Kisah
Wanita Mening_gal Dunia Selepas Melahirkan Tiga Cahaya Mata Kembar
Wanita Meninggal Dunia Selepas Melahirkan Tiga Cahaya Mata Kembar
Kisah menyedihkan ini berlaku terhadap sebuah keluarga di Medan, Indonesia apabila seorang wanita mening_gal dunia selepas melahirkan tiga cahaya mata kembar.
Memetik laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Rahmadina Nasution atau Dina Nasution itu melahirkan ketiga-tiga bayinya itu secara normal Selasa lalu.
Menurut Ketua Kampung Suka Makmur, Syarif Nasution setelah dirujuk di hospital, Dina kemudiannya telah dibawa pulang ke rumah.
Namun keadaan kesihatannya itu semakin merosot.
Dina dilaporkan mengalami pendarahan teruk dan sesak nafas, sebelum mening_gal dunia di rumah keluarga suaminya, Heri.
Kisah Dina menjadi viral setelah dikongsi oleh seorang temannya di Facebook.
Lebih menyayat hati apabila ketiga-tiga anak kembarnya diletakkan disisi jenazah ibunya untuk bergambar buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Pasti siapa sahaja yang melihat gambar itu tersentuh di lubuk sanubari kerana ketiga-tiga bayi yang belum sempat mengenali ibu mereka terpaksa berpisah buat selama-lamanya.
Difahamkan dalam laporan itu, bapa kepada ketiga-tiga bayi kembar ini memberitahu banyak keluarga menawarkan untuk mengambil anak mereka sebagai anak angkat.
Bagaimanapun beliau berpendirian untuk membela sendiri ketiga-tiga kembarnya kerana baginya itu adalah pemberian terindah dan amanah dari isterinya sendiri untuk membesarkan mereka.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.