Connect with us

Kisah

Pasangan suami isteri menjadi ‘jutawan segera’ selepas menemui dua beg lama berisi wang tunai RM188,038 di bahagian loteng rumah mereka

Published

on

qwsgfierdb

Pasangan suami isteri menjadi ‘jutawan segera’ selepas menemui dua beg lama berisi wang tunai RM188,038 di bahagian loteng rumah mereka

Pasangan suami isteri di Amerika Syarikat menjadi ‘jutawan segera’ selepas menemui dua buah beg bimbit yang berisi wang tunai sejumlah £33,000 (RM188,038) di bahagian loteng kediaman mereka. Ketika pasangan tersebut berhasrat untuk melakukan pengubahsuaian.

Individu yang tidak didedahkan identiti itu pada awalnya tidak mengesyaki sebarang kejanggalan terhadap beg tersebut dan menyangka hanya mengandungi kad sukan lama atau barang tidak berharga.

Untitled design 1 9
Dua buah beg yang berisi wang dijumpa di atas loteng kediaman pasangan di Amerika Syarikat.
“Saya mengambil dan membawakan beg tersebut berjumpa dengan isteri. Saya memang terfikir ada sesuatu di dalamnya, tetapi tidak berat seperti kumpulan syiling atau jongkong emas. Mungkin kami bertuah kerana berjaya menjumpai kad sukan lama,” kata lelaki terbabit yang dipetik daripada laporan Mirror.co.uk.

Lelaki itu turut menjelaskan, mereka menemui tiga bungkusan wang yang dibalut menggunakan kertas lilin bersama salinan akhbar lama, Cleveland Plain Dealer bertarikh 25 Mac 1951 di dalam beg pertama.

Akhbar tersebut dipercayai digunakan untuk membungkus wang sebanyak £17,000 (RM96,978) agar tidak rosak bersama dengan beberapa bil bertarikh antara 1928 hingga 1934.

Sementara itu, beg kedua pula mereka menemui wang sebanyak £33,000 (RM188,251).

“Awalnya kami berasa ketakutan dan seakan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Situasi ini pastinya di luar sangkaan,” kata lelaki itu lagi.

Lelaki berkenaan memilih untuk menggunakannya untuk menambah pendapatan mereka walaupun beberapa individu menyarankan agar pasangan terbabit menghabiskan wang tersebut dengan berbelanja.

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.