika pasukan sedang bersiap sedia untuk melakukan pendakian.
Sumber : mStar
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Kisah
“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.
Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”
Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.
“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.
Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.
Dapat RM5 pun rezeki besar
Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.
“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”
Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.
“Saya lebih tenang kerja sendiri”
Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.
“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.
Warganet sebak, ramai mahu bantu
Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah














