Connect with us

Kisah

Selama 65 Tahun Merangkak Ke Masjid Untuk Solat Berjemaah, Meskipun Syeikh Abdullah Al-Asiri Mengalami Kec4catan Lum_puh Kedua Belah Kakinya

Published

on

wfqawfw

Selama 65 Tahun Merangkak Ke Masjid Untuk Solat Berjemaah, Meskipun Syeikh Abdullah Al-Asiri Mengalami Kec4catan Lum_puh Kedua Belah Kakinya

“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat serta rukuklah bersama-sama dengan orang-orang yang rukuk.” {Petikan dari surah Al-Baqarah [Lembu Betina](2:43)}.

Ramai para ulama menyimpulkan maksud firman ‘rukuklah bersama sama dengan orang yang rukuk’ itu ialah kewajipan dan tuntutan solat secara berjamaah.

Mungkin amat sukar untuk kita mempercayai adanya seorang tua yang telah berumur 77 tahun tetapi masih tetap solat berjemaah di masjid meskipun mengalami kec4catan kerana lum puh kedua belah kakinya.

Screenshot 38 1

Kec4catan yang dialaminya sejak dilahirkan. Perjalanannya ke masjid adalah dengan cara merangkak demi menunaikan solat berjamaah lima waktu sehari di masjid yang berdekatan rumahnya. Dikatakan dia berbuat demikian selama 65 tahun.

Hanya taqwa dan iman yang kental sahaja yang mampu mengalahkan segala kepayahan dan rintangan untuk beribadat kepada Allah SWT. Begitulah gigihnya beliau kerana mencari kelebihan solat berjemaah yang mendapat ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding dengan solat bersendirian di rumah.

Screenshot 39

Itulah yang terjadi pada Abdullah Al-Asiri yang tinggal di sebuah perkampungan Al-Azizah di bukit Saudah dekat kota Abha, Arab Saudi. Abdullah Al-Asiri mengungkapkan, dia merasa damai ketika berada di masjid, sehingga dia selalu rindu untuk solat berjamaah di masjid.

Keluarganya telah berusaha membuat laluan untuk memudahkannya bergerak ke masjid. Anak saudara beliau pula iaitu Abdul Aziz Makhafah telah membuat rakaman video tentang bapa saudaranya untuk dikongsikan melalui Youtube.

Mungkin juga keimanan Abdullah yang kuat ini kerana keyakinannya kepada sabda Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang bermaksud: “Jikalau manusia mengetahui apa yang ada di dalam azan dan saf pertama,

kemudian mereka tidak mendapatkan hal itu kecuali dengan cara mengundi atasnya maka nescaya mereka akan mengundi, jikalau mereka mengetahui apa yang ada di dalam bersegera pergi ke masjid maka nescaya mereka akan berlumba-lumba kepadanya,

jikalau mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat isyak dan solat subuh maka nescaya mereka akan mendatangi keduanya walaupun dalam keadaan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagaimana pula halnya dengan kita yang tidak ada sebarang kec4catan ini?. Malah memiliki basikal, motosikal ataupun motokar. Apakah kesungguhan dan kecekalan Abdullah Al-Asiri ini tidak cukup kuat untuk menjadi inspirasi dan kesedaran kepada kita agar menunaikan solat berjamaah di surau ataupun masjid.

Screenshot 40

Apakah kita akan tetap solat di rumah jika kita hanya dibayar RM 100.00 berbanding disurau atau masjid jika kita mendapat bayaran RM 270.00?. Saya yakin masjid atau surau pasti penuh dengan jemaah jika setiap kali solat mendapat bayaran RM 270.00.

Apa yang Allah janjikan dengan ganjaran pahala 27 kali ganda itu sudah tentunya bukan duit atau harta dunia melainkan harta dan kekayaan kita di negeri akhirat kerana ia adalah pahala kita.

Orang yang banyak pahala ertinya orang yang banyak hartanya di akhirat. Berlumba-lumbalah kita untuk mencari kekayaan akhirat kerana sakratul m4ut itu boleh datang pada bila–bila masa menjemput kita.

Hanya orang Islam yang pendek akal sahaja yang tidak memikirkan kesenangan kehidupannya di negeri akhirat. Selain dari kelebihan pahala, solat berjemaah juga amat baik dari segi kesihatan.

Sumber:mekmad.blogspot

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.