Kisah
Wanita membeli sofa terpakai dengan harga RM105, namun dia menjumpai jam tanggan Rolex Bernilai Cecah Sejuta Ringgit di bawah kusyen tersebut
Wanita membeli sofa terpakai dengan harga RM105, namun dia menjumpai jam tanggan Rolex Bernilai Cecah Sejuta Ringgit di bawah kusyen tersebut
Kisah ini diceritakan oleh Paul Altieri dari Bob’s Watches yang menyifatkannya paling gila sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam perniagaan jam tangan mewah.
Barangan terpakai menjadi salah satu pilihan mudah buat mereka mendapatkan sesuatu dengan harga yang lebih murah disamping dapat menjimatkan wang mereka. Barangan ini kebiasaannya pernah dipakai oleh pemilik terdahulu sebelum dijual.
Seorang wanita membeli sofa terpakai pada lebih kurang 4,5 tahun lalu dengan harga $25 (RM105). Namun tanpa disangkanya dia menjumpai satu jam di bawah kusyen sofa tersebut. Selepas memeriksanya, wanita tersebut mendapati jam tangan tersebut ialah jam mewah berjenama Rolex!
Selepas menyedari jam dijumpainya ialah jam Rolex, wanita tersebut berniat untuk menjualnya dan menghubungi pihak Bob’s Watches untuk membantu menjualnya.
Wanita tersebut menghubungi kedai bundle tempat dimana dia membeli sofa tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai pemilik asal sofa berkenaan tetapi gagal. Ini kerana pihak kedai tersebut tidak mempunyai rekod pemilik sebelum ini apatah lagi cara untuk menghubungi mereka disebabkan urusan jual beli telah lama dilakukan.
Jam tangan yang dijumpai oleh wanita tersebut merupakan jam tangan vintaj Rolex Daytona 6241 ‘Paul Newman’, yang mana Altieri menyatakan bahawa jam tangan tersebut merupakan raja dalam dunia jam tangan vintaj.
Oleh kerana tidak mahu risiko jam tersebut hilang dalam mel dan dia juga tidak mempunyai wang untuk pergi ke California, maka Altieri menghantar pakar Rolex vintaj ke Kanada.
Berita gembira buat wanita berkenaan apabila, pakar mengesahkan jam tersebut adalah tulen dan bernilai lebih kurang $250,000 (~RM1,018,375). Susulan itu, wanita berkenaan pun menjual jam Rolex tersebut terus kepada pihak Bob’s Watches yang berminat untuk membelinya.
Jam tangam Model Paul Newman itu pernah memecahkan rekod pada tahun 2017 untuk untuk jam tangan paling mahal yang pernah dijual harga RM71,255,500!
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah