Kisah
80 Tahun Berlalu, Leftenan Adnan, Tokoh Pahlawan Negara Yang Sangat Berjasa Mati Syahid Di Medan Perang, Namun 14 Februari Cuma Dikenang Sebagai Valentine’s Day
80 Tahun Berlalu, Leftenan Adnan, Tokoh Pahlawan Negara Yang Sangat Berjasa Mati Syahid Di Medan Perang, Namun 14 Februari Cuma Dikenang Sebagai Valentine’s Day
Leftenan Adnan, Seorang askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Kerana jasa bakti serta keberaniannya dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang, beliau dianggap sebagai wira besar oleh rakyat Singapura serta Malaysia sehingga kini.
Lebih mengujakan, nama beliau turut diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur (MACV) sebagai satu penghormatan sepanjang penglibatannya dalam bidang ketenteraan.
Namun menyoroti status-matus di Twitter, tidak ada seorang pun generasi muda khususnya orang-orang Melayu dan Islam mengajak orang ramai menghadiahkan al-Fatihah kepada beliau.
Apatah lagi di Facebook mahu pun di TikTok, masing-masing sepi ibarat terlupa terus tokoh pahlawan negara yang sangat berjasa sehingga mati syahid di medan perang.
Yang banyak ditulis dalam media sosial oleh segelintir generasi muda Melayu dan Islam pada tarikh 14 Februari ini adalah berkenaan Valentine’s Day atau pun Hari Kekasih.
Sebut sahaja tentang Hari Kekasih, tidak perlulah penulis menceritakan lagi tentang sejarah permulaannya namun yang jelas, Hari Kekasih bertentangan dengan akidah umat Islam.
Hal ini demikian kerana budaya dalam Hari Kekasih lebih menjurus ke arah meraikan perbuatan zina bahkan agama-agama lain pun turut mengharamkannya.
Maka tidak wajarlah untuk generasi Melayu Islam hari ini yang tidak sedar atau tidak tahu berterusan jadi tidak sedar dan tidak tahu.
Penting untuk generasi yang tahu tentang hukumnya dari sudut akidah menegur biar pun media sosial kerana itu adalah tanggungjawab kita bersama.
Bukan bermaksud hendak jaga tepi kain orang namun yang salah tetap salah dan yang betul tetap perlu diangkat ke tempat yang sepatutnya.
Bukanlah lebih elok jika kerajaan Malaysia yang mengambil peluang untuk menjadikan 14 Februari sebagai Hari Leftenan Adnan dengan harapan semangat juang beliau boleh dijadikan inspirasi.
Tidaklah nanti generasi muda terus menjadi sayur yang mudah layu, atau surat khabar lama yang mudah dibuang dan dibakar sampai hangus kemudian hancur jadi abu.
Jika hal ini yang terjadi, apa yang akan terjadi dan ke mana generasi kita akan pergi? Sudahlah pemantauan tiada, nasihat orang lama pun dipandang enteng.
kami ingin mengajak seluruh membaca khususnya untuk sama-sama berkongsi artikel ini dan berkongsi kata-kata, ’14 Februari, Hari Memperingati Kesyahidan Leftenan Adnan. Al-Fatihah’.
Sumber; demimalaiu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah