Kisah
Walaupun Terdesak Memerlukan Wang Untuk Pembedahan Sum-sum Tulang Anak Lelakinya, Seorang Bapa Memulangkan Dompet Berisi Wang Tunai RM12,100 Ditemuinya Di Tepi Jalan, Sikap Jujurnya Akhirnya Membuahkan Rezeki RM300K
Walaupun Terdesak Memerlukan Wang Untuk Pembedahan Sum-sum Tulang Anak Lelakinya, Seorang Bapa Memulangkan Dompet Berisi Wang Tunai RM12,100 Ditemuinya Di Tepi Jalan, Sikap Jujurnya Akhirnya Membuahkan Rezeki RM300K
Seorang bapa ditakdirkan menemui satu dompet yang tercicir di tepi jalan, terkedu melihat isi dalamnya berisi duit bernilai ribuan ringgit.
Lelaki ini bagaimanapun mengambil keputusan untuk mencari pemilik asal, walaupun terdesak mencari duit untuk perubatan anaknya. Kerana terfikir, wang itu dijumpai berhampiran hospital dan mungkin simpanan seseorang yang amat memerlukannya.
Meskipun terdesak memerlukan wang untuk pembedahan sum-sum tulang anak lelakinya, seorang bapa memulangkan dompet berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100) ditemuinya di tepi jalan.
Namun, Tang Shaolong, dari Jining, Shandong tidak menyangka sikap jujurnya akhirnya membuahkan rezeki jauh lebih murah untuknya sekeluarga.
Tang memerlukan wang untuk membolehkan anak lelakinya berusia dua tahun yang menghidap sindrom hemofagositik menjalani pemindahan sum-sum tulang di sebuah hospital di Jinan, lapor South China Morning Post. Tang sudah membayar 200,000 yuan (RM121,400) namun jumlah itu masih belum mencukupi kerana kos operasi pemindahan itu berjumlah 400,000 yuan (RM242,900).
Lelaki itu menemui dompet di tepi jalan berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100), kad bank, kad perniagaan dan lesen memandu ketika keluar dari hospital untuk membeli makanan anaknya.
“Sejujurnya, saya sangat gembira menemui wang begitu banyak. Saya fikir ia pemberian Tuhan yang mengetahui saya berasa risau kerana kekurangan wang untuk menyelamatkan nyawa anak saya dan ia mungkin membantu saya.
“Tetapi serentak itu saya terfikir, wang itu dijumpai berhampiran hospital dan mungkin simpanan seseorang yang amat memerlukannya,” kata Tang.
Tang kemudiannya memutuskan memulangkan dompet itu kepada pemiliknya seorang penanam sayur, Ding Yilong malah menolak menerima ganjaran wang tunai.
Justeru, Ding cuba membantu Tang membiayai pembedahan anaknya dengan mendermakan lobak hampir 200 tan untuk dijual.
Selepas cerita mengenai mereka muncul dalam akhbar Qilu Evening News pada hari Ahad dan sayur-sayuran mereka habis dijual menjelang Selasa. Hasil jualan lobak kira-kira 500,000 yuan (RM303,600) itu dapat menampung kos pemindahan sum-sum tulang anak Tang.
Kalau kita berlaku jujur dan berbuat baik pada orang, maka kebaikan pasti akan datang balik kepada kita dikemudian hari.
Sumber: SG
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.