AGAMA
Zikir Yang Rasululah Ajar Ketika Pada Hari Arafah, Rugi Jika Tak Baca Dan Paling Afdal Diamalkan

Zikir Yang Rasululah Ajar Ketika Pada Hari Arafah, Rugi Jika Tak Baca Dan Paling Afdal Diamalkan
Selalunya orang yang mengerjakan haji, kita pasti akan lihat di tv yang mereka akan membuat wukuf di padang ‘Arafah. Wukuf di Padang ‘Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah adalah merupakan puncak ritual ibadah haji di tanah suci dan menjadi salah satu rukun haji, yang menurut Rasulullah SAW bahawa “Haji itu adalah Wukuf di Padang Arafah”, tanpa dengannya, haji tidak sah.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w: “Haji itu (berwukuf) di padang Arafah.”
Bilakah sebenarnya waktu wukuf?
Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
Maka bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah.
Namun bagi yang tidak berpeluang lagi menunaikan haji, boleh berpuasa selain amalkan zikir diajarkan oleh Rasulullah ini.
Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”
La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir
Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Jadi jangan lepaskan peluang untuk berzikir pada pada Hari Arafah ini ya.
Kashoorga kongsikan video dari Ustaz Sed Norhisyam Al Irdus untuk memudahkan orang ramai membacanya.
Dalam sebuah hadis menyatakan, Allah paling banyak membebaskan manusia dari neraka.
Rasulullah bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
“Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba dari Neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: apa yang mereka inginkan?” (Hadis Riwayat Muslim, no.1348)
Majalah ilmu: Semoga kita memperoleh keampunan dan redha dari Allah SWT. Semoga juga segala amal ibadah kita di terima olehnya. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kearah yang lebih baik semoga kita akan menjadi orang yang disayangi oleh Allah SWT.
Sumber: Kashoorga
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.