Connect with us

AGAMA

Ada 4 Amalan Baik Sebelum Menjelang Masuk Tidur

Published

on

Ada 4 Amalan Baik Sebelum Menjelang Masuk Tidur

Ada 4 Amalan Baik Sebelum Menjelang Masuk Tidur

Tidur merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada hambanya, untuk mengistirahatkan tubuh setelah beraktivitas seharian. Setiap orang pun memiliki beragam kebiasaan yang berbeda-beda yang dilakukan sebelum tidur.

Namun ada amalan-amalan sebelum tidur yang lebih bermanfaat dan tentunya mendatangkan pahala jika dilakukan. Islam telah memaparkannya dalam banyak riwayat baik dari Al Qur’an maupun As Sunnah.

Ini adalah antara amalan baik yang boleh kita lakukan sebelum tidur. Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat

3. Sebelum para muslimin meridhai engkau

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah. “Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “Mendengar pertanyaan Aisyah ini, Nabi SAW kemudian tersenyum. Tak lama setelahnya,

Nabi SAW menjelaskan, “Jika kamu membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka pahalanya sama dengan mengkhatamkan Al-Quran. Jika kamu membaca shalawat kepadaku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberikan syafaat kepadamu di hari kiamat kelak. Jika kamu memohonkan ampunan untuk seluruh kaum muslimin, maka mereka semua akan redha kepadamu. Dan jika kamu membaca ‘Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illahu wallahu akbar,’ maka kamu telah melakukan haji dan umrah.”

Dari kisah di atas dapat disimpulkan Rasulullah menganjurkan amalan-amalan sebagai berikut :

1. Bacalah Surat Al-Ikhlas tiga kali, dengan begitu seakan-akan kau mengkhatamkan seluruh Al-Qur’an.” [Bismillaahir rahmaanir rahiim, Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)].

2. Bacalah sholawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat“. [Bismillaahir rahmaanir rahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa aali Muhammad (3x)].

3. Beristighfarlah (memohonkan ampunan) untuk para Muslimin, maka mereka semua akan meridhaimu“.(Astaghfirullaahal ‘adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, dzul jalaali wal ikram wa atuubu ilaih (3x)

4. Perbanyaklah bertasbih (menyucikan Alla), bertahmid (mensyukuri Allah), bertahlil (mentauhidkan Allah) dan bertakbir (mengagungkan Allah), maka seakan-akan kau telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah“. (Bismillaahir rahmaanir rahiim, SubhanAllaahi alhamdulillaahi walaa ilaaha illa Allahu wAllaahu akbar (3x)

197854110 1971842042987225 5141567802584463603 n

197024846 1971842039653892 513927394677195853 n

Majalah ilmu: Semoga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah sehingga kita mampu melakukan empat wasiat Nabi SAW ini setiap hendak menjelang tidur. Insyallah Aamiin.

198163117 1971842036320559 376430832417758683 n

Sumber : Sindonews / Pesan Bonda

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.